Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, November 22, 2011

Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2] - 2nd Entry

22 November 2011 - 9.49 am


Contest oleh Eqbalzack.com. Klik SINI untuk details.

Title : "Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Ikram merenung jam di tangannya.
“Dah pukul 4”, keluh Ikram perlahan. Sudah 30 minit dia duduk di kerusi tetamu di hadapan bilik Pengarah itu. Pengarah tempat dia mencari rezeki sejak 6 tahun lepas, iaitu sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Pahang. Masih terngiang-ngiang di telinganya, kata-kata terakhir dari Tuan Pengarah kepada Ikram di penghujung pertemuan mereka,

“Tugas kamu sebagai pensyarah sepatutnya adalah untuk membimbing pelajar kamu, bukanlah menjalinkan hubungan cinta dengan mereka. Kami berasakan apa yang kamu lakukan adalah tidak profesional kerana hubungan kamu telah menjejaskan hasil kerja kamu. Lebih teruk lagi, ianya memalukan institusi ini dengan tersebarnya cerita-cerita yang kurang enak didengar. Kami tiada pilihan, selain dari  memohon kamu untuk meletakkan jawatan….”

Tanpa disedari, setitis airmata Ikram jatuh ke atas lengannya. Dengan lemah, Ikram mengesat matanya lalu bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan perlahan menuju ke arah keretanya yang terletak di luar pejabat Pengarah. Perjalanan yang dirasakan sungguh panjang membuatkan dia mengimbau detik-detik yang meletakkan dirinya ke situasi ini…..

****************************************************************

Perkenalannya dengan Ayuna 8 bulan lepas betul-betul tidak disangka-sangka. Kepetahan gadis kecil itu bersuara sangat memikat hati Ikram. Kematangan Ayuna dalam berbicara telah menambat hati Ikram. Ayuna, seorang pelajar di institusi tersebut yang juga diajar oleh Ikram untuk subjek Bahasa Inggeris. Ayuna, seorang gadis yang berjaya menambat hati Ikram. Tanpa disedari, hubungan mereka menjadi lebih rapat dan akhirnya, bibit-bibit cinta pun mekar di antara Ikram dan Ayuna. Jurang umur 7 tahun tidak menjadi penghalang buat mereka…

****************************************************************

Mungkin silap Ikram sendiri apabila dia mula melebih-lebihkan Ayuna dalam pembelajaran dan pemarkahan, dan ini disedari oleh pelajar-pelajar lain yang sememangnya tahu akan hubungan mereka. Sikap berat sebelah Ikram semakin melampau apabila dia memberikan markah yang tidak sesuai dengan kemampuan Ayuna……

****************************************************************

.....Dan akhirnya Ikram sampai di keretanya. Ikram masuk dan tersenyum ke arah Ayuna di sebelahnya, dan terus memandu pergi…………..


(299 patah perkataan)

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ikram tu hensem sgt ek?haha

eddy syrol said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

creative :)

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

MK : sangat hensem okay!! haha!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Eddy : Thehehe.. thanks~~

fRaMe+LenSeS said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

moga berjaya. ;)

Ibrahim Ismail said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

He's one generous blogger. Tgk lah nt I da keje nak juga buat byk2 contest. Leh famous

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ibrahim : Yup, he's definitely a generous one!! :)

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!