Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, October 12, 2011

Plain Awesomeness!!!! - I Met Siti!! Yes, The Siti Nurhaliza!!

11 Oktober 2011 - 11.14 pm

Semalam, aku ngan si Manjer telah pergi ke Keratong untuk menghadiri satu majlis hapekebende tah. Tapi sebenarnya kitorang gi sana sebab, ada Dato' Siti Nurhaliza!! Mula2 aku ingat nak tengok persembahan Siti je, tapi si Manjer ajak aku pergi backstage bila dia dapat lampu hijau dari kawan dia yang jaga VIP.

Biasanya orang tak dibenarkan untuk pergi ke backstage, tapi sebab Manjer kenal orang tu, so kitorang dapat layanan istimewa. Huhu. Masa kat backstage tu, tak nampak pun Siti. Yang ada cuma artis2 yang sumpah aku tak kenal, kecuali Haida yang pernah berduet dengan Senario dulu. Tu pun aku tak berapa nak cam sebab hidung dia dah 'laen'.. :P

Anyway, aku memang tak heran langsung ngan artis2 (artis ke?) yang langsung tak dikenali tu. Aku cuma nak tengok Siti! Siti takde kat backstage yang panas (ada satu kipas je) sebab Siti rupa2nya ada satu khemah yang khas untuk dia. Besar, siap ada aircond lak tu. Tetiba kawan Manjer tu ajak kitorang jumpa Siti.. WTF??!! Seriously??!! Yup, memang dia bawak kitorang jumpa Siti!!

Masa aku ngan Manjer masuk bilik VIP (khemah Siti) tu, cuma ada 3 orang je dalam tu. Siti, Kak Rozie (kakak ipar Siti) dan sorang lelaki penjaga pintu. Punya la berdebar2 aku rase mase tu, macam jantung nak gugur. Ye la, Siti ada kat depan mata! Dan beliau SANGAT CANTIK!! Lalu kitorang pun dengan malu2 kambeng, cakap kat Siti nak ambik gambar. Mula2 aku ingat Siti ngan Kak Rozie macam tak suka, tapi sangkaan aku meleset. Diorang layan kitorang dengan mesra sekali! Memang tabik la kat Siti!! Sporting habesss!!

Tapi oleh kerana aku terlalu nervous, aku ambik gambar sekeping je dgn dia.. Huhu.. Tapi tak kisah la.. Yang penting aku dah dapat bergambar ngan Siti. Satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Manjer lak ada bawak CD 'Falling In Love' yang dia baru beli, so Siti pun sain kat album tu. Ruginyer aku takde beli album tu. Kan best kalau aku menang GA Abg Eqbalzack tu kan!! Tapi malangnya aku tak menang.. Huhu~~

Anyway, ada banyak pic yang kitorang snap dalam bilik VIP dan juga masa Siti buat persembahan. Aku malas nak upload banyak2 pic, so aku buat video je yang mengkompilasikan gambar2 tu dan juga satu video Siti nyanyi untuk persembahan yang Manjer sempat record. 

Enjoy!!

Muka nervous.. Hahaha!! Siti yg sangat sporting~~~

Video biase2 jer ni.. Thanks for watching. :)

Chow!!

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

woooooooowwwwwww...jeles2!!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Mohd Khairi Khadzir : hehehe.. sila2.. sila jeles..

Kaki Wayang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Segamat katenyer..tau2 g cur jat KLCC Keratong Lima Cik Cur

eddy syrol said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

meletoppppppppppppppppppppppp siti..hehehehe...

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Kaki Wayang : KLCC kan.. harus la ade CT..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@eddy syrol : siti mmg meletop.. ko pun meletop..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!