Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, March 19, 2012

Plain Me - Bila Aku Menulis....

19 Mac 2012 - 7.46 pm

*Terlebih dahulu aku nak minta maaf sebab entry kali ni agak serius, walaupun tak seserius Blog Serius.*


Menulis.

Tidak kira di atas kertas, di keyboard komputer, di skrin iPad, menulis tetap dipanggil menulis. Apa yang membezakan antara penulisan di atas buku tiga lima dan penulisan di skrin iPad bukanlah harga kanvas yang digunakan, namun harga ilham yang dicetuskan dari minda penulis. Hampir semua manusia mampu menulis. Namun hasil yang digarap tidak mungkin akan sama, seakan setiap manusia mempunyai pemikiran yang bersifat individualistik, dan sedikitpun perbezaan dapat dilihat, kalaupun bukan dengan mata kasar, tapi dengan mata hati.


Aku.

Aku bukanlah sesiapa. Aku tidak dikenali. Aku tidak berpendidikan tinggi. Aku tidak berkedudukan besar. Tapi ini bukanlah alasan untuk aku tidak menulis. Aku menulis bukan kerana aku diinginkan menulis, tapi kerana aku menginginkannya. Coretanku bukan untuk dibaca, tapi untuk dihayati oleh mereka, mereka yang mampu, mampu menyelongkar segenap isi, isi yang ingin aku sampaikan.


Bila aku menulis.

Setiap penulisanku, akan kupastikan kesempurnaan ilmunya, kecantikan lenggoknya, keindahan tatabahasanya, ketelitian ejaannya, kerana apa yang aku tulis itu adalah, aku. Malunya aku untuk mempersembahkan aku kepada tatapan dunia, jika aku yang ingin aku pertontonkan itu sangat cetek akalnya, sangat hodoh alunannya, sangat cela susunannya, sangat jijik garapannya. 

Terkadang aku menulis untuk sesuatu, terkadang aku menulis untuk seseorang, terkadang aku menulis untuk diriku, terkadang aku menulis untuk cabaran, terkadang aku menulis untuk hadiah, namun kesemua itu bukan cetek. Kesemua aku angkat setinggi langit, hasil yang ku tulis akan ku junjung naungnya, kerana walau apapun alasan aku menulis, aku tetap menulis aku. Aku tetap mempersembahkan aku. Aku tetap mempertaruhkan aku. Kendati aku jatuh, aku bangun. Meski aku diiktiraf, aku tunduk.

Aku tidak berbakat. Menulis, tidak, aku tidak berbakat menulis. Aku tidak diasuh menulis tentang aku. Aku tidak diajar selok melenggok bahasa. Aku menutur apa yang aku rasa. Adakah itu salah? Meskipun ianya sakit, tapi adakah itu salah? Adakah itu salahku? Mungkin. Adakah aku harus berhenti? Tidak.

Inilah aku, Bila Aku Menulis....................

Chow!
.

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kenal dah sapa aku...he..he..bila aku nak mendirikan rumahtangga?

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hamboih.. anda takkan dilayan sbb Anonymous yer..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!