Feel free to judge this story, as I truly understand now that I can't stop people from judging others despite the truth is being told..
********************************************
Pada suatu malam, Ali keluar bersiar-siar, menikmati udara malam yang segar. Beribu bintang kelihatan berkerlipan di angkasa. Semuanya mempesonakan.
Tiba-tiba, Ali terpandang sebutir bintang. Sebutir bintang yang berbeza dari bintang-bintang yang lain. Kilauannya mendamaikan. Seolah-olah kilauan itu diciptakan untuk Ali.
Ali pun menegur bintang itu, "Wahai bintang yang sempurna cahayanya, sinaranmu sangat mendamaikan hatiku. Adakah kau diciptakan untukku?"
Bintang itu menjawab, "Ya, mungkin aku diciptakan untuk kau Ali. Aku dapat rasakan keserasian kita. Ambillah aku. Letakkanlah aku disisimu."
Lalu Ali pun menggapai bintang tersebut. Terasa kehangatan cahaya bintang itu di dalam genggamannya, dan Ali tahu bahawa inilah bintang yang dicari-carinya selama ini.
Kerana sangat sayangkan bintang itu, Ali meletakkan bintang itu di tempat yang paling suci. Di hatinya. Ali dan bintang itu sama-sama berjanji akan saling membantu antara satu sama lain. Alangkah indahnya kebahagian yang dirasakan oleh Ali dan bintang itu.
Bintang itu sangat gembira berada di dalam hati Ali. Dia berjanji kepada dirinya sendiri yang dia hanya akan bersinar untuk Ali. Mereka diciptakan untuk membahagiakan dan memahami di antara satu sama lain.
Hari-hari mereka berlau penuh kegembiraan. Mereka saling melengkapi, saling memperbetul, saling membantu, dan tiada apa yang mampu memisahkan mereka.
Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Bulan berganti tahun. Begitulah lamanya mereka saling berkomunikasi dengan begitu sempurna.
Sehinggalah.....
Si bintang mula berasa bosan. Bosan terhadap Ali. Ali dirasakan seperti hilang serinya. Bintang mula merindui saat-saat ia bercahaya terang di langit. Di mana semua orang mampu menikmati keindahannya.
Semakin hari, rasa saling melengkapi semakin putar di dalam hati si bintang. Perbualan dengan Ali dirasakan semakin tawar. "Ada sesuatu yang lebih baik untuk aku di luar sana." Benak si bintang.
Ali yang masih tidak menyedari perubahan si bintang, terus menganggap si bintang itu masih serupa dengan bintang yang dikenalinya dulu. Tidak sedikitpun di hati Ali tercetus keraguan terhadap si bintang. Namun bagi si bintang, semuanya semakin membosankan.
"Sudah tiba masanya aku tinggalkan tempat yang tak layak untukku ini." Kata bintang, berkenaan dengan hati Ali. Baginya hati Ali sudah habis rasanya. Sudah tiada seronoknya. Dia sedar dia mampu bercahaya lagi. Dia mahu bercahaya lagi. Si bintang sudah tidak mampu memikirkan tentang perasaan Ali.
Lalu pada suatu hari......
Si bintang dengan tanpa belas kasihan melarikan dirinya. Perginya bukan dengan kata-kata manis, malah dengan begitu kasar sehingga melukakan hati Ali. Ali yang tergamam dengan perlakuan si bintang, tidak mampu berkata apa. Hanya yang mampu diucapkan, "Ya Allah.. Sakitnya rasa dikhianati...."
Lalu tinggallah hati Ali yang telah luka itu, kosong. Si bintang langsung tidak sudi untuk meluangkan masa walau sedikitpun untuk merawatnya. Namun Ali sedar, inilah nasibnya apabila bersatu dengan bintang. Bintang itu tinggi kedudukannya. Manakan mampu Ali untuk memberikan sesuatu yang berharga kepada bintang yang bercahaya indah. Ali pasrah......
Apa yang berlaku pada si bintang?.....
Si bintang kembali ke kehidupan asalnya. Terus bersinar dengan cemerlangnya, merasakan bahawa dia layak untuk sesuatu yang lebih baik. Lebih baik dari Ali. Sedikitpun tiada rasa kesal di hatinya meninggalkan hati Ali dalam keadaan luka. Bagi si bintang, itulah lumrah alam. Dan si bintang itu terus bersinar, dipuja oleh segenap manusia, semakin tinggi dibuai angannya, semakin tinggi dijulang riaknya.................
********************************************
ps : cerita tidak berkaitan dengan sesiapa. :)
Chow!!
.
0 comments:
Post a Comment