Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, May 10, 2012

Plain Hungry - 5 Rencah 5 Rasa (7 Mei 2012)

10 Mei 2012 - 11.28am

Statement : Aku suker citer 5 Rencah 5 Rasa!



Oleh kerana 7 Mei lepas aku cuti (Hari Hol Pahang), so aku berkesempatan la untuk tengok citer ni kul 11.30 pagi. Bila dah tengok tu, sambil salin resipi ler.. Hehehe.. So kali ni aku nak kongsi 5 resipi yang Chef Sher ni buat untuk episod 7 Mei lepas.. Untuk episod ni, dia menggunakan coklat dalam semua resipinya! Yummy~~~


1. Chocolate Fondue

Resipi ni kena ada fondue set. bagi yang tak tau, fondue ni adalah sejenis makanan jenis celup2.. Hahaha!! Yer kot.. So set fondue tu adalah utk letak coklat, dan kat bawah mangkuk tu ada lilin utk pastikan coklat tu sentiasa cair.. Makanan yang sesuai untuk dicelup dalam fondue coklat ni seperti strawberi, biskut dan pisang.

Tau kan cara nak cairkan coklat? Takleh guna direct heat. So panaskan air dalam kuali atau periuk, kemudian letakkan mangkuk yang tahan panas dalam periuk/kuali tu, dan masukkan coklat dalam mangkuk tu. Masukkan juga sedikit Nescafe, esen vanilla dan krim cair. Kacaukan sampai semuanya cair. Bila dah cair, letakkan dalam mangkuk fondue dan hidangkan bersama-sama bahan celupan tadi. Siap!

Chocolate Fondue (sori yer, TV sayer tak brape clear. Lagi satu, crew 5R5R salah eja Fondue, jadi Foundue)


2. Dark Chocolate Beef Stew

Mesti korang pelik kan dengar resipi nih? Aku pun pelik. Masak daging ngan coklat? Ermmm.. Ikut je laaaaa.. 

Potongkan daging secara dadu. Potongkan bawang besar dan carrot. Cairkan coklat gelap (dark chocolate). Asingkan tomato kiub (dalam tin) dan jusnya. Salutkan potongan daging dengan tepung untuk bagi warna (kata dia la) sket. Kemudian gorengkan daging tersebut. Sementara tunggu daging tu masak, tumiskan bawang, tomato kiub, carrot, kismis, ketumbar, jintan manis, 2 helai bay leaf, dan gaulkan sehingga agak masak. Kemudian masukkan coklat cair tadi dan jus tomato. Akhir sekali, masukkan stok daging atau beef stock. Kemudian, campurkan bersama daging yang digoreng tadi ke dalam satu periuk dan masak selama 45 minit - 1 jam (sehingga daging empuk). Bila dah masak dan air pun dah kering, masukkan garam, gula dan kepingan coklat, dan gaulkan sebati. Hidangkan bersama krim cair. Siap!

 Dark Chocolate Beef Stew


3. Chocolate Cup Cake

Utk buat cup cake, kena la ada sukatan bahan2 yang betul kan.. Kalau tak, tak jadi ler.. So bahan2nya :

3/4 cawan tepung gandum
2 biji telur
3/4 cawan gula
1/3 cawan susu cair
1/4 cawan serbuk koko
setengah sudu soda bikarbonat
setengah sudu apple cider vinegar
3/4 cawan kepingan dark coklat
setengah block butter (cairkan)
sedikit garam

Ayakkan (tapiskan) bersama tepung gandum, serbuk koko dan soda bikarbonat. Kacau hingga bahan2 tersebut sebati. Masukkan bahan2 tersebut dalam mangkuk pengadun, dan onkan mesin pengadun. Semasa mengadun masukkan sedikit demi sedikit butter, gula, apple cider vinegar, susu dan garam. Bila adunan dah sebati, sediakan cup (nama pun cup cake kannnnn).. Masukkan sedikit kepingan coklat ke dalam cup, dan kemudian tuangkan adunan ke dalam cup. Hanya tuangkan separuh cup, kerana cupcake tu akan naik. Masukkan dalam oven dan bakar selama 15 - 20 minit. Setelah cupcake masak dan sejuk, sapukan coklat cair kat atas cupcake tu. Siap!

 Chocolate Cup Cake


4. Chocolate Ice-cream

Cara2nya, pegi kedai, beli aiskrim coklat. Siap! Eh? Hehehe.. Takde laaa.. :P

Asingkan 4 biji telur putih dan kuning. Campurkan kuning telur bersama 2/3 cawan gula, kepingan dark coklat dan serbuk koko, dan masak. Tau kan cara nak masak coklat? Macam tadi la, takleh guna direct heat. Masukkan air dalam periuk, dan masukkan mangkuk yang tahan panas dalam air tu. Masukkan bahan2 yang dah dicampurkan bersama tadi ke dalam mangkuk hayun. Kacau sehingga sebati. Bila dah sebati, keluarkan dan biarkan sejuk. 

Adunkan/pukulkan krim (yang telah disejukkan) sehingga ianya kembang. Kembang tu maksudnya ia jadi macam kapas atau buih. Masukkan bahan2 yang tadi bersama krim, dan masukkan kepingan coklat. Letakkan ke dalam bekas, dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 5 jam. Siap!

 Chocolate Ice-cream (tataw camne crew 5R5R ni leh silap eja ice-cream, jadi iceream)


5. White Chocolate Drink

Campurkan white coklat, krim segar, susu segar, dan sedikit esen vanilla. Masak di atas api yang kecil sambil sentiasa kacau gunakan whisk untuk mengelakkan ianya hangus. Bila dah masak, tuangkan ke dalam cawan. Siap!

 White Chocolate Drink


Hokeh! Tu je resipi untuk episod 'coklat' nih. Tak tau bila lagi aku akan ada masa untuk dapatkan resipi utk episod lain lak.. Nak tengok kat tonton.com, kena block plaaaa.. :P

Chow~~
.


Entry aku yang berkaitan dengan ni :

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!