Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, May 25, 2012

Plain Me - Karipap Time!!

25 Mei 2012 - 9.27 am

Ahad lepas (20 Mei), aku ade try buat karipap.. Ni first time aku buat sendiri karipap yer.. So berpandukan resipi ringkas yang aku ingat2 lupa dari mak aku dulu, aku pun buat la.. Ada 2 percubaan dalam sehari tu.. So percubaan pertama agak fail sebab karipap yang dihasilkan sangat huduh.. Tak caya, tengok nih :

Dah la shape tunggang-langgang, ade lak inti yang terkeluar.. Memang fail..

Tapi ini tak mematahkan semangat aku untuk buat karipap kali kedua.. Hahaha!! Gegeh nih!! Sebab aku dah niat nak bawak karipap ke ofis esoknya.. So percubaan kedua, jeng jeng jengggggg!!!

 Hahahaha!!!! Kiut2 kan diorang!! Berjaya gak aku buat!!!

 Yang shape lain tu sebab tu yang last.. Saje je aku nak try buat yang lain sket.. Gebu siotttt!! (Puji diri sendiri)

Yang ni lak karipap yang dah siap goreng.. Rangup kan kulit karipap tuh.. Hehe.. Ade rahsianya.. Nt aku bgtau..

Ok la, aku kongsi kat sini resipi ringkas nih.. Memang agak ringkas, dan resipi ni mak aku yang ajar..


Karipap Makcik Aslah

Bahan-bahannya (untuk 50 bijik karipap.. Serius aku buat banyak giler!! Sampai hari ni ade lagi dalam peti ais tuh.. Haha!)

Kulit karipap :
500gm tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
Garam
Air

Inti karipap :
200gm daging lembu (nak tukar ayam pun ok je)
5 bijik kentang
5 sudu serbuk kari
2 sudu serbuk cili
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Daun sup
Garam
Gula
Air

Cara-cara membuat karipap...

Kulit karipap :
- Panaskan minyak masak dalam kuali bersama marjerin.
- Bila dah panas dan marjerin dah cair, masukkan ke dalam tepung. Gaulkan (guna sudu atau senduk yer.. Panas).
- Bila rasa2 dah sejuk, gaulkan guna tangan lak untuk ratakan minyak masak tu ngan tepung.
- Bancuhkan air bersama garam. Setelah tepung sebati dengan minyak, masukkan air sedikit demi sedikit, sambil uli.
- Uli la tepung tu sampai jadi doh yang korang rasa mudah untuk dibentuk dan dikelim.
* Tujuan campurkan tepung dengan minyak panas tu adalah untuk merangupkan kulit karipap tu nanti. Inilah rahsianyaaaa.. Huhu..*

Inti karipap :
- Rebus daging sampai empuk. Jangan buang air rebusan daging tu.
- Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dah dicincang sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan air rebusan daging. Kacau rata. Naikkan suhu.
- Masukkan daging dan kentang, masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Bila dah masak, dan air pun dah kering, matikan api, dan masukkan daun sup yang dah dipotong halus. Gaulkan rata.

Dah siap. Lepas tu korang gelek la adunan tu kecik2, dan bentukkan jadi karipap.. Takkan tu pun aku nak ajar kot.. Hehehe.. Selamat mencuba!!

ps : nak buat adunan dan inti karipap tu senang je, tapi nak bentukkan karipap tu yang makan masa yang lama.. Sakit2 pinggang aku sebab kena berdiri berape jam ntah.. Sape suruh buat atas meja!! Len kali kalau korang nak buat, buat atas lantai je k.. Leh duduk bersimpuh ala2 manja sambil kelim karipap..

ps2 : Kalau korang nak simpan karipap dalam peti ais, kena potongkan plastik kecil2 dan balutkan karipap tu satu persatu.. Kalau tak, nanti karipap tu akan melekat dengan karipap yang lain, dan melekat ngan bekas jugak..

Chow!!
.


2 comments:

Aziela said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Subhanallah...rajinnya. Pandaiii kelim karipap. Anak dara saper lahh nie.. Eh..teruna! Boleh sangat nak buat menantu nie...

Yazid Yahya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Aziela : Cepat2 la masuk meminang utk anak teruna anda pada yg dh berkenan tu.. Errrrrrr..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!