Aku adalah sepotong kek. Aku dibeli oleh Cik Farina, dan dibawa ke opis beliau. Di opis tersebut, aku diberikan kepada En Yazid kerana staf yang lain tak berapa sukakan aku (kot). Lalu aku pun dimakan oleh En Yazid yang memang gemarkan kek coklat.
Pada jam 8.50 pagi, aku diberikan kepada En Yazid, dan beliau mula memakan aku. Aku sangat gembira kerana dimakan oleh seorang yang hensem dan cute! :)
Aku dimakan sedikit demi sedikit oleh En Yazid. Sehingga jam 9.29 pagi masih banyak lagi 'portion'ku yang masih belum dimakan. Aku sangat suka dimakan dengan cara begini.
Pada jam 2.48 petang, aku sudah sedikit kering. Coklat cair di atas badanku juga sudah beku dan tak berkilat. Tapi En Yazid masih gigih mahu menjamah aku. Terharu sangat!
Akhirnya pada 3.45 petang, pisang yang berada di atas badanku telah dimakan oleh En Yazid. Awet muda katernyer.. Rasa macam dara diragut lak bila En Yazid makan pisang tu (melampau lak aku nih-yazidy).
Pada jam 3.59 petang, hanya sedikit dari diriku yang tinggal. Aku sangat terharu sebab En Yazid mampu menghabiskan saki-baki diriku yang dah kering dan tak moist ni sebab dah lama terbiar dalam bilik ber-aircond.
4.18 petang - Tamatlah kisah hidupku, Sepotong Kek.
Aku sangat gembira kerana telah dimakan oleh seorang yang baik hati, penyayang, hensem, cute walaupun kurang macho iaitu En Yazid. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku tidak dibazirkan begitu sahaja. :)
Chow!!
ps : dialog tu hanya rekaan semata-mata yer.. tapi timeline aku makan kek tu memang betul. ambik masa sehari gak nak habiskan kek tu. :)
8 comments:
xkurang macho.. hahahhaha
@Wallter Joe : haha!! tak betul ke?
woww... sedapnye.... i like.....
@Pn. Sheila : yup! super sedap!!
meleleh air liur.. hehe
@saiazuan : haha!! really?
hahaha..ko nk cte psl timing kek je sbnrnya kn.
bak cni la bg aku.kjp je aku ngap.
@Abang Stalker : hahaha!! pecah rahsia.. tp mmg betol pun, agak seksa nak abiskan kek tu sbb terlampau rich..
Post a Comment