Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, May 10, 2012

Plain Makan - Let's Wedgie!

10 Mei 2012 - 8.02 am

Perghhh!! Dah lama giler aku tak update blog suci aku nih!! Dah 8 tahun rasernyer!! Baeklah, hari ni aku nak hapdet tentang resipi.. Bukan resipi yg spesel sundae sangat pun, sbb dah berlambak org buat.. Tapi saje je aku nak menggedik buat entry sebab dh lama tak buat entry.. So havang2 dan hakak2 dan havang2 yang feeling hakak2, sila ambil pen dan kertas utk salin resipi ni yer.. *motep pen dan kertas? print sajork*

Untuk resipi kali ni, akak aku akan buat, Cheesy Wedges! Yummm!! Hosmet aku mase makan ni, benda pertama yang dia sebut, "Sedap giler!".. Hahaha!! Bangga jap mase tu.. Rase mcm nak tukar profesion jadi suri rumah sepenuh mase je.. Eh? Boleh ke? Boleh kot, kalau ade yg masuk meminang.. So sesiapa yang nak makan cheesy wedges tiap2 hari, sila la masuk meminang saya yerrr.. Nanti saya masak tiap2 hari, leh kita makan sampai pitam sambil muntah.. *Sambil pose malu2 biawak balik langsir Mak Jemah*

Mengarut sudaaaaaa.. Jom tengok cara2 nak buat cheesy wedges ni bro! *tetibe mode jantan sejati keluar.. Eh, sejati ke?* Tengok la pic2 ni sambil aku carut serba sedikit..

 Mula2 sekali yer Kak Timah, Mak Joyah dan hakak Nora Elinda (pondan berjaya), kita kena rebus kentang dulu.. Sebenarnya aku dah salah buat mase nih.. Patutnya potong dulu kentang tu, baru rebus.. Ni aku rebus dulu.. Nanti susah nak potong sebab kentang dah lembik..

 Haaaa!! Kan aku dah kater!! Susah nak potong.. Seb baik ade sentuhan keibuan sket, so potong dengan penuh kelembutan, akhirnya berjaya menakluki lurah2 kentang tersebut. *abaikan*

 Lepas potong kentang2 tersebut mengikut bentuk idaman hati korang, boleh la celupkan kentang tu dalam telur yang dah dipukul. Tujuan telur tu dipukul ialah utk ringankan telur tu, so that the tepung2 wont stick too much on the wedges. *Gehtuuu.. Tetibe jadi hakak Christabella*

 Lepas celupkan dalam telur, masukkan pula dalam adunan tepung dan gauli mereka sehingga sebati.. Apa resipi adunan tepung tu? Tepung goreng ayam + serbuk cili + serbuk kari + lada hitam tumbuk. Tak perlu letak garam mahupun Pak Aji-nek-moto mahupun  serbuk Secukup Rasa yang kaya dengan MSG itew occayyy~~

 Sedia untuk digoreng. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Kalau nak cepat jadi bukit ataupun gunung, guna silikon je.. *Abaikan jugak*

 Panaskan minyak, dan pastikan cukup panas. bagi aku yang agak sofistikated nih (silamuntahijo), aku guna deep fryer jer.. Oleh kerana kentang dah direbus dan aku taknak goreng sampai hangit, setkan kepanasan sehingga paras sederhana sajork.. Kemudian, biarlah kentang2 itu terjun sendiri ke dalam minyak, dan gorengkan sambil gegoyang punggung ikut rentak lagu Wondergirls *optional*.

 Dah agak2 kuning keemasan, boleh la angkat dan toskan minyak.. Tengok la pic tu.. Nampak menyelerakan kan? Merembes cecair2 badan bila tengok..

Kentang dah siap, so sekarang masa untuk buat cheese nya plaaaa.. Puas aku cari kat Muadzam nih cheese yang jual ikut ketul tu, tapi haram tak jumpa! Akhirnya aku pakai je keju slice nih. Aku sebenarnya tak suka keju slice ni sebab dia lambat cair dan cepat beku.. Sesuatuuuuu sangat occayyy~~

 Okeh, cara nak cairkan keju sebenarnya sama macam cara nak cairkan coklat. Takleh guna direct heat. So caranya, masukkan air dalam frying pan, letak mangkuk dalam tu (pastikan mangkuk yang boleh tahan panas), dan letakkan keju dalam mangkuk tu.. Letak sikit air. Kalau nak, boleh letak mustard sekali. Tapi aku tak jumpa mustard gak kat Muadzam nih, so aku tak letak ler.. kacaukan keju tu sampai cair..

 Bila keju dah cair, terpulang la pada korang sama ada nak tuang atas wedges atau letak dalam mangkuk. Aku letak dalam mangkuk, tapi kena letak dalam mangkuk yang bawahnya ada air panas untuk memastikan cheese tu sentiasa cair.. Sebab tu la aku tak suka pakai keju slice. Cepat beku!!

Dah siap dah resipi Cheesy Wedges kiter!! Mudah bukan?.. Sila la mencuba untuk santapan suami, boyfren, anak ikan mahupun lelaki simpanan. Nescaya mereka akan lebih menyayangi anda dan akan terus menabur kekayaan ke atas anda.. *statement hanjeng sangat*

Ok, tu je untuk resipi kali ni.. 

Chow!!
.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!