Pada jam 8.30 malam sekejap tadi, aku ngan Aiman aka Backstreet Back keluar untuk candle-light dinner. Mula-mula kitorang cadang nak gi kedai yang biasa kitorang pegi iaitu D'Bedah Corner, atau kitorang panggil kedai Abg Ju, tapi oleh sebab kedai tu tutup hari ni, so kitorg pun gi makan kat kedai lain. Aiman tetibe berkata, "U, apa kata kita gi makan kat kedai baru sebelah Petronas tu. I tak pernah makan situ.". Aku pun jawab, "I ok je. Teringin gak nak try.". Okeh, aku ngan Aiman mmg membahasakan diri kitorang guna I, U yer, tapi xde maksud ape2.. Jgn buat speku sesuka hati Mak Enon je yer..
So kitorang pun pergi la ke kedai tu. Nama kedai tu agak kevavom gak la, iaitu 'The Clinto's Kitchen'. Penggunaan English yg betul kat situ, so aku respek la. :)
Suasana kat kedai tu pun ok, agak romantik ngan cahaya lampu yang samar2. Aiman pun berkata, "U mesti suka kan suasana romantik macam ni. Mesti U bayangkan tengah dinner ngan **** kan.." Hehehe.. Betol gak ape yg dia cakap tuh.. :P Anyway, lepas kitorg duduk, waiter pun dtg ambek order.
Waiter : Minum?
Aku : Teh O suam. (Aku takleh minum benda yang bersusu, so aku stuck ngan teh O je tiap2 hari)
Aiman : Same la.
Waiter : Makan?
Aku : Masakan panas ade?
Waiter : Takde la bang. Sini cuma ada ikan bakar, chicken chop ngan nasi lemak je.
Aiman : .......................
Aku : Ermmmm.. Bagi nasi lemak je la..
Aiman : ...........................................
Waiter : Abg lak?
Aiman : ..................................................................... Errr.. Chicken chop je la..
Waiter : Ok.
Waiter tu pun beredar. Then Aiman pun berkata, "Takde masakan panas U?". Aku pun jawab dengan nada kecewa, "Seems like it." Aiman sambung lagi, "Komfem I tak kenyang malam ni U. I kena makan nasik." Aku diam je, sbb aku paham sangat si Aiman nih.. Dia ni walaupun kurus, tapi sangat kuat makan. Kalau takde nasik, memang dia takkan kenyang. Aku pun pelik ngan kedai nih. Nak kata Kopitiam (sebab biasanya Kopitiam yang mengamalkan menu takde masakan panas nih), tak jugak sebab rupa fizikalnya warung jer.. Dan ada lak ikan bakar. Kopitiam mane ade ikan bakar kan. Tu setahu aku laaaa..
The only menu.
So kitorang pun buat selambe je la dan tunggu makanan sampai.. First nasi lemak aku sampai. Then chicken chop Aiman lak. Tapi aku lupa lak nak snap pic makanan2 kitorang.. :P Komen aku untuk nasi lemak tu, rasa dia takde la se'Fullamak' seperti dalam banner tu. Sangat biasa, sambal tak sedap, dan....... SEJUK!! Untuk chicken chop Aiman plak, aku tak tau ttg rasa dia sbb aku tak rasa pun, tapi resipi yang digunakan ialah bread crumbs chicken chop, yang bagi aku adalah resipi chicken chop yang paling tak sedap.. Rasenye macam makan nugget je kot.. Takde ape yg menarik pun ttg chicken chop tu..
So dengan perasaan yang agak kecewa, kitorang pun makan jugak apa yang ada, sebab dah lapar dan benda tu pun bukan free.. Lepas habis makan, kitorang cepat2 blah.. Okeh, tujuan aku buat entry ni bukan la untuk menjatuhkan mana2 pihak, tapi aku cuma nak kongsi pendapat aku je. Bukankah lebih bagus kalau kedai tu at least ada tukang masak masakan panas? Sebab kalau kedai ni nak berharap pada 3 menu tu aje, takut customer just datang makan sekali je. Lepas tu taknak datang lagi dah. Nasi lemak tu tak sedap dan Aiman cakap chicken chop tu pun biasa2 je. Nasi lemak kat warung Sri Perlis rasenye seratus kali lebih sedap, dan harganya lak hanya RM3, berbanding nasi lemak kedai ni yang berharga RM4.50. Kalaula ada menu masakan panas, tentu kedai ni boleh pergi jauh.. Kepelbagaian menu adalah kunci survival kedai makan. Suasana romantik kedai dah ada. Lagi satu, aku tengok pekerja2 kat kedai tu agak 'laid back'. Maksudnya, buat kerja agak rilex. Sepatutnya kalau kita bekerja kat kedai makan, pekerja perlu lively untuk mewujudkan suasana kat kedai tu. Takde la orang rasa macam tengah makan kat kubur......
Ok, aku harap kalau ada pihak warung The Clinto's Kitchen yang baca entry ni, aku harap korang tak marah. Jadikan ni sebagai pendorong untuk buat yang lebih baik. Kalau boleh, ubah resipi chicken chop tu kepada Black Pepper chicken chop dan serve atas sizzling plate. Mcm tu akan menambah nilai pada menu tu dan korang leh jual pada harga yang lebih tinggi. Kalau sedap, nescaya orang akan datang walaupun harga mahal. Nasi lemak lak, rasenye korang kena ubah resipi sambal, dan ayam goreng tu kalau boleh jangan la goreng sampai keras kematu. Orang nak makan pun seksa. Believe me, kedai korang dah nampak exclusive. Just perbaiki menu je. Kalau ye pun korang taknak jual masakan panas (sebab mungkin mengganggu periuk nasi kedai sebelah), at least perbaiki resipi chicken chop dan nasi lemak tu. Dan kalau boleh, nasi lemak tu letak la dalam flusk. Biar dia ada rasa hangat2 sket. Give what customers want, and the customers will give back what you want. Their money! ;)
Chow!
.
0 comments:
Post a Comment