Baru sekejap tadi aku nonton salah satu rancangan feveret aku iaitu '5 Rencah 5 Rasa' yang dihoskan oleh chef hensem, Sherson Lian.. Aku suka rancangan ni sebab selain dari pengacara yang sangat sempoi, resipi2 yang dibuat juga agak simple. Oleh kerana aku terlebih rajin hari ni, so aku sempat gak la salin resipi yang ada dalam episod hari ni. Jeng jeng jenggggg!!! *gegeh*
Chef Sher itew.. :P
Untuk episod kali ni, Sher gunakan buah-buahan tempatan sebagai bahan-bahan utama dalam resipi dia. Masa dia cari2 bahan tu, ada scene dia kat atas pokok cempedak sambil berpantun.. Begini bunyi pantunnya :
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong........ tunjukkan.. Nasib baik saya tak sebut jolokkan..
Ok, 5 resipi yang dia buat hari ni ialah :
1. Kerabu Mangga
Limau kasturi diperahkan dan dicampur dengan cili padi yang dah dipotong halus. Kemudian campurkan sos ikan, 2 sudu besar gula dan separuh bawang merah yang dah dicincang halus. Gaulkan sebati dan simpan di dalam peti sejuk.
Lembutkan so-on dalam air panas sementara goreng udang kering tanpa minyak. Selepas kedua2 masak, asingkan. Potongkan mangga muda, belimbing muda, carrot, cili merah dan daun limau purut. Campurkan sikit minyak bijan. Masukkan so-on dan gaulkan. Kemudian masukkan udang kering dan bahan yang dimasukkan dalam peti sejuk tadi. Gaulkan dan hidang. Siap!
2. Ayam + Sotong + Udang Goreng Dengan Kelapa Gading.
Keringkan air pada sotong, ayam dan udang dan potongkan mengikut kemahuan sendiri agar mudah digoreng nanti. Dah siap dipotong, perapkan dengan lada hitam dan garam. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk.
Campurkan 2 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil soda bikarbonat, secubit garam, 2 sudu besar gula dan sebiji telur. Kupaskan sebiji kelapa gading dan ambil airnya dan isinya. Masukkan 90ml air kelapa tersebut ke dalam campuran tepung tadi dan kacau. Gaulkan sedikit, dan masukkan serbuk paprika dan bijan hitam kemudian gaulkan sehingga sebati. Potongkan isi kelapa gading halus-halus, dan masukkan ke dalam adunan dan gaulkan.
Celupkan ayam, udang dan sotong tadi ke dalam tepung dan gorengkan. Siap!
3. Nasi Ciku.
Potongkan dadu 3 biji ciku yang telah masak. Hiriskan sebiji limau nipis bersama kulitnya sekali, halia, dan gaulkan bersama-sama ciku. Campurkan ke dalam 3 mangkuk nasi, dan gaulkan. Siap!
4. Aiskrim Cempedak.
Asingkan cempedak yang sudah masak dari bijinya, dan kisarkan bersama setengah biji limau kasturi, setengah cawan susu dan setengah cawan gula. Kisar sehingga cempedak hancur, tapi jangan sampai terlalu hancur. Dah siap kisar, masukkan ke dalam peti sejuk.
Pukulkan krim di atas air sejuk sehingga menjadi tepu dan pejal. Campurkan bersama cempedak yang dah dikisar tadi dan gaulkan. Masukkan ke dalam tempat beku peti ais dan biarkan selama 2 jam. Siap!
5. Ais Blended Belimbing.
Masukkan 2 biji belimbing, 3 biji limau kasturi, satu cawan gula dan air ke dalam blender. Kisarkan semuanya dan masukkan ke dalam gelas. Siap!
Tu 5 resipi untuk minggu ni. Kan dah kata, semuanya simple2! Try la kalau rajin. haha!!
Chow!!
Entry aku yang berkaitan dengan ni :
0 comments:
Post a Comment