Semalam aku dan Kaki Wayang sekali lagi pergi ke Kuantan untuk marathon. Marathon movie je.. Sebenarnya dah agak lama aku tak turun Kuantan. So kali ni nak lepas geram, kitorang tengok 3 movie, iaitu Immortals, The Adventures Of Tintin dan Real Steel. Tapi kali ni aku nak cerita pasal Real Steel.
Sebenarnya citer Real Steel ni dah agak lama ditayangkan kat panggung, tapi baru semalam aku berkesempatan utk tengok. Dan aku sure mesti ramai gak yang dah buat review pasal movie nih. Tapi aku tak kira, aku nak buat review jugak!! Haha!!
Tiket kitorang. Yang agak hampeh, masa kitorng gi kat seat tu, ade orang lain dah duduk kat situ. Sepasang couple yang sesuka hati je ambik seat orang, sebab seat diorg kat tepi. Macam bab* je kannn.. Dah la si lelaki tu sgt vuruk dan gehmork..
About Real Steel, all I can say is.......... WOW! Sebuah movie yang menggabungkan banyak elemen dalam satu movie, dan elemen2 ni tak mencacatkan movie tu langsung, malah menjadikannya lebih baik. Susah nak jumpa movie sci-fic yang menggabungkan elemen2 futuristik, kasih sayang, kesedihan, permainan emosi, perlawanan robot, kekeluargaan dan percintaan dalam satu movie, tapi Real Steel ade semua tu.
Real Steel berlaku di masa depan, tapi tak terlalu jauh. Aku suka pengolahan dunia masa depan yang tak banyak beza dgn masa sekarang, kecuali dengan kemunculan robot. Selain robot, takde apa yang beza pun. Perkara ni dapat menimbulkan feel realistik kepada penonton. Kat sini je dah buat aku suka dengan filem ni, dan membuatkan aku terus nak tengok. Robot2 tu pula tak terlalu canggih, iaitu hanya sebuah mesin yang mengikut pergerakan orang yang mengawalnya. Lebih kurang macam kereta remote control. Mereka takde emosi dan fikiran spt yg banyak dibuat oleh banyak movie lain, yang mana orang dah jemu tengok. Kecuali Atom, yang mana mungkin terdapat 'sedikit' perasaan, tapi ini mungkin hanya perasaan sayang dan imaginasi seorang kanak-kanak terhadap mainannya, dan kalau itulah kesnya, mmg cute!! :)
Max (Dakota) dan Charlie (Hugh) merupakan anak dan bapa yang terpisah sejak lahir, dan elemen kekeluargaan diterapkan di sini. Permainan perasaan iaitu bagaimana Max yang begitu memandang tinggi bapanya sbg seorang peninju tapi dalam masa yang sama, dia juga menunjukkan kekecewaannya kerana ditinggalkan sejak lahir, dimainkan dengan agak cemerlang. Walaupun ada sedikit elemen tak logik iaitu Max macam tak sedih dgn kematian ibunya, tapi oleh kerana ibunya bukanlah satu watak yang penting, jadi kecacatan ini dapat dimaafkan.
Terutama ketika penghujung cerita, bagaimana Max memandang Charlie dengan begitu bangga ketika Charlie menggunakan Shadow Mode Atom untuk berlawan dengan Zeus, robot yang dikatakan tidak pernah kalah. Perasaan Max pada ketika tu memang dapat aku rasakan, dan aku suka bagaimana ketika adrenalin penonton sedang meningkat ketika menyaksikan perlawanan robot, olahan emosi juga dimainkan, dan pantulan cahaya pun berlakuuuuu (hanya org yang paham je tau.. huhu)..
Atom vs Zeus.
Juga terdapat scene dimana Max menggunakan Atom untuk mendukungnya, seolah2 didukung seorang ayah yang dia tak pernah ada. Masa ni pun aku agak tersentuh dengan emosi Max yang begitu inginkan kasih sayang dari Charlie, seorang ayah.
Selain tu, movie ni juga ada sedikit unsur percintaan. Maksud sedikit tu ialah, elemen tu ada, tapi tak begitu dibesar2kan. Cukup sekadar menyentuh aspek romantis Charlie yang sanggup memandu sejauh beribu-ribu kilometer hanya untuk sebuah ciuman. Kalau aku pun mesti cair.. Kekekekekeke..
jadi aku boleh la rumuskan yang Real Steel ni adalah sebuah movie tentang perlawanan robot-robot yang sangat cool, dengan jalan cerita yang linear tapi menarik, watak-watak yang sweet dan suasana yang menyegarkan.. Memang tak rugi tengok!! :)
Chow!!
0 comments:
Post a Comment