Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, November 10, 2011

Plain Awkward - Grammar Gone Awry

10 November 2011 - 7.14 pm

Lepas habis keje tadi, aku ade gi kat satu kopitiam nih untuk book/tempah meja untuk aku ngan kawan2 aku makan malam ni. So lepas aku parking kete, aku pun masuk ke kedai tu dgn langkah yang penuh konfiden tapi manja. Seb baik aku pakai baju yang agak santek hari ni, so bertambah2 lagi la tahap kekondifenan aku tadi. Banyak gak mata2 yang memandang sebab kedai tu agak penuh. Tak tau la diorang pandang sebab teruja atau sebab meluat tengok aku. Hade hakoo keysah?!

Berbalik pada cerita asal entry ni, aku pun gi la kat kaunter kedai tu. Aku disambut oleh seorang pekerja situ. lalu berlakulah perbualan antara kitorang.

Pekerja : Ya?
Aku : Hmmm. Saya nak book meja untuk malam ni boleh?
Pekerja : Nak ape?
Aku : Nak book meja.
Pekerja : ...................................
Aku : Errr.. Nak tempah meja....
Pekerja : Oooohhhh.. Nak booking mejaaaaa.. Ok, pukul berapa?

So aku pun terus la bagitau nak book pukul berapa. Tak perlu la aku tulis kot sebab tak relevan ngan citer nih. 

Apa yang aku nak cerita ialah, kesalahan grammar yang digunakan oleh pekerja tu. Aku ni takde la pandai English pun, tapi kalau yang simple2 tu, memang akan agak mengganggu aku kalau ade yang silap. Walaupun aku campur2 BM ngan BI, tapi aku tetap gunakan grammar yang betul.

Untuk ayat di atas, kalaupun aku terjemahkan keseluruhan dalam BI, ayat tu akan jadi betul.

"I want to book a table for tonight."

Tapi kalau guna ayat yang digunakan oleh pekerja tu, akan jadi,

"I want to booking a table for tonight."

Penggunaan kata kerja (verb) menunjukkan perkara yang hendak dilakukan, menggunakan simple present tense - "base form after modal auxiliary verb". Penggunaan '+ ing' (present continuous tense) pula boleh digunakan untuk menceritakan tentang perkara yang sedang berlaku, spt

"I am booking a table now for tonight."

Aku tak reti la nak explain sebab aku bukan cikgu mahupun lecturer. Haha!! Just aku akan rasa tak selesa bila terdapat kesalahan grammar yang mudah2 kat depan mata. Tapi yang mudah2 je la... Yang grammar susah2 aku pun x tau cara penggunaan yg betol k. So jangan la segan2 nak speaking dpn aku. Biar je aku rase tak selesa klu korang tersilap pun, yang penting tak segan untuk belajar dan speaking London kannnnnn....

Chow!!

4 comments:

eddy syrol said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku sangat lemah dalam english..tatau nape =.= ajar aku!!

Kaki Wayang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bukan ko sorg je eddy..ako pon terok bab BI jugak..

yazidy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@eddy syrol : aku x pandai ajar org ler.. aku bkn cikgu pun.. :P

yazidy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Kaki Wayang : yer la tu... padahal SCHWA sajork..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!