Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, November 21, 2011

Plain Thought - Fair Is So Overrated

21 November 2011 - 2.05 pm

Tetibe hari ni aku diingatkan semula pada satu peristiwa yang pernah berlaku kat tempat keje aku ni dulu.. Kes yang jugak melibatkan beberapa kawan aku kat sini termasuk Kaki Wayang, owner blog D'Informationz.. Pasal kes aku buat print skrin sesuatu, dan ianya menyebabkan nama kitorang masuk dalam mesyuarat. Di cop pulak memburukkan nama poli.

Kalau difikirkan, mungkin la tindakan aku tu agak melampau. Yer la, aku siap print skrin dan masuk dalam FB. So pada mereka yang terkena tu, memang la memalukan. Tapi aku rasa kalau tanya pada staf2 yang lain pun, diorang akan setuju dengan isu yang aku bangkitkan bersama print skrin tu. 

Aku buat entry ni bukan sebab nak serang sesiapa, tapi aku cuma nakkan keadilan. Keadilan bermaksud aku juga perlukan kelebihan bersuara. Masa mereka memperdebatkan kes aku tu, aku dan kawan2 aku langsung tak diberi peluang untuk membela diri masing2. Bila perkara ni disebut pula dalam perhimpunan, secara otomatik nama aku pulak buruk. Ya, mungkin buruk pada zahirnya, tapi jangan tak percaya bila ada staf2 yang datang jumpa aku lepas tu dan setuju dengan apa yang aku buat. Bukan sorang dua yer..

Jadi aku buat entry ni untuk membela diri, walaupun kes tu dah lama, tapi sebab masa tu aku langsung tak diberi peluang membela diri.

1. Kalau dibaca dengan betul2 kedua2 (ya, aku buat dua print skrin) print skrin tu dan komen2nya, nampak sangat yang kitorang cuma bergurau. Semua komen tidak langsung menyerang Unit tersebut.

2. Apa yang aku print skrin tu adalah sesuatu yang betul2 berlaku. Aku hanya mempamerkan sesuatu yang jelas dan terang, dan isu tersebut dianggap serangan peribadi?

3. Kedua2 gambar tersebut merupakan kronologi, dan jika dibaca mengikut turutan, memang ianya merupakan teguran berunsur lawak.

4. Gambar tersebut dikatakan memalukan, namun aku sikit pun takde sebut tentang Unit tersebut dan juga nama ofis. Malah gambar tersebut juga private, iaitu orang lain tak boleh tengok kat dalam FB aku.. Dan kalaupun orang tengok, ko ingat ko artis? orang tak heran laaaaaa...

Sebenarnya ada byk point lagi, tapi aku terpaksa hold sebab utk menjaga kerahsiaan.. Jadi lepas aku buat entry ni, kira adil la kot sebab aku dah bersuara dan membela diri.. *Entah2 entry ni pun akan kena print dan masuk mesyuarat jugak. Kalau jadi la macam tu, nampak sangat sikap berat sebelah pihak atasan sebab menghukum aku yang hanya nak membela diri*

Sekian.

Chow!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!