Pagi tadi (11.10 am), aku dengan jayanya telah menonton movie paling meletup dalam sejarah perfileman dunia iaitu, Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2 kat TGV Seremban 2. Aku cuti hari ni sebab ada 'hal' sikit yang nak diuruskan kat Seremban, so lepas 'hal' tu dah setel, aku pun memanjakan diri dengan menonton wayang menggunakan bajet yang ciput ini. Walaupun hari ni hari Rabu, harga tiket untuk filem2 baru tak turun, tetap RM8. Ok la kot. Aku tengok yang biasa je, bukan yang 3D. Tapi kat sini aku bukan nak cerita pasal movie tu sebab tu aku akan buat satu entry yang lain, tapi aku nak cerita tentang apa yang berlaku masa aku tengah tengok citer tu.
Aku dapat seat H5, maknanya agak belakang dan sangat2 best dan sesuai untuk menonton wayang. Masa aku masuk, aku tengok seat H3 ngan H4 ade awek2 melayu dah duduk, dan seat H6 & H7 ade awek mat salleh yang duk ngan adik dia ke agaknya. So aku pun dengan tersipu2 malu mencelah2 untuk duduk di tengah2 antara aweks2 itu.
Lepas tu, movie pun bermula. Bila movie dah start, aku perasan yang awek melayu gemuk (kan dah dapat gemuk, free je) yang duk sebelah aku tu tak berhenti2 bercakap2 ngan kawan dia. Walaupun dia bercakap perlahan, tapi cukup mengganggu ketenteraman jiwa aku. Kalau dia bercakap benda2 yang berfaedah takpe gak, ni diorang dok mengomen filem tu. Dan yang paling aku menyirap, diorang macam tak pernah tengok movie Harry Potter sebelum ni. Bila ada watak2 keluar, diorang akan tanya, "Eh, ni siapa ek?" "Ala, kawan Harry yang berjanggut tuuu..." "Oooohhh.. Yang tu sape plak?" "Ntah, adik yang pompuan tu kot.".. Nak je aku lempang sekor2!! Stupefy!!!
Even masa scene sedih, diorang leh lak gelak2 sambil cakap, "Tak sedih punnn..".. Memang la ko tak sedih lahanat, korang nampak sangat tak mengikuti cerita Harry Potter dari awal! Kan dah free2 dapat lahanat pulak. Geram aku! Berbeza sangat ngan awek mat salleh yg dok sebelah kanan aku. Dia sangat2 menghayati cerita tu. Hinggakan masa kembar Weasley tu mati, aku ngan dia sama2 mengeluarkan perkataan "it's the twin".. haha!! Malu aku! Dia pun sengih je.
Yang paling aku tak tahan dan rasa macam nak pijak2 pompuan2 gemuk dan lepas tu sula diorang ngan batang penyapu ialah, bila movie tu habis, diorang dengan selamba babinya berkata, "Laa, camtu je habisnya? Tak best la citer ni.." Nasib baik aku masih berperikemanusiaan. Kalau la aku berperikebinatangan, dah aku cakar sorang2!! Expecto Patronum!!!
Ok, cukuplah aku menyumpah seranah untuk hari ni. Berjumpa lagi di episod caci maki akan datang!
Chow!!
*sorry kalau carutan2 dalam entry kali ni mengganggu ketenteraman korang. aku memang tengah geram ni.
*sorry kalau carutan2 dalam entry kali ni mengganggu ketenteraman korang. aku memang tengah geram ni.
5 comments:
kejadian sebegitu memang sangat mengganggu !
dorang tak fikir kot, kita datang tengok wayang nak dengar suara pelakon tue, bikan suara dorang !
Yg last skali tu patut ko taip cakorrr..pahang sikit..hahahaha
@Kaki Wayang : mcm char kuey tiow la pulak.. haha!!
laaa nape xamik no tepon..leh la kenalan ngan dak gemok 2 ketul tu..hehe :)
@HARITH ISKANDAR : hahaha!! kalau cantek pun, tak selera la kalau perangai camtu.. haha!!
Post a Comment