Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, May 1, 2011

Plain Naughty - Memoir Of Imperfect Blackboard Starers...

1 Mei 2011 - 12.51 am

Setelah diberi idea oleh henchek Ikhwan dalam perbincangan kat Facebook, akhirnya aku buat keputusan untuk buat satu post kat blog ni khas untuk memori2 mase sekolah dulu.. Huhuhu.. Mase sekolah dulu, aku ni jatuh dalam kategori budak yang baik.. Pengawas lagiiii.. Tapi jgn ingat sbg budak baik, aku takde kenangan2 manis kat sekolah tu.. banyak kenangan2 yang aku rasa kawan2 aku pun masih ingat lagi, dan kompem diorang gelak kalau teringatkan kenangan2 tu..

Aku sekolah menengah kat dua sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 7 (SMPT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Sebelas (SMPSE). Kami berpindah ke SMPSE bila sekolah tu siap, iaitu mase aku tingkatan 4, pada tahun 1997.

(Ni logo yang aku jumpa kat Internet. Sori x clear)


Batch aku merupakan batch pertama yang menggunakan sekolah tu, so semuanya baru. Setelah pemilihan dibuat, dan beberapa pelajar berpindah ke sekolah lain setelah dapat tawaran, akhirnya aku dan kawan2 dimasukkan ke kelas 4 Ariff. Aku tak dapat ingat semua classmates aku masa tu. Yang aku ingat, aku, Ikhwan, Hairul, Epen, Su, Murugan, Ming Fooi, Mizan, Adeq, Wahidin, Hairi, Nizam, Fariq, Sam, Bad, Shah, Shahrul, lg sape ek? Tu yg lelaki.. Yang pompuan lak, Azlina, Aishah, Musliha, Lina Jamal, Asmaini, Aini, Dayah, Marlina, Yanti, Rehan, Linda, Jazlin, dan yg lelain aku tak ingat.. haha!! boleh gitu? (Yang aku tak link tu maknenye aku takde FB korang ataupun aku tak ingat nama FB korang).

Ok, mase aku tingkatan 4, dalam kelas tu ade gak geng2 budak yang agak nakal la.. Diorg terdiri dari Faizil, Razali, dan sape lg tah.. Aku masih ingat lagi satu peristiwa yang sampai sekarang kitorang sekelas mmg tak lupa. Peristiwa pemadam tersangkut dalam sarang tebuan. Hahaha!! Sape2 yang tau citer ni mesti dah gelak.. Ceritenye cenggini.... Mase tu, kitorang ade sorang teacher yang mengajar BI. Nama teacher tu Pn Kamariah. Teacher ni agak garang, so budak2 kelas aku tak berapa suka kat dia, kecuali aku sebab aku suka subjek BI. Teacher tu pun tak garang kat aku sbb pencapaian aku agak OK dalam BI. Kira ok la dia ajar, dapat gak aku sijil Cambridge. :) Anyway, satu hari tu, teacher tu masuk la mengajar. Aku pun tak tau sebab apa, tapi dia agak marah mase tu. Mungkin sbb ade student yang tak buat keje sekolah yg dia bg kot. So lepas kene marah tu, aku rasa geng budak nakal tu agak geram ngan teacher tu. Teacher tu pun mulalah mengajar dengan menulis kat papan hitam. Kitorang pun dengan tekun menulis nota. Tetiber, terdengar suara teacher menjerit marah2! Terkejut la kitorang. Bila tengok kat depan, teacher tu tengah mengeluarkan sesuatu dari rambut dia (yup, teacher tu free-hair). Benda yang dia keluarkan tu ialah sebiji pemadam pensel yang tersangkut kat rambut dia yang agak kerinting. Rupa2nya geng budak nakal tu tadi secara senyap2 telah melontarkan sebijik pemadam ke arah teacher tu dan yang maha lawaknya, pemadam tu leh tersangkut kat rambut dia. Mase tu mmg kitorg tahan gelak je sambil mendengar hamburan kata2 kesat dari teacher tu. Keluar gak la perkataan Stupid, Bullshit, dll.. Terus teacher tu keluar dari kelas. Mase tu ketua kelas Hairul, tak tau apa yg berlaku dan dia terpinga2 kat tempat duduk dia. Kitorang lak leh bantai gelak. Hahaha!! Lepas tu agak lama gak la masa yang kitorang ambik untu pujuk teacher tu untuk masuk kelas mengajar balik.. Berminggu2 gak kot.. tak ingat dah.. Jadi maksud aku bila cakap pemadam tersangkut dalam sarang tebuan tu ialah pemadam tersangkut dalam rambut teacher Kamariah. :P

Peristiwa kedua yang aku ingat, peristiwa yang menyebabkan cikgu Sejarah kitorang lak merajuk. Beliau dah meninggal dunia (Al-Fatihah). Tapi yang bestnya, kali ni bukan geng2 budak nakal yang menyebabkan cikgu tu merajuk, tapi geng2 budak pompuan yang baik2 belaka! Hahaha!! (sorry yer korang, aku menghanjeng korang kat sini) Ceritanya camni.... Cikgu sejarah kitorang bernama Allahyarham cikgu Badrul. Dia mmg hebat sgt dalam sejarah, sampai aku yang benci sejarah ni pun pernah dapat markah tertinggi dalam tingkatan dalam exam sejarah. :) Cikgu Bad ni suka suka suka suka sangat bagi nota yang panjang berjela.. Cara dia bagi nota tu ialah dengan menulis nota tu dengan menggunakan segala simbol yang sampai sekarang kitorang tak tau maksudnya, spt simbol anak panah ke atas, anak panah ke tepi, bulat, dll. Nota tu akan dibacakan oleh ketua kelas, dan kitorang akan salin. Namun pada suatu hari, mungkin si Lina Jamal (sori Lina, aku guna nama ko.. huhu) and the geng tak siap kerja rumah Add Math, so diorang pakat2 untuk buat kerja rumah Add Math semasa sesi menyalin nota Sejarah. Tapi disebabkan diorang ni bebudak baik yang tak reti nak cover2 buat jahat, jadi diorang pun kantoi! Cikgu Bad marah giler dan terus merajuk! Lame giler dia merajuk dan ambik masa yang lama gak untuk kitorang pujuk dia untuk masuk kelas mengajar balik. Akhirnya dia pun stop merajuking dan mengajar kitorg semula.. Nasib baik kitorg ni budak2 yang baik, jd masa dalam tempoh merajuk tu, kitorang belajar sendiri je supaya tak tertinggal silibus.

Selain cikgu2 yang unik, dalam kelas kitorang juga ada ahli2 yang unik. Ada yang suka cari publisiti murahan spt ckp, "aku kene karen (letrik)!!", ade yang suka tak balik rumah sendiri mase tengahari, dan menumpang lepaking dan memakan di rumah orang lain, ade yang tak pandai pasal video game, tapi nak gak join biler orang citer pasal video game.

Haaaa!!! Bercakap pasal video game, aku lupa nak citer. Mase sekolah dulu, aku ngan geng2 budak lelaki baik dalam kelas sangat sangat sangat suka main game!! Kitorang selalu gi Ladang Geddes ikut jalan short cut dalam kebun getah semata2 untuk g main game. Game yang kitorg suka sgt main :

Fatal Fury 4 : Real Bout

The King Of Fighters '97

Sampai ade satu ketika tu tgh syok2 main, ade polis serbu tempat game tu, so semua bertempiaran lari (sebab masing2 bawah umur).. :P

Alamak, aku tak dapat nak ingat lagi la peristiwa2 menarik. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi otak tengah jem nih.. Jadi kepada kengkawan2 sekolah dulu, kalau korang baca blog nih, bagi la sumbangan idea kenangan yang boleh aku updatekan dalam post nih.. Leh kita sama2 gelak bila teringat balik.. :)

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!