Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, December 14, 2011

Plain Awesome! - Teknik Mintak Hutang!

14 Disember 2011 - 2.49 pm

Hahaha!! Tetibe tajuk entry aku dalam BM lak kan! Saje je nak buat kelainan... *kelainan la sangat. dah la hari ni English Day*

Aku duk surf2 blog orang tentang teknik2 kutip hutang. Haha! Banyak yang lawak dari yang logik. Eh? Nape aku tetibe cari teknik kutip hutang? Entahlaaaaaaaaa... Anyway, baca la yang aku copy pasta dari sumber2 kat internet nih. Ade yang lawak sehhh..


- Do it in a flash.

Korang pakai baju smart-smart. Galas beg di bahu dan bersedia. Bila korang nampak je si peminjam duit tu di depan mata, korang terus berjalan laju menuju ke arah dia seolah-olah korang dah lambat nak ke kelas. Dengan rentak perjalanan yang pantas dan tanpa berhenti, korang terus cakap

    "Weh, minggu ni aku macam tak ada duit lah. Esok kau bayar hutang aku ye?".
Then terus blah. Tak perlu tunggu dia respon. Why? Sebab apa yang dia perlukan adalah notification tentang hutangnya. Dan masa yang kita bagi adalah 24 jam. Itu adalah rasional. Bila buat cara flash macam ni, dia dah macam tak ada alasan nak bagi sebab ianya seolah-olah perjanjian telah termeterai dia dia kena bayar hutangnya pada keesokkan harinya.

- SMS berbentuk arahan.

Antara cara yang paling senang untuk ask your best friend to pay back whatever dieorang borrow adalah dengan menghantar satu SMS yang amat simple. Contohnya

    "Salam. Hari Rabu ni kau bayar hutang aku ya. Aku dah tak ada duit nak makan. Nanti aku datang bilik kau ambil duit."

Kelebihan SMS adalah 'ruang untuk berfikir'. Ya, pada masa ni, si peminjam biasanya akan ambil masa yang lama untuk reply mesej korang. Dan SMS juga tak akan membuatkan situasi kekok berlaku. Damn i hate situasi kekok. Tapi kalau dia tu lelaki dan jenis hati kering, dia mungkin akan reply dengan ayat "Tak ada duit". Well kalau ini berlaku, korang boleh guna next step.

- Lepak-lepak dengan si peminjam duit.

Korang cuba la cari masa-masa yang sesuai untuk duduk-duduk dengan si peminjam duit. Duduk sambil makan dan tengok TV misalnya. Then masa tengah layan TV tu, korang buat la ayat macam

    "Aku ingat nak beli buku Bio macam kat TV tu lah. Tapi tak ada duit doe. Classmate / roomate aku pinjam duit tapi tak reti nak bayar balik."

Ya, korang buat-buat seolah-olah si peminjam duit tu tak berhutang dengan korang. Then korang tibai ah macam.

    "Benci betul lah aku dengan classmate aku tu. Pinjam pandai, tapi nak bayar haram jadah. Pastu mengaku kawan. Tak guna."

Then selepas dah puas kutuk, korang keluarkan ayat maut

    "Eh, baru aku ingat, bukan ke kau pun ada pinjam duit aku ke dulu?"

Nailed it! Sumpah dia terasa. Dia terasa tetapi aku bet yang tak akan berlaku sebarang pergaduhan. Dan cara ni mungkin hanya berfungsi kat lelaki since lelaki tak sensitif sangat. Kalau korang perempuan dan korang guna cara ni kat perempuan yang sensitif, rasanya sure dia akan baling pinggan tu kat korang sambil putus kawan.

- Suruh dia bayar hutang anda tanpa dia sedari.

Cara lain yang mudah untuk dapatkan duit hutang korang adalah dengan membuatkan si peminjam duit tu membayarnya tanpa dia sedar. Contohnya macam

    "Weh, pinjam Rm50 kau jap, aku nak repair tayar kereta aku lah".

Then keesokannya bila dia mintak duit, korang kata lah

    "Oh, duit kau tu kira tolak hutang aku la. Kau kan hutang aku RM50 hari tu."

Yeah, cara ni damn ohsem lebih-lebih lagi kalau digunakan pada hari dia dapat gaji / loan PTPTN or MARA. Dan please guna cara ni HANYA jika si peminjam tu TAK NAK bayar hutang korang. Aku perasan most of the peminjam bukan tak mampu tetapi tak nak bayar hutang. Ya, kalau dia tak nak bayar, boleh guna cara yang agak kejam ni. Tapi kalau dia betul-betul tak ada duit, cara ni amat-amat tak di galakkan.

- Kalau ada facebook atau twitter dan mana-mana laman sosial yang lain, korang bolehlah tulis senarai orang yang berhutang dengan korang tu menggunakan caps lock di dalam wall atau tweet kan je. Dengan harapan si penghutang menyedari amaran tsunami korang tu dan cepat-cepat bayar hutang.

- Kalau banyak duit, buatkan flyer muka pemiutang tu dan tampal kat tiang lampu, elektrik, atau campak depan rumah macam orang hantar suratkhabar tu. Nak lagi lawa, cetak baju ada gambar dia. Pakai tiap-tiap hari hatta masa pergi berak sekalipun.

- Ingatkan pada pemiutang agar segera melunaskan hutang bila terjumpa dengan dia di pasar malam, uptown, downtown, dan sebagaimana dengan menjerit “woi mangkuk, bila nak bayar hutang aku” kata saya kepada pemiutang.

- Pergi je rumah dia, jumpa dia dengan cara elok dengan baju lusuh bak pengemis. Nak lagi mantop, bawak je anak bini, awek, sedara mara dan buat muka macam tak makan nasi 1 bulan. Konfom dia akan segera bayar hutang tu.

- Cetakkan seberapa banyak hukuman orang yang tak bayar hutang. Bagitau dia pedihnya azab siksa tak bayar hutang ni, bagi ceramah sikit konfom bayar jugak guna cara ni.

- Setiap kali jumpa dnegan orang yang hutang dengan korang tu, berikan dia segala duit yang korang ada tanpa dia minta dengan harapan dapat menyindir dia. Dah malu dia bayar la. Hahaha.

- Eh, tak mo bayar jugak? korang tampo je la. Hahaha, kite bakor kite bakor!

-Cara Halus..??

    Memperli penghutang di wall  facebooknya?
    Menuliskan surat dengan pelbagai bahasan kiasan dan bunga- bunga?
    Membisikkan ke telinga penghutang seperlahan yang boleh supaya bayar hutang secepat mungkin?
    Membuat signal mata pada penghutang supaya faham- faham sendiri untuk bayar hutang?
    Buat segmen berbalas pantun dengan penghutang?
    Atau menggunakan "perantara" yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada penghutang.

- Atau guna cara ni :


Hahahaha!! Susah weh nak kutip hutangggg.. Tak cayer, tanyer aku.. :P

Chow!!
.
.
*Entry ni takde kaitan ngan sesiapa yang telah hidup ataupun yang masih mati*
Entry ni ada kaitan ngan entry aku yang dah agak lama, iaitu : Plain 'Blergh' - Common Sense...

8 comments:

AdyBudika said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mintak hutang aku balik!!!!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Abg Ady : eh? ade hutang ek? nt sayer bayar mase jmpe kat KL k.. :P

hawiz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hutang2...ermm....ko ade hutang dgn aku kn?..hahaaha..tetibe

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hawiz : haha!! tetibe semua ngaku ade bg aku hutang.. buwekkss!!

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah try rasanya semua cara kat atas
tak jalan jugak..
-______-

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@cicak papan : ko dah try semua teknik di atas? haha!! dasattt!!

38nailp said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

klu dah jenis muke tebal camner arr..hahaha...hint2 pun buat kerass jer...kiwax tol la.. heran aku..angkut gadis ade plak sen...hahaha..sengkek tol..!!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@38nailp : Klu camtu elok ko santau je.. Erk?!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!