Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, May 29, 2012

Plain Me - Aku Yang 'Naughty'

29 Mei 2012 - 12.07 pm

Haha!! Jangan fikir bukan2 bila baca tajuk entry ni yer~~ Naughty yang aku maksudkan di atas tu bukan dari segi yang berwarna 'kuning' mahupun 'biru', tapi hanyalah kenakalan semasa aku kecik-kecik dulu.. Setiap orang mesti melalui zaman kanak-kanak yang menyeronokkan kan.. So aku nak kongsi sket ke'naughty'an aku mase dulu2.. Tapu dulu2 je aku nakal tau.. Sekarang aku dah tak nakal.. Naughty jer *rujuk warna2 tadi*.. Errrr, abaikan..

1. Tangkap sibu-sibu/pepatung guna getah.
Bila aku fikir balik tabiat aku ni, agak insaf juga sebab, err, kejam.. Ye la, guna getah tikus atau getah pokok nangka untuk tangkap pepatung tu.. Bila dah tangkap, komfem pepatung tu dah takleh nak terbang.. Akhirnya mati.. Adeiii, kejamnyeee..


2. Ikat plastik kat kaki ayam.
Ni pun salah satu aktiviti yang aku gemar gak dulu nih.. Caranya senang je, tangkap sekor ayam, ambik tali dan plastik, ikat satu hujung tali tu kat kaki ayam, dan lagi satu hujung tali kat pemegang pelastik.. Nanti bila ayam tu lari, plastik tu akan terbang dan ayam tu akan takut dan lari lagi laju.. Hmmmmm.. Juga kejam yer.. Nape la aku dulu kejam sangat ek? Kurang kasih sayang ke?


3. Tembak kucing guna bedil buluh.
Ni pun satu lagi aktiviti kurang sihat yang aku suka buat dulu.. Kalau nak tau ape tu bedil buluh, sila tengok entry Bedil Buluh ni yer.. Biasa bedil buluh ni aku guna untuk buat main perang2, tapi bila takde kawan nak main, tembak je apa yang melintas kat depan.. Biasa kucing la yang selalu jadi mangsa sebab dia tak expect.. Kalau ayam itik diorang dah cabut dulu..

Sebenarnya banyak lahi aktiviti2 durjana yang aku selalu buat dulu, termasuk :

4. Lastik burung.
5. Cabut ekor itik.
6. Campak itik dalam sungai sebab nak tengok dia berenang.
7. Letak getah tikus kat pisang masak, biar kena sayap burung.
8. Letupkan sarang semut guna mercun.

Bila ingat balik, kejamnyer aku dulu kat binatang2.. Aku pun naik seram.. Huhu.. Nasib baik sekarang aku dah jadi seorang yang sangat penyayang.. Errrr.. Ye ke? Org tertentu je tau.. Tetttt!! Anyway, aku dulu membesar kat kampung yang betul2 kampung.. Sebab tu la aktiviti2 yang aku buat semua ala2 kampung.. Aku yakin orang lain pun banyak kenangan mase kecik kan.. :)

Chow!!
.



6 comments:

Aziela said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak rasa itu namanya kreatif...hehehehehehehe...

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Aziela : kreatif mendera binatang ek? huhuhu~~

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tarik upih main tak? =)

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haah..mmg kejam gile kot..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@ELeEa : tarik upih tak kejam, so tak main.. haha!!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) : hahaha!! kejam kan aku? biler teringat balik, mcm cibai je.. rase nak sepak diri sendiri laju2..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!