Untuk pertama kalinya, aku tak guna title yg klisé untuk post aku. Bukan sebab pe, just aku nak cakap secara terang2an tahniah kat Salma yang menang Mentor malam tadi. So macam biasa sebagai juri tak bergaji, aku nak bagi pendapat aku sket. Silakannnnnn.....
Pada malam tadi iaitu 29 Mei 2011 jam 9.00 malam, berlangsungnya konsert akhir Mentor 5 di Stadium Melawati, tapi aku tgk live kat rumah je. Huhu. Setelah berhempas-pulas selama 3 bulan, akhirnya perjuangan 3 protegé iaitu Salma, Shiha dan Iqa sampai ke penghujungnya. Untuk konsert final ni, 3 protegé telah dipilih, dimana ianya agak berbeza dgn musim2 yg lepas iaitu 2 protegé je. Tapi tu semua hanya drama je, sebab kalau korang ade baca post aku yg lepas, mesti tau sebabnya.. Ngeeeeee…
Pembukaan konsert final diserikan (ke?) dgn nyanyian oleh protégé yang dah tersingkir iaitu Aiman, Ayish dan Ratnah. Bila dgr diorg nyanyi, mmg layak la tersingkir. Lain la klu diorg masuk AF, baru la ade peluang utk menang kot. Persembahan diorg disertai oleh kumpulan Hujan (yang juga menyanyi secara fail). Kemudian tibalah masa untuk persembahan finalis2. Persembahan dimulakan oleh Salma.
Salma
Lagu pertama Salma ialah killer song dia, iaitu Listen, nyanyian Beyoncé. Kawalan low notes Salma ada sedikit tak smooth dan juga diction beberapa perkataan juga tak tepat. Tapi bila masuk part tinggi, Salma mula menunjukkan kebolehannya dan apabila sampai di penghujung lagu, terdapat sedikit perubahan note dimana diorang naikkan lagi key, dalam 2 octave kot, dan Salma begemerlapan dengan key yang jarang2 orang dapat capai. Nyanyian Salma menaikkan bulu roma.
Lagu kedua Salma pula adalah secara berduet dengan seorang artis tanah air yang memang tak dapat dinafikan kehebatannya, iaitu Jaclyn Victor. Gabungan antara lagu Cinta ngan lagu Rindu betul2 menunjukkan kemantapan vocal Salma dan Jac. Yang penting, Jac tak overshadow Salma dalam nyanyian diorang. Kawalan low note Salma dalam lagu Cinta perfect kali ni. Proses switching antara head voice, chest voice dan falsetto Salma juga sangat dinamik.
Lagu ketiga Salma pula adalah sebuah lagu baru yang berjudul Aku Permata. Pada pendapat aku la, aku rasa lagu ni sangat2 tak sesuai ngan vocal Salma. Walaupun part tinggi dalam lagu ni dapat dibawa oleh Salma ngan baik, tapi tak dapat rasa ‘feel’ dari nyanyian Salma.
Shiha
Lagu pertama yang dinyanyikan oleh Shiha ialah lagu Kisah Hati, nyanyian Alyah. Kawalan low note Shiha mmg power, tapi bila tiba part tinggi, kedengaran spt Shiha sangat struggle utk mencapai note tu sehingga kadang2 dia terpaksa menggunakan falsetto. Suara Shiha juga agak tenggelam oleh muzik yang agak kuat, sebab bila part muzik slow, barulah kedengaran dgn jelas suara Shiha.
Lagu kedua Shiha ialah lagu Ghazal Untuk Rabiah dan Balqis. Kali ini, Shiha bergandingan dgn Black, iaitu Juara Mentor musim2 yang lepas. Kekuatan Shiha mmg pada lagu2 tradisional, jadi mmg persembahan Shiha kali ni sangat baik. Cuma apabila didengar lenggok alunan suara dan juga gaya tarian Shiha, kelihatan seperti Dato’ Siti sangat. Agak ironi sebab Shiha adalah protégé kepada Kak Pah, dan semua org tau yg Kak Pah tak suka Siti. :P Tapi dalam persembahan kali ni, kedengaran spt vocal Black lebih menyerlah dari Shiha.
Lagu terakhir Shiha pula ialah lagu baru iaitu berjudul Bila Bertemumu. Lagu ni aku rasa sangat sesuai ngan vocal Shiha sebab lagu ni menyerlahkan kelebihan vocal Shiha dan menutup kekurangan dia. Alunan muzik dan lirik juga baik. Ajai yang buat lagu ni, so of kos la kan (walaupun aku tak suka Ajai sbb berlagak).
Iqa
Persembahan pertama Iqa adalah lagu Ku Mohon, oleh Sheila Majid. Untuk persembahan yg ni, Iqa yang merupakan ratu gimik, telah menyanyikan lagu ni tanpa gimik. Jadi kat sini boleh nampak sejauh mana kekuatan vocal Iqa, dan terus terang aku cakap yang vocal Iqa ni tak seberapa. Takde apa yang special pun ttg persembahan ni. Penghayatan lagu juga tak dapat dirasai. ZERO.
Untuk lagu kedua, Iqa kembali dgn gimik. Artis pilihan untuk berduet bersama Iqa bukan calang2. Faizal Tahir kaooooo!! Seperti dalam konsert semi-final yang lepas, Iqa (dan Edry) menggunakan gimik video sebelum persembahan. Kali ni, konsepnya ialah Iqa datang dari masa depan menggunakan mesin masa untuk membuat persembahan kat pentas Mentor. Ntah hape2 la gimik tu. Masa persembahan, takde signifikan pun ngan gimik tu. Aku tak tau nak taip apa, sebab aku rasa takde apa yang boleh dipuji ttg persembahan ni.
Lagu terakhir Iqa juga lagu baru, iaitu lagu ciptaan Edry yg berjudul Di Penghujungnya. Sebelum persembahan, Edry mengumumkan yang setiap dari juri awam akan menerima CD untuk single Iqa ni. Teknik memancing undi yang agak keji, seiras taktik memancing undi dalam politik Malaysia. Lagu ni juga sesuai ngan vocal Iqa, tapi aku mintak maaf la sbb bagi aku, lagu ni takde keistimewaan langsung. Tak sedap lahhh!!
Selepas semua buat persembahan, diumumkan markah dari juri2 awam terlebih dahulu. Juri2 (tandas) awam telah memberikan 16 markah kepada Salma, 17 kepada Shiha dan markah penuh 20 kepada Iqa. Tak tau la atas kriteria apa markah2 tu diberikan, sebab nampak jelas bukan vocal yang diberi keutamaan. Selepas beberapa iklan dan persembahan yang sia2, akhirnya tibalah masa untuk mengumumkan keputusan keseluruhan, iaitu gabungan markah2 dari juri (tandas) awam, juri professional dan juri penonton (SMS).
Setelah dikira, akhirnya yang menjadi juara Mentor 5 adalah Salma, dengan markah yang amat tinggi iaitu 85 markah. Nasib baik juri professional dan juri penonton tidak bodoh seperti juri2 awam. Akhirnya orang yang layak menang, telahpun menang! Shiha menduduki tempat kedua dengan 63 markah, dan Iqa tempat ketiga dengan 56 markah. Salma berjaya merangkul wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta (Chevrolet ape tah) dan Mentornya iaitu Erra mendapat wang tunai RM100,000. Tahniah Salma dan Erra!
Ok, ini je sepatah dua pendapat aku utk mentor final. At least aku berpuas hati dgn persembahan2 dari protégé yang bertanding dan juga aku berpuas hati dgn keputusan. :)
2 comments:
salma TERBAEK,TERGANAZ,TERBAEK,TERGANAZ, DAN SAYA TAK SUKE .........KALAU ADE YANG TAK SUKE.... huhuhu (tiru saiful apek la plak... =P
hahaha!!
Post a Comment