Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, May 9, 2011

Plain Memories - Passed Past... (3)


8 Mei 2011 - 8.36 pm

Ngengade lak aku nih nak update blog mase ni kannn.. Jap lagi Mentor nak start.. Nak tgk Salma.. Sempat ke nak siapkan post ni? Lantak la, sementara idea tgh ade nih..

Kali ni, spt post2 Passed Past yang lepas2, aku akan ceritakan ttg kerja2 yang aku pnh buat sblm ni.. Kalau dalam Passed Past... (2) aku ceritakan pengalaman aku jadi guru sandaran, tapi kali ni aku nak ceritakan sebelum aku jadi guru sandaran tu. Aku jadi guru sandaran start tahun 2004, dan tahun2 sebelum tu aku just tlg mak ayah aku kat kebun je.. Tp pada tahun 1999 dan tahun 2000, aku bekerja sebagai....... Operator Pengeluaran di sebuah kilang perabot.


(Mintak maaf terlebeh dahuloo sbb post kali ni xde pic. Pic2 yg aku snap mase keje kat situ tah kemana tah. Nt dah jumpa aku upload k)

Kilang perabot tu bernama Victory Industries Sdn Bhd, dan beralamat di kawasan perindustrian, Tanjung Agas, Muar. Mula2 aku kerja kat kilang tu selepas aku abis sekolah iaitu pada tahun 1999, tapi lepas tu aku berhenti dan aku g keje kat Pasir Gudang ngan Ikhwan selama lebih kurang 4 bulan, pastu aku balik semula kerja kat kilang perabot tu. Yang pasal aku keje kat JB tu, nanti aku akan post dalam post yang akan datang ye. Tapi kali ni aku post pasal kilang perabot ni dulu.

Masa sesi pertama aku masuk keje kat kilang ni, aku agak terkejut sbb ni kali pertama aku bekerja ngan orang. Sebelum tu aku tak pernah keje kat mana2 pun kecuali ikut bapak aku g kebun getah. So tu pengalaman pertama bekerja ngan org2 yang jauh lebih tua, eh, berpengalaman dari aku.. Mase tu aku muda remaja bergetah lagi.. 18 tahun katernyerrrr.. Masih jambu.. Jambukah??!!

Untuk g keje kat kilang tu, setiap hari aku dan org2 lain (kebanyakannya adalah pakcik2 dan makcik2) akan menaiki bas kilang dari Palong 10 (kampung aku kat Gemas) sampai ke Tanjung Agas. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam, jadi dalam sehari tu 8 jam akan dihabiskan dalam bas je.. Bas akan bergerak pada jam 12.30 tghr dan kami akan sampai kat kilang dalam kul 4.30 ptg. Masuk keje kul 5, so sempat la nak makan2 sket kat kantin dan solat.

Aku ni sebenarnya tak biasa buat kerja2 berat nih mase tu.. Jadi masuk2 je keje, kena guna mesin kertas pasir utk licinkan kaki katil.. AARRGGHH!! Kejutan budaya sangattt!! Pernah sekali aku terlepas kayu tu dan oleh sebab mesin tu berpusing laju, jadi kayu tu terpelanting ke depan.. Nasib baik takde orang kat depan mase tu.. Pastu oleh sebab aku antara lelaki yang tak berapa nak banyak dalam shift malam (ye, aku keje shift malam) tu, jadi aku jadi antara orang yang kena angkat minyak, thinner dan cat.. Berat sungguh.. Tasuke!! Tasuke!!

Tapi yg seronok keje shift malam ni ialah, waktu malam tak ramai org yang keje.. Jadi leh borak2 sambil wat keje dan gelak2 besar. Team leader pun jenis sporting, jadi takde hal. Waktu rehat adalah dari kul 7.30 mlm hingga 8 mlm. Oleh sebab masa agak singkat, jadi aku ngan kawan aku yg jugak keje kat situ (Naza) akan bergegas2 makan dan solat Maghrib. Waktu keje kitorg abis kul 11, so lepas tu kena menempuh lagi 4 jam utk balik ke Palong.

Okay, tu sesi pertama. Dalam hujung tahun 1999, aku berhenti keje kat kilang tu sebab aku ikut Ikhwan keje kat JB. Tapi tak lama, dalam 4 bulan je kot. Then aku balik semula ke Palong dan aku apply semula keje kat kilang tu. Tak sangka leh dapat lak. Jadi bermula la semula kisah aku keje kat kilang tu lagi. Tapi kali ni agak lain sket sbb bila aku masuk keje kali ni, aku tgk org2 yg keje kat situ dah berubah. Masih ada yang sama, tapi ramai yg dah lain. Maksud aku dah tukar orang lain. So aku kena la berkenalan semula ngan org2 baru yg keje kat situ. Tapi utk kali ni, sesuatu berlaku kat aku masa aku keje kat situ yang bagi aku memberikan makna yang besar dalam hidup aku.. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, AKU JATUH CINTA dgn seorang perempuan....

kekekekekeke!! betol la!! Serius!! Dia keje satu line ngan aku.. Dalam line tu ade lebih kurang 10 org kot, tp yg lain2 semua makcik2.. lelaki cuma 2 org je dlm line tu, iaitu aku dan team leader aku.. team leader aku ni walaupun hensem dan body ketul2 (g gym kot), tapi dia ni seorang yang pemarah. Dia tua setahun dr aku, so bila dia marah2 tu aku mmg malas nak layan. Biasa yang kena marah ialah makcik2 dalam line aku tu, dan tugas aku ialah memujuk semula makcik2 yang dah kena marah tu.. Aku igt lagi dia pernah marah mak kepada Firdaus yg juga kerja kat situ sampai dia menangis. Sakit hati aku sbb tgk dia marah org tua sesedap rasa dia je.. Last2 aku gak yang pujuk mak Firdaus tu..

ok, berbalik pada cerita aku 'terjatuh' tu tadi, hehe, malu la nak citer.. Tapi nak citer gak, secara ringkas je la ye.. Aku selalu ditugaskan utk bahagian buat lubang pada kaki katil, dan utk buat lubang tu, mesin tu perlukan dua org yg mampu utk angkat kaki katil tu. Oleh kerana dalam line aku tu semua makcik2 dan leader aku lak sibuk ngan keje spray kat belakang, so mmg aku ng pompuan tu je la yg akan buat keje tu.. Mesin tu terletak jauh sket dari line kitorg, so kawasan tu agak jauh dari hiruk pikuk line.. so mmg dapat berborak2 kalau dok situ..

Aku ni mmg jenis tak pandang rupa, sbb bagi aku org yg cantik @ hensem ni biasanya sombong, jadi mmg aku mula2 tak layan sgt pompuan tu (sbb dia mmg cantik). Klu tanya aku, dia ade iras2 Wardina sket.. Lg satu yg aku tak gemar klu org cantik ni, mst kekwat, gedik, mengada2 dan kontrol ayu.. Tapi aku terkejut sbb dia tak mcm tu.. Dia tak kontrol langsung, so kitorg berborak mcm kwn2 biasa yg dh lama kenal.. tapi bila dah lama2 kenal tu, aku rase mcm dia bg hint kt aku.. Seolah2 dia suka kat aku.. Aku malas nak perasan2 nih, tp hint2 yg dia bg mcm agak jelas.. Contohnya, dia tanya aku:

1. Aku ni tak pernah ke luahkan perasaan kat pompuan? Soalan tu mcm dia tertanya2 kenapa aku x pnh ckp aku suka kat dia..
2. Dia borak2 ngan aku ni, takde orang marah ke? Soalan tu biasanya org akan tanya bila dia nak usha line. So aku anggap dia usha line aku..
3. Dia pnh ajak aku kuar berdua ke Bahau, atas alasan dia nak belajar English ngan aku. Hmmmm.. Agak2, apa maksud tu? Bukan takleh nak belajar BI kat umah. Bukan jauh pun umah kitorg..
4. Dia pnh ckp dia suka kat sifat aku yg tak terhegeh2 kat dia hanya sbb dia cantik. Dia rasa selamat ngan aku. Ni lak, ape maksudnya?
5. Aku selalu perhatikan dia masa dalam bas dari seat belakang, dan dia pun perhatikan aku dari seat dia. berbalas2 senyuman dan lirikan mata kaoooo..

Jadi atas sebab hint2 yang diberikan di atas, aku pun mula rasa sesuatu kat dia. Sebenarnya aku malas nak layan sgt perasaan tu sbb aku pasti dia takkan terima aku sebab dia leh pilih ramai lagi org kat luar tu yang jauh lebih baik dari aku.. tapi oleh sebab aku nak kepastian dan aku nak keputusan, akhirnya aku pun luahkan perasaan aku kat dia.. Gilerrr!! Rupa2nya hint2 yg aku rasa tu sbnrnya tak bermakna apa2 kot sbb dia ckp dia suka kat aku, tp sbg kawan je.. Hahahaha!! hampeh je kan.. Tu 1st time aku dilukakan oleh seorang perempuan. So malam tu lepas balik keje dan bila sampai umah, aku nangis puas2.. Hambek kaooo!! Hahaha!!

So lepas tu kitorg stay jd kawan je, dan sejak tu jugak aku tak pernah 'terjatuh' kat mana2 perempuan lagi.. tapi kitorg masih kawan, dan masih borak2, nyanyi lagu2 Westlife kuat2 sama2 mase buat keje dll.. Tak lama lps tu dia pun berhenti keje sbb dia sambung study..

Ok, tu je kot citer pasal dia. Sekarang aku nak sambung citer psl tempat keje aku tu iaitu kilang perabot tu.. Aku teruskan keje kat kilang tu sampai ke satu masa, dimana kilang tu akhirnya terpaksa menutup bisnes sebab masa tu ekonomi tgh jatuh. Kilang tu dah tak mampu nak teruskan bisnes dia, dan akhirnya ditutup. hari last keje tu, bos kilang belanja ayam masak merah. Huhu..

So, tu je kot citer utk kali ni.. Lain kali aku sambung lagi k.

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!