Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, September 20, 2011

Plain Reality - AUDITion After AUDIT

20 September 2011 - 11.21 pm

Pada jam 9 pm tadi, aku dan Kaki Wayang ditugaskan untuk menjadi juri bagi satu sesi pencarian bakat baru dalam bidang vokal untuk memeriahkan lagi Kelab Kebudayaan Politeknik Muadzam Shah. Kenapa kitorang yang dipilih? Sebab kitorang je yang tak tau malu kot. Haha! Takde la.. Sebenarnya mungkin sebab kitorang ni antara orang-orang yang suka menyanyi kat poli nih.

Sebenarnya aku mengharap sangat-sangat student yang akan datang ujibakat ni adalah student2 yang belum pernah didengari nyanyian mereka, sebab nama pun Pencarian Bakat Baru kan. Bila tengok ramai yang datang tadi, rasa macam ada peluang gak nak tengok orang baru menyanyi kat stage (stage la sangat). Tapi rupa2nya yang ramai tu datang nak tengok je. Yang ujibakat 13 orang je. Tu pun muka2 lama. Takde pun student yang tak dikenali. Agak kecewa gak.

Anyway, ujibakat dijalankan dan seperti biasa macam dalam ujibakat program2 realiti kat TV (motep?), ada la yang bersuara sedap, ada yang boleh diperbaiki, ada yang biasa je dan tak kurang juga yang sumbang mahram. Siapa yang sumbang tu, biarlah menjadi rahsia aku dan Kaki wayang. Haha!! 
Aku tak snap apa2 pic pun masa audition tadi. Cuma ada snap a few pics yang langsung takde kaitan dengan ujibakat. Bolehhh?.. Belasah je la..

 Sebelum audition. Test mikrofon katernyer..

 Selepas audition. 2 peserta yang suara sedap, tapi lari tempo sajork~~

Artis paling meletup abad ini..

Tak banyak yang nak diceritakan masa audition tu. Audition agak bebas, iaitu student boleh pilih untuk menyanyi dengan minus one atau tanpa minus one. Siap ada yang bawak orang untuk main gitar lagi. Tapi yang main gitar tu nape tak audition ek? Uhukkk~~~ *terbatuk jap*

Antara lagu yang disediakan minus one adalah seperti Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir), Belaian Jiwa (Innuendo), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Ku Menunggu (Rossa), Listen (Beyonce), You Raise Me Up (Westlife) dan banyak lagi, tapi yang paling laku lagu Shahir. Tahniah gak pada yang nyanyi lagu english sendiri tadi iaitu lagu Sway (Michael Buble) dan Rolling In The Deep (Adele). :)

Semoga dengan bakat2 yang ada ni, Kelab Kebudayaan PMS akan berkembang mekar dan mengharumkan nama PMS umumnya, dan dapat membuatkan kami sebagai jurulatih2 berasa bangga. :)

Chow!!


4 comments:

Mohd Khairi Khadzir said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh smoga poly bakal melahirkn selebriti2 yg berbakat.. good luck korg berdua (^___^)

yazidy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Mohd Khairi Khadzir : thanks!! harap2 begitulah yerrr.. sebenarnya nak latih utk persembahan2 gak.. takde la setiap kali ada event, muka kitorg je yg dok melalak atas pentas.. :P

~SaL IjOu~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yg men gitar cuma terer men gitar,tp suaranya x best barangkali~ ^^

salam kenal~ =)

yazidy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@~SaL IjOu~ : ye ke? tak tentu gak.. sangat best kalau org pandai main gitar, pastu leh nyanyi.. :)

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!