Biasa la, musim raya kan. So masa ni la musim open house atau open office atau open studio dan open macam-macam lagi la.. Masa ni la nak makan puas-puas. Motifff nak diet vagaih?!
Pada tengah hari tadi (27 September), dua unit kat Politeknik Muadzam Shah ni iaitu Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Asrama telah mengadakan open house (ker open office?) kat ofis diorang. Jadi masa lunch break tadi, aku dan seluruh ahli keluarga jabatan aku, juga staf-staf PMS yang lain telah menyerbu menyerang melawat pejabat HEP untuk, apalagi, makan lerrrr..
Walaupun masa tu aku baru balik makan dengan Kaki Wayang, tapi aku berjaya menyediakan sedikit (sedikit kah?) ruang kat perut aku untuk diisi makanan open house itu. Tapi Kaki Wayang tak join sebab dia masih kenyang.
Memang banyak makanan yang disediakan, so kitorang pun makan ler (ayat takde idea. takde unsur kreatif langsung). Sambil-sambil makan, sempat gak la aku menyenap (snap) gambar sket.
Nurul yang sentiasa muncul kalau time ambik gambar. Charan pun mencelah sekali.
Antara makanan yang ada. Tu pun dah nak habis. Siapa datang lambat memang tak merasa la..
Rendang daging yang menjadi rebutan.
Bihun yang juga menjadi rebutan (setelah rendang daging habis)..
Tetamu-tetamu sedang melahap, eh silap, menjamu selera (termasuk la aku, walaupun takde dalam ini gambar).. Kelihatan Izman yang sememangnya kuat makan, sedang bertungkus-lumus menghabiskan makanannya supaya dia dapat tambah lagi.. Keji tak?
Charan yang menggauli rendang ayam. Cari yang isi banyak katernyer (padahal ayam dah hancur)..
Trimas (terima kasih + thanks) kepada HEP dan Asrama sebab buat makan-makan nih. Sedapp.. Len kali buat lagi yer.. Huhu..
Chow!!
4 comments:
aku perasan, kebanyakan kalau open house mesti menghidangkan juadah berupa mee... mee kuning, mee hoon, mee kuah..mcm2 mee lah.. paling top meehoon.. err...mee hoon kan susah nak masak..! tak suke msk mee hoon.. *tetibe emosi..
@eddy syrol : bihun susah nak masak? senang je la eddy.. :)
untunglah leh makan lemang, rendang .. waaa.. *jeless
@hafiz hafizol : eh? nape jeles? makan je la..
Post a Comment