Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, May 23, 2011

Plain Bored - Replaying The Replayed..


22 Mei 2011 - 6.13 pm

Aku rasa ramai yang dah pernah tengok atau pernah dengar tentang animasi terbaru yang dihasilkan oleh produksi tempatan, iaitu BoBoiBoy. BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza. BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko. Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.


BoBoiBoy ni merupakan antara karya terbaekkk dalam Malaysia, selain Upin & Ipin. Jika Upin & Ipin lebih dekat kepada jiwa kanak2 dari segi perwatakan, aktiviti, pergaulan dan nilai2 murni, BoBoiBoy pula mendekati kanak2 dari sudut yang berbeza iaitu pendekatan superhero dalam melawan kejahatan. Namun latar belakang dalam siri2 BoBoiBoy tidak berapa menunjukkan ke'Malaysia'an kecuali penggunaan bahasa Melayu, watak Atuk yang pakai kopiah dan juga watak Yaya yang memakai tudung. Selain tu, Mungkin kita boleh katakan yang BoBoiBoy ni berlaku di luar Malaysia, berbanding dengan Upin & Ipin yang menyegarkan mata kita dengan pemandangan2 kampung, dialog2 yang innocent dan lucu dan nilai2 murni seperti menghormati orang tua (yang mana aku dapati BoBoiBoy kurang menerapkan nilai2 menghormati orang tua), bersopan-santun dan bekerjasama.



Alamak, dah berjela sudah, padahal baru mukadimah. Ok, sebenarnya aku nak cerita tentang sebab2 kenapa episod2 BoBoiBoy asyik diulang2, sampai aku rasa dah lebih 3 kali setiap episod2 tu diulang. Kat sini aku akan letakkan alasan2 yang diberikan oleh Animonsta Studio dan aku akan komen la sket2..

****************************************************************************************************************
Kami di Animonsta meminta maaf kepada semua peminat dan penonton BoBoiBoy yang kecewa dengan episod ulangan. Ada kami maklumkan di facebook seminggu sebelum episod ulangan tetapi kesilapan pihak kami ialah kami tidak letak di blog dan maklumkan dengan lebih jelas. Untuk makluman semua, episod baru BoBoiBoy akan bermula hanya pada Julai sebanyak 4 episod dan baki 5 episod akan bermula pada cuti sekolah hujung tahun ini. Setiap musim hanya ada 13 episod sahaja.
Bagi menjelaskan lagi tentang perlunya episod ulangan, berikut adalah 3 faktor yang perlu ambil kira:

1) Had Kapasiti

Kapasiti produksi BoBoiBoy hanya mampu mengeluarkan 13 episodes setahun. Oleh kerana hanya 13 episodes, jadi memang akan ada episod-episod ulangan bagi memastikan BoBoiBoy dapat berada di kaca TV selama setahun (setahun ada 52 minggu). Sekarang seramai 27 krew dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan BoBoiBoy. Kapasiti ini agak rendah jika dibandingkan dengan bilangan episodes yang kami perlu hasilkan. Secara purata, satu episode setengah jam mengambil masa 6 - 8 minggu untuk dihasilkan. Semestinya pihak Animonsta akan menambah ramai lagi krew. Asalnya kami mahu menambah krew untuk dapat menyiapkan siri dengan lebih cepat tetapi selepas melihat kepada permintaan orang ramai terhadap BoBoiBoy The Movie, kami membuat keputusan untuk tenaga baru masuk ke team movie.

Komen aku : Kenapa tak tunggu je sampai kesemua 13 episod tu siap, pastu baru siarkan kat TV? Kalau betulpun anda nak siarkan BoBoiBoy setiap minggu selama setahun (yang aku rasa agak melampau), biarkan episod2 tu siap dulu, baru siarkan kat TV. Masa tu ulang la sebanyak mana yang anda mahu sampai penonton muntah (sekarang pun mcm nak muntah je bila tgk episod2 ulangan). Upin & Ipin menghasilkan berpuluh2 episod, kemudian barulah mereka mengeluarkan movie setelah mereka yakin dengan pengikut yang akan menonton movie tersebut. Jadi kenapa BoBoiBoy begitu yakin dan terus mahu mengeluarkan movie?

2) Kepentingan "Pilot" dan "Season Break"

Pada peringkat awal siri BoBoiBoy ini, kami sebenarnya kurang pasti sejauh mana kejayaan BoBoiBoy apabila ditayangkan nanti. Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menggunakan formula "pilot" dan "season break". Dengan ini kami dapat melihat reaksi dari penonton. Dari reaksi yang kami terima untuk episod 1 hingga 4, kami dapat menggunakan maklumat tersebut untuk membuat siri yang lebih sesuai untuk penonton. Sebagai contoh, pada peringkat awal, kami mensasarkan penonton yang berumur 7-12 tahun. Namun selepas tayangan, kami mendapati penonton remaja dan awal dewasa juga meminati BoBoiBoy (lebih dari 50% adalah penonton remaja dan awal dewasa). Maklumat seperti ini membantu kami untuk mencipta episod yang lebih dekat dengan penonton. Selepas ini anda akan dapat lihat siri BoBoiBoy lebih cenderung kepada remaja juga. Untuk tahun ini BoBoiBoy akan muncul dengan episod baru sebanyak 3 kali iaitu bulan Mac, Julai dan Disember (cuti sekolah). Untuk mengelakkan siaran ulangan yang banyak pada musim ke-2, kami sedang mempertimbangkan untuk memulakan musim ke-2 pada Jun 2012. Bermakna episod-episod baru akan ditayangkan pada bulan Jun dan juga Disember.

Komen aku : Formula pilot merupakan satu alasan lemah untuk menutup kelemahan anda iaitu anda terlalu cepat melepaskan BoBoiBoy ke khalayak ramai, dan sekarang setelah BoBoiBoy meletup dan peminat mula mempersoalkan episod2 seterusnya, anda tidak dapat memenuhi ekspektasi peminat. Jadi BoBoiBoy akan mengeluarkan 3 episod baru pada Mac, Julai dan Disember. Ini bermakna memang BoBoiBoy akan terus diulangtayang sepanjang tahun dengan 3 episod yang ada sehinggalah munculnya episod2 baru? Adakah anda yakin dengan strategi ini? Seperti bermain dengan api....

3) Siri baru

BoBoiBoy adalah siri animasi baru. Dari minggu ke minggu, semakin ramai yang menonton BoBoiBoy. Namun bagi penonton baru, mereka terlepas episod-episod awal. Siaran BoBoiBoy diulang bagi memastikan untuk penonton baru dapat mengikut jalan cerita BoBoiBoy dari awal lagi. Ini amat penting kerana siri BoBoiBoy berkesinambungan.

Komen aku : Kalau nak diikutkan, semua cerita bersiri berkesinambungan. Kenapa tetibe BoBoiBoy nak jadi repetitive, semata2 untuk memastikan yang semua rakyat Malaysia telah menonton setiap episod BoBoiBoy? Adakah mereka akan hilang punca (seperti cerita Lost) jika mereka terlepas satu episod? Aku dah tengok semua episod BoBoiBoy setakat ni, dan aku tak rasa dengan termiss satu atau dua episod akan menjejaskan keseluruhan jalan cerita BoBoiBoy. Tambahan pula, BoBoiBoy adalah satu rancangan hiburan ringan kanak2. Ia bukanlah rancangan 'mari mengumpul episod' seperti Lost yang memang perlu ditonton setiap episod.

Apa pun, kami krew Animonsta menjanjikan hanya yang terbaik. Kami meminta maaf sekali lagi kepada penonton dan peminat yang kecewa dengan siaran ulangan BoBoiBoy. Kami harap peminat faham dengan situasi ini.

Komen aku : Vaekklahhhh!!! Tervaekkkk!!!

****************************************************************************************************************

Apa2pun, kita tengok je la ye sejauh mana kejayaan BoBoiBoy ni. Aku harapkan mereka mampu memecahkan ke'kontang'an animasi tempatan. Cuma jangan sampai orang muak dengan episod2 ulangan dah la ye. Good Luck BoBoiBoy dan Animonsta! You're gonna need it!

Chow!!

6 comments:

eddy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ekceli aku baru tau benda ni setelah baca blog hang... menarik..!!

eMMe said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eeee...panjang berjela-jela....tak minat la boboiboi tu...upin n ipin je ai minat....good blog, full of info....t tgk blog sempoi saya yea yazid.....

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hahaha!! comel la avatar ko tu!! anyway, thanks. Aku cuba bg info2 yang org tak berapa tau lagi k..

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hahaha!! Sebenarnya mmg tak suka nak post panjang2, tapi sbb nak counter apa yg dikatakan oleh Animonsta tu, terpaksa la letak apa yg diorg kata tu sekali.. :P Ok, nt yazid tgk blog emmi..

sham said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thanks bagi info..memang betul apa yg bro cakap..jgn kerana episod ulangan kami jadi muak..wat lah siap dulu cite baru tayang semua tentang boboiboy..kalau tak yakin jgn wat mcm ni...bahayakan cite tu sendiri..boboiboy terbaik...

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yup.. mmg tak dinafikan org dh muak dah.. wlupun citer best mcmn skalipun, tp bila dia dok ulang2 camni, mmg akan membunuh siri tu..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!