Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, September 25, 2011

Plain Cool! - Cooking For Others

25 September 2011 - 11.26 pm

Sabtu lepas, si Kaki Wayang telah mengadakan open house raya kat rumah dia yang besar tu.. So dia mintak aku tolong masak sikit untuk menambah makanan kat open house dia tu. Aku ni bukan pandai masak pun. Tapi dia nak jugak suruh aku masak. Keji kan.. Huhu..

Barang-barang yang aku beli. Aku kena beli semua barang untuk masak termasuk bawang, garam vagaih sebab kat rumah aku memang takde benda2 tu semua sebab aku memang dah lama tak masak.

Bawang merah dan bawang putih yang dah diblender. Thanks Kaki Wayang sebab bagi aku pakai blender kat rumah dia.

Antara isi dalam bihun tu nanti. Eh, aku lupa nak bagitau. Aku nak masak bihun goreng. Tapi bukan bihun goreng yang biasa orang buat yang warna merah tu. Aku nak buat bihun yang spesel sikit. Huhu..

Fish cake yang dah siap dipotong.

Ini adalah ayam.

Ini adalah ayam juga, tapi yang dah dipotong ler..

Ini pula adalah sebuah sawi.

Yang ni pulak sawi yang dah dipotong. (Motif nak kena explain satu2? Huhu)

Lada besar. Macam sikit la pulak lada ni. Tak cukup lak aku rasa.

Bihun. Ni baru sepeket. Ade lagi sepeket nak kena rendam.

Ni bihun yang dah siap masak. Penuh satu kuali kaoo!! Punyer la seksa nak menggauli bihun tersebut. Sebenarnya takde la spesel sangat pun bihun goreng ni, just aku letak biji sawi, jintan manis dan lada sulah. So bagi aku memang spesel dan sedap. Huhu.. Tapi bagi orang lain tak tau laaaa.. Ntah sedap ntah tak. Kalau tak sedap pun, takkan la diorang nak cakap tak sedap kan. :P

Lepas dah siap goreng, aku pun terus bersiap2, lepas tu gi open house tu sambil catwalk bawak bihun satu bekas. Siap dengan keropok lagi. Masa tu dah penat, so kat open house tu pun aku macam malas je nak bising2 sangat. Orang menghanjeng aku pun aku buat bodo je. Huhu.. Kalau tak, memang aku balas balik. Haha!!

Cuma yang tak best, aku dan Kaki Wayang lupa nak snap pic masa open house tu. Tak tau camne leh lupa. Huhu. So tak dapat la nak buat entry pasal tu. :P

Chow!!

2 comments:

Eyra. said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Laki pandai masak? Cool gileeeeee :D

yazidy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Eyra. : takde laaa.. sekarang kan ramai lelaki yg pandai masak.. :)

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!