Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, September 5, 2011

Plain Scary - BloodBath

5 September 2011 - 3.31 pm

Hari ni sesuatu yang sangat menakutkan telah muncul kat ofis aku!! Sangat menakutkan Okay!! Lebih menakutkan daripada pontianak, langsuir, toyol mahupun tarian poco-poco!! Kempen Menderma Darah!!!

 Poster yang baru digantungkan kat ofis.. Aku sendiri yang gantung poster ni dengan tangan yang terketar-ketar..

Life Savings katernyer.. Ader aku keysah?!... Huhu..

Korang mesti dah fikir yang aku ni sangat pentingkan diri sendiri kan... Sedeyh aku tauuuu.. Bukan la, cuma aku ada rahsia yang aku jarang bagitau kat orang lain sebab agak memalukan.. Sebenarnya............Dragon Ball ade 7 bijik semuanya.. Kekekeke!! Ok, sori2.. Sebenarnya, aku ada Haemophobia...

Apa tu Haemophobia? haemophobia adalah keadaan dimana seseorang yang takutkan darah dari sudut yang agak ekstrem. Aku memang tak boleh tengok darah. Kompem pitam. Walaupun akalu jari aku luka sikit dan keluar darah, mata aku akan start berpinar-pinar, dan rase macam nak pengsan.. Jangan salah faham, aku tak takut sakit dan aku tak takutkan injection, kalau injection tu untuk memasukkan sesuatu ke dalam badan spt ubat dll, tapi kalau injection tu untuk mengeluarkan darah, memang aku seriau.. Naik bulu roma aku..

So kat sini aku nak bagitau yang aku takkan join yer kempen derma darah tu esok. Sori sesangat.. :(

Chow!!

2 comments:

Kaki Wayang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Gaytohhhh..kalau lah aku xde darah renfah atau darah tinggi..dah lama aku menderma..ni tak 10 kali g derma darah..stage pertama (cek tekanan darah) terus failed..tekanan rendah la..tinggi la..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Kaki Wayang : so esok kita teruskan je aktiviti harian kita pada pukul 10 iaitu gi makan kat luar yerrr..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!