Kali ni, lagi sekali aku nak post pasal citer yg dah basi, iaitu yang dah berlaku lama dulu.. Benda ni berlaku mase hari pertama berpuasa untuk tahun lepas (2010). Tarikh hari tu ialah pada 11 Ogos 2010.
Oleh sebab hari tu merupakan hari 1st puasa, jadi aku pun ngengade balik kampung ptg tu sbb nak berbuka kat kampung, walaupun hari tu hari Rabu. So sah2 la sok paginya aku kena gerak balik opis lepas sahur. Tapi aku tak kira gak, sbb aku nak makan masakan mak aku utk berbuka. Huhu.
Nak dijadikan citer, masa aku tgh drive tu dan dah nak sampai kampung dah pun, aku terperasan ade sebuah kete ni datang dari arah depan. Kete tu nampak terhuyung-hayang je, so aku pun terus saspek yg driver kete tu mesti ngantok. Aku pun slowkan la kete aku.. Tapi makin lama, kete tu makin masuk ke lane jalan aku dan aku terpaksa masuk ke kawasan rumput kat tepi jalan tu utk mengelak dia. Tapi entah mcmane, bila dah dekat sangat tu, kete tu makin masuk ke lane aku dan akhirnya pertembungan pun berlaku, dan aku pun meninggal kat situ gak... Hish!! Tak la, kete tu terlanggar side mirror kete aku je.. Oleh kerana speed kete tu agak laju, jadi side mirror aku yg dilanggar tu pun bersepai dan oleh sebab aku tak tutup tingkap mase tu, habis serpihan2 cermin masuk kete aku.
Aku rasa driver tu tersedar masa dia terlanggar kete aku, so dia pun cepat2 pecut meninggalkan tempat kejadian. Aku stop kete aku jap utk tgk kot2 ade cedera lain kat kete aku selain side mirror. Bila dah sure takde pe yg berlaku, aku pun teruskan perjalanan. Tapi bila dah nak sampai kat umah aku, aku rasa mcm panas je kat bahagian leher dan dada aku. So aku pun jengah la kat cermin pandang belakang. Terkejut beruk makyeh aku bila tengok darah yang agak banyak mengalir keluar dari leher aku. Aku tak sedar darah tu sebab takde rasa sakit pun, mungkin sebab serpihan kaca yang terkena leher aku tu agak tajam.
So aku pun mula la panik (sebab aku ni takut darah) dan cepat2 drive sampai umah. Masuk je umah, family aku yg tgh dok depan makanan menunggu time berbuka terkejut dengar aku jerit "Tolong!! Eksiden! Cedera parah ni!!" Mase tu darah dah banyak keluar, dan habis baju putih aku (yang mahal) kena darah. Mak aku bukan main terkejut lagi sampai menjerit2. Kelakar lak aku tengok. huhu..
Ni dah lepas bersihkan. Tapi darah masih tak henti2 keluar.
Habis baju kena darah.
Masih berposing ngan darah..
Ni lak pic side mirror aku yg dh berkecai.. Haha!!
Tu je pic2 yang aku sempat snap.. Nasihat utk kawan2, berhati2 di jalan raya yer.. Kalau ngantok tu, berhenti la kejap, tido dalam 10 minit.. Pastu mesti dh x ngantok dah.. Aku selalu wat camtu..
Chow!!
2 comments:
hishh...bahaye btul keta tu,,,
citer lama dah ni.. tahun lepas.. bukan dh citer ke dlu kat FB? huhu..
Post a Comment