Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, May 11, 2011

Plain Gamer - Untrained Victory...

10 Mei 2011 - 8.56 pm

Baeklahhhh!!! Aku mengaku, aku juga ada hobi yg agak kebudak-budakkan, iaitu main game Pokemon!! Huhuhu!! Tapi bukan aku sorang je yer.. Ade gak kawan2 aku yg laen yg agak fanatik Pokemon ni.. Jadi pada sesape yg tak minat tu, tak payah la baca post ni ye.. Buat korang pening kepala je nanti..


Sama ada korang tau atau tak, dalam game Pokemon, Effort Values (EV) memainkan peranan yang sangat penting dalam melatih pokemon. EV akan memberikan kelebihan kepada pokemon yang berlatih EV berbanding pokemon yang tidak melakukan latihan EV.


Kita mula dari yg basic dulu. EV = Effort Values bermaksud Nilai Usaha, yakni pokemon akan diberikan hasil atas usaha2 yg telah dilakukan. EV adalah nilai yang tersembunyi, jadi kalau korang main game pokemon, mmg takkan nampak nilai EV tu pada pokemon korg. Yang membezakan pokemon yang EV Trained ngan pokemon yg EV Untrained ialah statnya. Seekor Pikachu yang tak buat latihan EV, mungkin mempunyai nilai Attack sebanyak 166, manakala Pikachu yang membuat latihan EV mungkin mempunyai nilai Attack sebanyak 229! Jadi dari segi kekuatan serangan, siapa yg lebih kuat?


So, macammana sebenarnya nak buat latihan EV? Senang je. Dengan berlawan dengan pokemon yang memberikan EV yang kita mahukan. Semua pokemon yang kita lawan, dan kita dapat Exp points dari perlawanan tu, akan beri EV pada pokemon yang berlawan dengannya. Contohnya, kalau kita nak Gible berlatih utk EV Attack, kita boleh berlawan dengan Machop. Machop akan memberikan 1 EV pada pokemon yang berlawan dengannya, dan setelah kita berlawan dan mengalahkan 4 ekor Machop, kita akan memperoleh 4 EV. 4 EV adalah bersamaan dengan 1 nilai stat. Jadi kalau Gible dah kalahkan 4 Machop, pada level up yang berikutnya, Gible akan memperoleh 1 point extra dari stat Attack. Kedengaran menarik kan? Huhu..


Tapi bagi mengelakkan ketidakadilan, setiap pokemon hanya mampu memperoleh sebanyak 510 EV sahaja, dan nilai EV maksimum bagi satu-satu stat hanyalah sebanyak 255 sahaja. Jadi 255 bahagi 4 (4 EV = 1 stat), satu2 pokemon hanya boleh mendapat extra 63 extra point bagi satu-satu stat. Sebagai contoh, cuba korang tengok Excadril kat bawah ni.. Satu yang dah EV trained, satu lagi belum.. Tengok pada stat HP & Attack nya..



Korang dapat lihat kan, yang mana lebih kuat? Untuk cara2 buat latihan EV, korang leh cari je kat internet sebab aku malas nak citer panjang lebar kat sini. Leh cari kat Serebii.net, Bulbagarden, Smogon dll.. So bagi kawan2 aku yang main game Pokemon, rajin2 la EV training ye, so kita leh adakan satu battle yang menarik dan mencabar!! Hehe.

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!