Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, May 31, 2011

Pretty Plain - It's A Strange Strange Animal World.

31 Mei 2011 - 8.46 am
Kali ni aku takde ape2 citer nak story pown adui aih! Tapi saje je nak kongsi beberapa fakta ttg haiwan yang mungkin korang tak tau (sebenarnya aku pun tak tau).
- Siput ade 4 hidung - sepasang untuk bernafas dan sepasang lagi untuk menghidu.
- Lebah madu mempunyai rerambut kat bahagian mata utk mengumpul debunga.
- Kaki kiri seekor ayam lebih lembut dan sedap dimakan dari kaki kanan.
- Saiz sperma tikus lebih panjang daripada sperma gajah.
- Kematian manusia disebabkan kutu lebih banyak berbanding kematian akibat peperangan.
- Kucing menggunakan misainya utk mengenalpasti sama ada sesebuah ruang tu terlalu kecil utk dimasuki.
- Burung Albatrosses hanya mendarat beberapa tahun sekali untuk mengawan.
- Dolfin tidur dengan membuka sebelah matanya.

- Kalau korg angkat ekor kanggaru dari tanah, ia tak boleh melompat.
- Nisbah bagi seorang manusia dgn jumlah serangga ialah 1 : 200,000,000
- Kebanyakan hamster mengelip mata sebelah saja pada satu2 masa.
- Burung flamingo hanya boleh makan dalam keadaan kepalanya terbalik.
- Rama-rama merasa menggunakan kaki belakangnya.
- Siput (lagi) leh tidur selama 3 tahun.
- Gajah adalah lebih ringan berbanding lidah paus biru.
- Hanya 2 haiwan yang boleh melihat belakang mereka tanpa perlu memusingkan kepala; arnab & burung kakak tua.
- Haiwan terakhir dalam kamus ialah Zyzzyva, iaitu seekor kumbang.
- Gajah boleh berenang.
- Burung kiwi buta.
- Zirafah takde vocal cord.
- Seekor tiram betina menghasilkan 200 juta anak sepanjang hayatnya.
- Nyamuk tertarik kepada warna biru.
- Ayam pernah terbang paling lama sehingga 13 saat.
- Beruang boleh berlari sepantas kuda.
- Kutu betina (kutu lagi?) minum darah 15 kali ganda dari berat badannya sehari.
- Zirafah melahirkan anak dalam keadaan berdiri.
- Jantung landak berdegup 300 kali dalam seminit, manakala paus biru pula 6 kali dalam seminit.
- Buaya takleh reverse.
- Ikan emas leh hidup sehingga 41 tahun.
- Udang kara (lobster) memerlukan masa 7 tahun utk membesar sebanyak 1 paun.
- Kucing betina mampu melahirkan 20, 736 anak dalam masa 4 tahun.
- Penyu boleh bernafas melalui bontotnya (erk!).
- Starfish takde otak (Patrick dlm SpongeBob).
- Kelapa lebih banyak membunuh manusia dari jerung.
- Lidah zirafah adalah sepanjang 21 inci.
- Ikan jerung imun terhadap kanser.
- Bunyi 'quack' itik takleh bergema. Tak sape tau nape.
- Ular mampu melihat walaupun matanya tertutup.
- Gajah makan 23 jam sehari.
- Duit syiling lebih berat dari burung madu.
- Lalat capung hidup sehari je. Penyu lak melebihi 100 tahun.
- Kanggaru pun takleh reverse.
- Burung flamingo berwarna pink sebab byk sgt makan udang.
- Nenek moyang kanggaru hidup kat atas pokok.
- Ular takkan berhenti membesar selagi ia hidup.
Ok.
Chow!!

1 comments:

aynmaree said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kesian nyer burung kiwi buta plak...

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!