Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, May 24, 2011

Plain Senseless - The Fact, Get It Right!

24 Mei 2011 - 8.36 am

Pagi tadi sebelum masuk opis, aku capai botol air mineral yang ade kat dalam kete aku utk dibawa ke opis. Sedang aku dok kat meja dan belek2 botol mineral tu, aku terperasan sesuatu, iaitu fakta tentang gasing tradisional yang digunakan untuk mempromosikan kempen Colours Of Malaysia.

Air mineral jenama Cactus.



Ni la petikan tu.

Sori la sbb tak nampak apa tulisan tu cakap. Henfon murah kannn.. So ni la yang disebut dalam petikan tu :

Gasing (top spinning) is a traditional game played by the rural Malays in the village. Dating back decades, it involved spinning very beautiful hand-crafted large wooden tops. Gasing contests were held during the harvest festival with the village folk believing it would help them reap a good harvest.

Terjemahan :

Gasing merupakan satu permainan tradisional yang dimainkan di kawasan luar bandar oleh orang2 Melayu. Sejak berdekad2 lalu, permainan ini dimainkan dengan memutarkan gasing2 yang cantik dan diperbuat daripada kayu. Pertandingan gasing diadakan setiap kali musim menuai kerana penduduk2 kampung percaya yang ia mampu memberikan hasil tuaian yang banyak.

Baeklah! Aku sbg seorang muslim, just tak berapa setuju dengan kenyataan yang "penduduk2 kampung percaya yang ia mampu memberikan hasil tuaian yang banyak". Ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang mempercayai kuasa selain Allah SWT dan perbuatan mempercayai perbuatan memusing gasing mampu memberikan hasil tuaian yang banyak adalah agak terpesong (bagi aku la).

Permainan gasing sebenarnya dimainkan setelah musim menuai tamat, iaitu untuk meraikan penat lelah petani setelah selesai upacara menuai.

Gasing tradisional Melayu.

Gasing berbentuk seakan-akan sebuah pinggan yang tebal, dan lazimnya seberat 5kg atau 10 paun. Permainan gasing memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan, serta kepakaran. Gasing selalunya dimainkan selepas berakhirnya musim menuai. Gasing dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya. Ketika gasing ini masih berputar, ia dicedok dari atas tanah menggunakan sekeping kayu pipih yang berliang di tengahnya, dan dialihkan ke sebatang tiang rendah yang bertampuk besi. Jika dilempar dengan betul, gasing ini kadangkala boleh terus berputar hingga dua jam lamanya.

Aku dah cuba cari fakta2 dalam internet ttg fakta yang disebut kat botol mineral tu, tapi takde jumpa kat mane2 pun. Mungkin penulis tu buat kesimpulan berdasarkan penaakulan sendiri je kot. Tp yg aku terkilan, fakta tu boleh membuatkan penduduk Muslim sedikit terasa, dan harus diketahui juga bahawa permainan gasing tradisional ini dipercayai berasal dari Kelantan.

Orait! Comprende?

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!