Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, May 16, 2011

Plain Drama - Glee Me! (Season 2 Episode 20)


15 Mei 2011 - 2.28 pm

Finally, setelah berhempas-pulas mencuba untuk mendownload Glee episod 20 sejak Khamis lepas, akhirnya hari ni aku dapat gak episod tu, yang high-quality lagi kaoo!! Now setelah aku tengok episod tu (2 kali berturut2 lak tu sbb tak puas), aku nak buat review sket.. Biasa la, aku akan buat review episod Glee yang aku rasa best.

Macam biasa, aku sukakan Glee sebab muzik2 mereka, tapi bukan tu je sebabnya. Aku sukakan semua karakter, plot, drama, dan yang paling aku suka ialah, dialog2 yang sentiasa fresh dan kelakar. Kali ni, McKinley High School dilanda demam Prom Night! Untuk episod 20 ni, The New Directions telah dijemput untuk buat persembahan di malam prom sekolah McKinley. Jadi pada malam tu, mereka banyak nyanyikan lagu2 yang best. Very enjoyable!

Sekarang, aku nak kongsi benda2 yang aku suka dalam episod 20 nih.



Bagi peminat Glee tegar mcm aku, mesti korang ingat Jessie kan? Jessie merupakan ketua kumpulan Vocal Adrenaline, iaitu pencabar terhebat The New Directions. Aku igt lagi masa season 1 dulu, Jessie pernah jadi spy dgn berpura2 bercinta ngan Rachel utk mengintip The New Directions. Tapi kali ni, Jessie muncul semula sbb dia nak mintak maaf pd Rachel dan nak ajak Rachel ke prom night. Dan Rachel terima. Gandingan duet antara Jessie dan Rachel dalam lagu Rolling In The Deep oleh John Legend mmg best. Harmoni diorg sgt mantap.

Selepas Blaine setuju utk jadi date Kurt utk prom night, walaupun pada mulanya Blaine teragak2 disebabkan sejarah hitamnya yg pernah kena belasah sbb pergi ke prom night kat sekolah lamanya dulu, Kurt pun mula buat baju sendiri untuk dipakai pada prom night tu. Agak kelakar but sassy, sebab baju dia seakan2 tuxedo, tapi ade skirt. :P

Oleh sebab Karofsky sekarang dah jadi seperti polis kat sekolah tu, dah jadi tugas dia untuk menemani Kurt ke setiap kelas supaya Kurt tak dibuli lagi. Kat sini kita leh nampak perubahan Karifsky yang semakin baik, sangat berlainan dengan sikap dia dulu yang selalu buli Kurt, sampai pernah sekali dia ugut utk bunuh Kurt. Kali ni leh nampak emosi Karofsky terhadap Kurt betul2 real dan aku rasa diorang akan ada sesuatu dalam season 3 nanti. Sian Blaine. Ahaksss!!

Disebabkan oleh masalah kewangan Sam yang serius sampai dia tak mampu nak g prom night dan Mercedez yang takde pasangan utk ke prom night, jadi Rachel dan Jessie telah mengajak Sam dan Mercedez untuk double date ke prom night. Rachel makin lama jadi semakin baik dan matang. I love her!

Semasa prom night tu, Rachel telah menyanyikan lagu Jar Of Hearts oleh Christina Perri. Wow! Aku sangat suka Rachel nyanyi lagu ni! Vokal Rachel yg benar2 mantap mmg sesuai dgn lagu ni, dan liriknya sangat sepadan dgn apa yang berlaku antara Rachel dan Finn sekarang. Yang Finn pulak mcm tak dapat buat keputusan sama ada dia benar2 nak bersama ngan Quinn atau Rachel. Rasanya Finn hanya bersama ngan Quinn sbb dia cantik. Lantak la.. Aku pun tak suka kat Quinn tu.. Hahaha!!

Blaine juga diberikan peluang untuk buat persembahan walaupun dia bukan pelajar McKinley. Yang bestnya mase persembahan Blaine ni, Finn nampak Rachel dgn Jessie menari dan dia rasa jeles. Jadi diorang pun bergaduh kat situ jugak! Hahaha!! Oleh sebab tu, Finn dan Jessie terpaksa dikeluarkan dari dewan. Jadi oleh sebab Finn dah takde, jd Quinn pun dah takde pasangan pd malam tu. Padan muka dia! Yg hampehnya, dia leh lak salahkan Rachel dan dia tampar Rachel. Tp Rachel terima je ngan sabar dan pujuk Quinn utk kembali ke dewan.

Kemudian, masa yang ditunggu2 pun tiba, iaitu pemahkotaan kepada Prom King & Prom Queen!! Apabila semua calon2 King dan Queen dah naik ke pentas, maka Principle Figgins pun mula mengumumkan pemenang. Setelah dikira pada jumlah vote oleh pelajar2 pemenang bagi Prom King jatuh kepada........ David Karofsky!!

Kemudian masa untuk mengumumkan pemenang bagi kategori Prom Queen pula. Dan mengikut undian, pemenang bagi Prom Queen pula ialah......... Kurt Hummel!! What?! Kurt?! Kurt sedar yang ini merupakan satu penghinaan buat dia dari pelajar2 sekolah tu sebab dia gay, jadi dia tak dapat terima dan terus lari meninggalkan dewan. Tapi setelah dipujuk oleh Blaine, akhirnya Kurt kembali ke dewan dan menerima mahkotanya dengan penuh bangga. Good one, Kurt!! :)


Majlis prom night ditutup ngan lagu Dancing Queen oleh ABBA, dinyanyikan oleh Mercedez dan Santana. Memang sangat sesuai ngan malam prom night tu. :)


Berikut merupakan sesi bergambar pada malam tu.

Mercedez, Sam & Rachel.

Artie & Brittany.

Puck & Lauren.

Mike & Tina. (mcm org kawen je..)

Quinn.

Blaine & Kurt.

Dan akhirnya tamatlah Prom Night of McKinley!


Tu je utk kali ni. Next time aku akan update lagi episod2 Glee yg best2 ye.

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!