Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, May 23, 2011

Plain Frustrating - If It Ain't Broken, Don't Fix It!

22 Mei 2011 - 5.23 pm

Aku yang tak kaya ni tak mampu utk memiliki iPhone ataupun BlackBerry mahupun HTC, jadi aku hanya ada handphone2 Nokia je iaitu E72 White Edition, 5800 XpressMusic dan X3-02 Touch 'n Type. Untuk berinternet (Facebook dll), aku akan gunakan Nokia E72 yang aku masukkan sim kad broadband Maxis aku kat dalam tu. Aku guna E72 berbanding hp yg lain sbb E72 ni keypad QWERTY, jd senang sket nak menaip dan ia gak ada RAM yg agak besar berbanding hp aku yg lain. So takde la lembab phone aku nanti time surf internet. Jadi selama ni, aku akan gunakan Opera Mobile untuk surf internet dan FB.

Sejak beberapa hari yang lepas, Facebook via Opera Mobile mempunyai design layout yang baru. Biasanya aku sukakan pembaharuan yang dibuat utk pengalaman internet secara mobile nih, tapi kali ni aku terpaksa katakan yang layout baru ni adalah crap = sampah!!


Layout Opera Mobile kali ni mengambil masa yang agak lama untuk loading sesuatu page FB berbanding layout sebelum ni. Lagi satu, masa loading, dia tunjuk perkataan 'Loading' tu kat skrin, yang aku rasa sangat annoying. Aku lebih sanggup tengok kat skrin kosong berbanding tengok kat skrin yang ada tulis perkataan 'Loading' tu sebab bila ada perkataan tu, rasa mcm proses loading tu ambil masa lebih lama.

 Lagi satu, tetiber font utk kotak post status dan komen jadi besar. Mmg la senang nak baca, tapi bila aku taip panjang2 sket je, aku susah nak tengok post/komen aku secara keseluruhan sebelum aku submit/komen. Bagi seorang yang particular dari segi ejaan mcm aku ni, mmg benda ni agak menyusahkan.

Dengan layout baru ni jugak, aku dah takleh nak masuk dalam FB Touch. Kadang2 aku mmg kena masuk ke FB Touch sbb ade yg aku takleh buat kat FB Mobile, dan utk masuk kat FB Full Site pula akan ambil masa dan guna data yg banyak. So, bye-bye Facebook Touch. :(

Dan yang paling aku hangen ngan layout baru ni, selalu sangat error. Bayangkan dari 10 kali klik, hampir 5 akan jadi error. Kadang2 tu mmg akan error saje..

Masalah2 yang berlaku ni bukan hanya pada Opera Mobile, tapi juga berlaku kat Nokia web browser yg dh mmg ade dlm phone tu. Tapi aku tak tau lak dalam Opera Mini berlaku ke tak. Apa yang pasti, aku mmg tak suka dgn layout baru ni. Nampak terlalu rapuh dan undependable. Aku harap mereka yang berkaitan akan cuba perbaiki masalah ni. Jangan hanya sebab nak browsing nampak cantik, skrip2 yg digunakan memberatkan phone. Tak semua org mampu ada iPhone yg guna Safari, BlackBerry dan HTC yang mmg ada software dalaman yang menyokong FB tanpa perlu masuk mana2 browser. Fikir2 jugak la pengguna yang hanya ada Opera Mobile, Opera Mini dan Nokia Web Browser.

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!