Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, May 23, 2011

Big Plain Screen - Aye Aye, Cap'n!


23 Mei - 7.58 am

Kalau tak kerana Capt. Jack Sparrow, takde apa2 yang menarik dari segi karakter dalam movie terbaru Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides. Johnny Depp berjaya membawa watak tersebut dengan baik, cuma tidak sebaik dalam filem2 francais POTC sebelum2 ni.

Terdapat banyak review2 yang buruk mengenai filem ni di internet, dan semua tu mesti ada sebabnya. Tak kisah la, tapi kat sini aku nak citer sket ttg POTC selepas aku tonton filem tu Sabtu lepas ngan Azri & Nazri.
Filem ni merupakan prequel kepada filem2 sebelumnya, iaitu sebelum Capt. Jack bertemu dgn William Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knightly). Jadi kedua2 watak tu mmg xde dalam filem ni. Namun ada watak baru, iaitu Angelica (Penelope Cruz), bekas kekasih Capt. Jack Sparrow. Namun Angelica merupakan anak kepada Blackbeard, iaitu watak jahat dalam filem kali ni. Tak tahu nape (mungkin sebab pencahayaan), tapi Cruz yang biasanya nampak anggun, dalam filem ni kelihatan sgt 'muram'.


Juga terdapat watak ikan duyung yang bernama Syrena yang mereka tangkap untuk mengaktifkan kesan Fountain Of Youth. Ikan duyung dalam filem ni tak seperti ikan duyung yang kita kenal (kenal ke?). Ikan duyung di sini akan membunuh anak2 kapal dgn membawa mereka ke dalam laut selepas menyerang kapal mereka. Tak sangka ikan duyung sangat mengerikan, walaupun cantik. Huhu..

Antara watak lain yang kekal dari filem2 terdahulu hanyalah Barbossa dan Gibbs. Yang lain semua watak baru.

Filem yang selama 2 jam 27 minit ni berkisarkan pencarian Fountain Of Youth yang mana boleh memberikan kehidupan yang panjang kepada sesiapa yang meminumnya. Oleh kerana ramai yang mahukan Fountain Of Youth tu, jadi perlumbaan mencarinya melibatkan peperangan antara kapal2 besar, perlawanan pedang, bla bla bla.. Mcm biasa la kan, citer pirate..Kapal Blackbeard yang terdiri dari Capt. Jack, Angelica dan zombie2 yang tak nampak mcm zombie pun, dan juga kapal dari Spanish, yang mcm menyibuk je. Rasenye kalau takde pun takpe kot utk filem ni..

Mencari Fountain Of Youth tu dah satu hal, tapi nak gunakan kuasanya satu hal lak. Kuasanya hanya leh di'unlock' ngan 2 cawan ape tah, ngan air mata duyung. Sebab tu diorg tangkap Syrena. Setelah dipaksa menangis tapi tak berjaya walaupun diorg bunuh kekasih Syrena, akhirnya Syrena menangis jugak bila dia nampak kekasih dia rupanya tak mati. Tangisan kegembiraan katernyer.

Bagi aku filem ni biasa2 je sebab tak berapa nak rasa excited masa tonton filem ni, even kat wayang ngan seat yang leh dikira bagus. Aku lagi excited mase tgk filem Pirates Of The Caribbean : Dead Man's Chest kat umah aku.. Huhu..

Anyway, ni pendapat aku je. tak tau la orang lain kan.. :P

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!