Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, May 28, 2011

Plain Offensive - Holy Sh*t!


28 Mei 2011 - 12.26 pm

Sejak beberapa tahun yg lepas, aku selalu dapat emel berangkai dari kengkawan Muslim yang berbunyi begini :

**************************************************************************************************************
Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan “Holy Water” di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam.
Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:
  1. Al-Mansur
  2. Al-Mubarakah
  3. Al-Barakah
  4. Bestari
  5. Waterco
Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati. Untuk pengetahuan, buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.
**************************************************************************************************************


Masa mula2 aku dapat emel2 tu dulu, aku terus percaya bulat2 ttg apa yg disebut tu. Maklum lah, org Islam ni terkenal ngan paranoidnya iaitu yang anggapan yang dah disemai sejak kecil lagi iaitu semua agama lain kat dunia ni wujud untuk menghancurkan Islam. Sekarang bila difikir2 balik, betapa taiklembunya bullshitnya pemikiran camtu.


Adakah benar yang Holy Water ni begitu berkuasa sehingga kalau org Islam terminum air ni, org itu takkan dapat mengucap sehinggalah dia minum air dari tujuh kolah dari tujuh masjid? Adakah kita terlalu cetek pemikiran sehingga mempercayai kuasa sebegitu wujud? Tidakkah itu syirik? Kalau betullah Holy Water ni mampu mengKristiankan umat Islam, nape mereka2 yang ingin menyebarkan agama Kristian ni just hantar paderi2 untuk baca doa kat sumber2 bekalan air dunia? Kan camtu senang.

Holy Water ni hanyalah air yang dibacakan doa oleh paderi2 dan diletakkan di pintu2 masuk gereja sebagai air untuk menyucikan diri mereka sebelum memasuki gereja. Fungsinya lebih kurang sama ngan air wuduk yang diambil oleh org Islam utk menyucikan diri sebelum solat. Holy Water ni langsung takde kuasa untuk membuatkan org Islam tak boleh mengucap, malah mempercayai yang ianya berkuasa, sehingga mempercayai fakta bahawa perlu meminum air dari 7 kolah dari 7 masjid juga merupakan satu kepercayaan karut.

Aku sebenarnya sangat hairan ngan umat Islam zaman sekarang yang terlalu taksub dan paranoid ngan org2 yang mereka sangka cuba memesongkan akidah umat Islam, sehingga ke'paranoid'an mereka tu sendiri membuat mereka terpesong. Aku tertarik ngan barisan lirik dari sebuah lagu dari Maher Zain yang berbunyi;

I'm walking with my head lowered in shame from my place,
I'm walking with my head lowered from my race,
Yes it's easy to blame everything on the west,
When in fact all focus should be on ourselves...

Umat Islam sekarang sangat suka menuding jari ke pihak lain atas kesalahan mereka sendiri. Kalau remaja Islam minum arak, mereka akan salahkan Barat kerana menghasilkan arak, padahal arak tu mmg minuman yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Bukankah kesalahan harus diletak kepada remaja itu sendiri, ibu bapanya dan masyarakatnya?

Aku ada kawan2 yang beragama Kristian, Hindu, Buddha dan Atheis yang selalu terluka dengan kata2 yang dilemparkan kepada mereka oleh umat Islam Malaysia, kerajaan Malaysia, media Malaysia dll. Tidakkah kita sebagai umat Islam harus bersifat adil terhadap sensitiviti agama2 lain, seperti mereka yang selama ini sentiasa berhati2 terhadap sensitiviti umat2 Islam di Malaysia? Aturan Islam tentang hubungan dengan agama lain tercantum dalam al-Qur'an iaitu:
  1. Berbuat baik dan berlaku adil terhadap penganut agama lain (bukan Islam) yang tidak memusuhi Islam dan tidak mengusir umat Islam. Lihat Q.S Al-Mumtahanah ayat 8.
  2. Tidak ada toleransi dalam hal tukar menukar keimanan dan beribadah. Lihat Q.S. Al-Kafirun ayat 1-6.
  3. Tidak ada paksaan untuk masuk Islam atau memaksakan Islam kepada penganut agama lain.
  4. Bagi seorang anak yang orang tuanya bukan Islam, dalam hubungan anak-orang tua tetap dibina hubungan dan diperlakukan dengan baik.
Renung2kan dan selamat beramal...

Chow!!

3 comments:

Hakim said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya sarankan saudara bca post di link ni..
http://zulmujahid87.blogspot.com/2007/12/cerita-dari-seorang-paderi-mengenai.html

dan tgk The Arrivals..

^^

nURi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

btul3!!!

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thanks for the link. Sy dh baca link tu. Ok, dalam tu ade sebut ttg pembuatan Holy Water di Vatican City (dan saya tak layak utk mengatakan yang fakta ttg Holy Water diperbuat dari janin tu adalah 100% tepat, sebab saya mmg tak ada apa2 ilmu ttg itu), dan dalam petikan tu jugak ada ckp yg Holy Water di Malaysia tidak dibuat sebegitu. Jadi boleh lah kita simpulkan bahawa Holy Water di Malaysia ni tak sama dgn Holy Water di Vatican City (dgn mengandaikan bahawa pembuatan Holy Water di Vatican City adalah spt yg diceritakan di dalam petikan tu). Dan apa yg saya cuba sampaikan dalam penulisan sy ni adalah ttg kepercayaan bahawa Holy Water tu berkuasa sgt hebat sehingga mampu menyebabkan umat Islam tidak boleh mengucap. Namun sekiranya apa yang saya taip tu mempunyai kesalahan ketara ataupun tidak, dan memesong ke arah kejahilan, sila maklumkan, dan saya akan delete post itu dan bertaubat.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!