Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, May 8, 2011

Plain Gamer - NintenDone It, Again!

8 Mei 2011 - 2.35 am

Mungkin ada yang tak tau, tapi aku dulu merupakan seorang gamers. Sejak umur aku awal 20-an, aku dah mula menjerumuskan diri ke kancah video games. Antara konsol2 yang aku pernah ada dulu termasuklah PS, PSone, PS2, DreamCast, GBC, GBA & NDS.



Tu baru konsol2nya.. Tak tengok lg game2 yang aku ada.. Antara game2 yang aku paling minat termasuk Final Fantasy, Resident Evil, Pokemon, Silent Hill, King Of Fighters, Harvest Moon dan banyak lagi game2 yang tak terkira jumlahnya.. Huhu.. Aku suka layan game2 RPG, manakala adik aku suka layan game2 bola, racing dll.. Jadi bila gabung game2 yang kitorg ada, mmg byk giler.. Aku rase kitorg dulu ade 5 folder DVD yg penuh utk simpan game2 tu sumer.. Tapi skrg yg tinggal dalam simpanan kitorg hanya PS2 & NDS tu je.. Yg lain dah jual.. GBC & GBA tu lak hilang kena curi.. Tapi kat sini aku bukan nak citer pasal game2 ni semua, tapi pasal satu handheld baru yang baru dilancarkan oleh Nintendo (pembuat GBC, GBA & NDS) yang bernama, Nintendo 3DS (N3DS)...



Nintendo memperkenalkan N3DS sebagai handheld pertama di dunia yang menggunakan teknik ilusi optik bagi mewujudkan kesan 3D tanpa pengguna perlu memakai cermin mata khas, spt yg kita pakai kalau nak tgk wayang 3D..

N3DS menggunakan pemproses grafik PICA200. Mempunyai 2 skrin, skrin atas berukuran 90mm, 5:3 skrin 3D dengan resolusi 800x240 piksel (400x240 pixels per eye, WQVGA) yang mampu menghasilkan kesan 3 dimensi yang digelar autostereoscopic dengan menggunakan display parallex barrier, manakala skrin bawah pula berukuran 77mm, 4:3 non-3D skrin sentuh resistif dengan resolusi 320x240 (QVGA). N3DS adalah seberat 230 gram dan jika ditutup, panjangnya ialah 134 mm, lebar 74 mm dan tebalnya 21 mm.

Penambahbaikan N3DS berbanding NDS/NDSL/NDSi/NDSxl ialah termasuk butang selaras di bahagian tepi yang menentukan kadar ke'3D'an game yang dimainkan, circle pad sbg analog D-pad yg juga berfungsi sbg accelerometer dan gyroscope. N3DS juga mempunyai 2 kamera di bahagian luarnya yg berupaya mengambil foto 3D, dan juga kamera di bahagian dalam yang menghala ke arah pemain yang berupaya mengambil foto 2D dan video. Semua kamera ini mempunyai resolusi 640x480 (0.3 megapiksel). N3DS juga menyokong sambungan wi-fi 802.11 2.4GHz dengan sistem WPA2 yang dipertingkatkan. N3DS juga menggunakan memori RAM 124mb FCRAM, berbanding NDSi yang menggunakan 16mb PSRAM dan NDSL yang menggunakan 4mb SRAM.



Tetapi oleh kerana N3DS menggunakan teknologi optik, kanak-kanak di bawah usia 6 tahun adalah dilarang untuk menggunakannya tanpa mematikan sistem 3Dnya kerana dikhuatiri N3DS akan merosakkan mata kanak-kanak tersebut. Hahaha!! Sian.

Antara game2 yang akan muncul utk N3DS dan akan mempunyai aspek 3D adalah termasuk Metal Gear Solid 3D, Pokemon Gray, Resident Evil : The Mercenaries 3D dan banyak lagi game yang lain. Semasa hari pelancaran N3DS di US pada 26 Feb lepas, N3DS telah terjual sebanyak 374,764 buah dalam masa sehari itu sahaja!

Tapi aku tak rasa aku akan beli N3DS ni sebab minat aku terhadap video game dah tak sedalam dulu. Lagipun ia agak mahal berbanding NDS, iaitu melebihi RM1,000, jadi macam terlalu mahal. Takpe la, aku main je la NDS aku yg buruk tu klu terasa gian nak main game.. Huhu..

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!