Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, May 10, 2011

Plain Collection - Don't Rain On My Blu-ray Parade!!

9 Mei 2011 - 6.57 pm

Sejak aku bekerja kat Politeknik Muadzam Shah ni, banyak yang aku belajar. Salah satunya, mendownload movie blu-ray!

Memang aku akui, aku dah mula minat untuk menonton movie2 dalam format blu-ray, tak kira la yang dah diconvert atau yg untouched. Aku sukakan kualiti gambar yang sangat clear, sampai leh nampak dan kalau nak, leh kira jumlah jerawat kat muka pelakon2 movie2 tu.. Sebelum ni, aku tak kisah sgt ttg kualiti gambar sesebuah movie, sbb tu dulu aku rajin gak beli vcd movie yang tak berapa nak original. Tapi sejak berkawan ngan Azri aka Kaki Wayang (nama dalam FB), aku dah jadi fanatik ngan movie2 bertaraf blu-ray. Tapi aku rasa hobi ni kira ok je, sbb tak melibatkan modal yg besar pun. Cuma perlukan hard disk utk simpan movie2 yang bersaiz besar tu, dan juga akaun premium dari site2 file hosting spt Rapidshare, Fileserve, Netload dll. Oh tak lupa juga line internet yang unlimited.

Untuk pengetahuan, dah banyak gak la movie2 yang aku ngan Azri dah download mase internet takde masalah dulu. Leh dikatakan, hampir setiap hari kitorg mendownload. Ni antara movie2 yang ada dalam simpanan aku.


Ni pun selepas aku buang beberapa movie sbb hard disk aku dah hampir penuh. Mane tak penuh, bayangkan la, utk movie untouched tu, satu movie je dah bersaiz 30GB - 50GB.. Yang dah convert pula satu movie saiznya antara 4GB - 12GB.. Yg ni baru tgk kat hard disk aku nih.. Belum tgk Azri punya hard disk lg..

Hard disk aku ada dua, satu yang dah merah tu, dan satu lagi yang nama yazidy.. Yg tu pun dh tgl berapa GB je lagi..

Tapi sejak awal tahun ni, kitorg tak dapat nak mendownload sangat sebab line internet dah sangat tak ok. Kalau ping, asyik request timed out je. Kalau dulu dalam satu malam download (dr kul 6 ptg sampai 7 pagi) leh dapat 2 movie, tapi sekarang 1 movie pun lum tentu. Kadang2 tu stop kat pertengahan jalan. Jadi oleh sebab dah lama tak mendownload, jadi kami dah ketinggalan banyak movie. Kalau tgk kat website yg aku biasa g utk download movie tu, mmg banyak yang miss.


Tu baru page pertama tu.. Tak tgk lagi page2 seterusnya. Mmg terkilan sgt sbb tak dapat nak memiliki movie2 bluray terbaru. Apa nak buat kannnnn..

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!