Sekali lagi aku terjumpa gambar2 yang menarik dalam koleksi aku yang aku rasa berbaloi diupload.. Aku ada gak upload pic2 ni semua dlm FB aku, tp nak gak aku buat satu entry khas untuk peristiwa ni dalam blog. Peristiwa ni terjadi tahun lepas, jadi kalau ade sape2 yg kata aku post benda2 yg dah basi, ade aku kesah? Aku guna broadband ko ke utk post dan upload? Aku guna laptop ko ke utk taip? Aku guna letrik ko ke? Tak kannnnn.. So diam2 je ngan pendapat murah ko tu, dan kalau tak suka sila tinggalkan site ni dan klik ke site2 Harian Metro atau Berita Harian untuk berita2 yang tak basi katakau!!
Pada 1 Oktober 2010, Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Merdeka (Bagi staf2 yang masuk selepas kita pindah ke poli baru, mmg tak tau la tempat ni).. Majlis tu dijalankan semasa perhimpunan bulanan, dan kebetulan pulak mase tu turn jabatan aku iaitu Jabatan Pengajian Am utk anjurkan perhimpunan bulanan, jadi secara otomatik aku dilantik menjadi emcee utk perhimpunan bulanan dan majlis sambutan hari raya nih..
Persiapan sehari sebelum sambutan. Ok, pentas dah siapppp...
Gantung2 ketupa ngan susun kerusi pun dah setel.. Oleh sebab aku je jejantz kat situ, so aku la yg kena panjat kerusi meja utk gantung ketupat tu kat siling.. Gigih kaooo!!
Hiasan alas meja guna daun kelapa.. Idea Kak Iza yg kreatif tak hengat..
Ok ye puan2, hari ni kita nak masak gulai daun kelapa ngan daun pisang masak sambal.. Bahan-bahannyaaaa........
Sekali lagi snap pentas yg cantik..
Troli utk letak kek pun jadi mangsa gantungan ketupat2..
Tu pic mase persiapan. Sekarang hari yang ditunggu pun tibaaaaa.....
Kami diminta untuk memakai pakaian lengkap baju melayu bagi lelaki, dan baju apa2 je la bg perempuan.. Asalkan menutup aurat dan vogee (vogue).. Perhimpunan bulanan dijalankan seperti biasa, tapi mmg agak meriah sebab semua pakai baju cantik2 dan hiasan balai yang serba-serbi cantik.. Penat tau aku manjat2 utk gantung ketupat2 tak tulen itewwww..
Penyampaian Anugerah Artis Paling Seksi (Kak Iza) dan Artis Paling Kontroversi (Aiman). Huhu.. Gurau je.. Ni sebenarnya penyampaian hadiah hari jadi. Congratz!
Siap acara memotong kek lagi.. Mereka yang berebut-rebut utk memotong kek itu ialah (dari kiri) Ustaz Taha, En. Rosidi, Tn Hj Rosli, En. Shahril, En. Zainal dan En. Rafie. Aku ngan Izman tengok je dari belakang..
Selesai acara memotong kek, ada pulak acara bersalam-salaman sesama staf sama jantina.. Lepas tu, tibalah masa utk makan, dan kitorang pun makan (moteppp tak makan??!!).. Macam2 makanan ada, tapi makanan yang sinonim ngan raya la.. Ketupat, rendang, sambal kacang, sate dll lagi..
Henchek Azri yang pantang dengar pasal makanan. Org lain tak ambik makanan lagi, dia dah bungkus dah. Huhu.. Gurau je.. Sebenarnya masa ni dah siap makan, dan banyak yang lebih.. So masing2 pakat2 bungkus..
Selesai je makan, apa lagi, mase bergambar sakan! Masing2 keluar mode gedik. Posing sajooo!!
Akim, aku, Taufiq, Azri, Ita, Ain, Lieya, Fie, Tini, Aina, Fida dan Manjer.. Kitorang mase ni tubuhkan kumpulan ala2 K-Pop.. Sebab tu ahli kumpulan ramai.. Hahaha!!
Riang-ria di hari raya!!
Jejaka2 manja di PMS. Hahaha!! Akim, Izman, Azri, aku dan Ajip.
Black & White. Artis2 katernyer..
Staf PMS mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!
Kenangan2 kat poli lama mmg takkan dapat dilupakan.. Feeling jap.. Nak nanges laaaa!!!
Chow!!
0 comments:
Post a Comment