Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, May 31, 2011

Plain Moron - Feline Curse.

31 Mei 2011 - 9.44 am
Pada yang baca paper, mesti ade terbaca ttg kucing yang dipukul sebab disangka kucing jadian. Ceritanya lebih kurang begini yer :
**************************************************************

JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu.
Kejadian berlaku kelmarin apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.

Pretty Plain - It's A Strange Strange Animal World.

31 Mei 2011 - 8.46 am
Kali ni aku takde ape2 citer nak story pown adui aih! Tapi saje je nak kongsi beberapa fakta ttg haiwan yang mungkin korang tak tau (sebenarnya aku pun tak tau).
- Siput ade 4 hidung - sepasang untuk bernafas dan sepasang lagi untuk menghidu.
- Lebah madu mempunyai rerambut kat bahagian mata utk mengumpul debunga.
- Kaki kiri seekor ayam lebih lembut dan sedap dimakan dari kaki kanan.
- Saiz sperma tikus lebih panjang daripada sperma gajah.
- Kematian manusia disebabkan kutu lebih banyak berbanding kematian akibat peperangan.
- Kucing menggunakan misainya utk mengenalpasti sama ada sesebuah ruang tu terlalu kecil utk dimasuki.
- Burung Albatrosses hanya mendarat beberapa tahun sekali untuk mengawan.
- Dolfin tidur dengan membuka sebelah matanya.

Plain Shocking - Electrifying Truth.


30 Mei 2011 - 8.28 pm

Aku nak citer sket pasal kenaikan tarif elektrik ni sbb aku rasa ramai yang tak berapa paham....
Pada 1 Jun 2011 (esok), bermulalah hari dimana tarif elektrik dinaikkan sebanyak 7.12 peratus iaitu daripada 31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj. Namun begitu, Bernama melaporkan bahawa tarif baru ni takkan memberi impak ke atas pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300kWj.

Harus diingat, tarif baru ni hanya akan dikenakan ke atas pengguna dari sektor industri dan juga komersial sahaja. Manakala pengguna di rumah yang menggunakan 300kWj ke bawah, tidak akan dikenakan tarif tambahan ni. Maknanya 'kadar' yang dikenakan ke atas kita masih maintain 0.218 selagi kita guna bawah 300kWj. Kecuali jika pengguna tersebut menggunakan melebihi 300kWj sehingga 1000kWj, baru mereka akan dikenakan tarif baru ni dan kadar bayaran dalam bil elektrik mereka akan meningkat antara 7 sen sehingga ke RM30.30. Kalau diorg guna lebih dari 1000kWj (rumah diorg ade pawagam kot), maka banyak la kenaikan yg diorg kena bayar.

Plain Madness - So Good You Can Even Eat It At The Accident Site.

30 Mei 2011 - 5.34 pm

Kalau sebelum ni orang berpusu2 utk berebut beras 'free' masa ada lori beras terbalik, kali ni kita menyaksikan pula orang berebut2 utk mengambil roti yang bertaburan setelah lori yang membawa roti2 tersebut terbalik kat Setiu, minggu lepas.
Even masa tu tengahari terik ngan cuaca panas, dan sekalipun masa tu media dah ada kat situ, org2 (sesetengah je la kot) kat situ tanpa segan-silu terus mengutip roti2 yang bertaburan seolah2 org2 yg berebut makanan kat Kenya. Ada pulak yg siap bawak plastik besar2 utk isi roti2 tu.

Monday, May 30, 2011

Plain Reality - Congratz Mentor 5!

30 Mei 2011 - 11.47 am

Untuk pertama kalinya, aku tak guna title yg klisé untuk post aku. Bukan sebab pe, just aku nak cakap secara terang2an tahniah kat Salma yang menang Mentor malam tadi. So macam biasa sebagai juri tak bergaji, aku nak bagi pendapat aku sket. Silakannnnnn.....


Pada malam tadi iaitu 29 Mei 2011 jam 9.00 malam, berlangsungnya konsert akhir Mentor 5 di Stadium Melawati, tapi aku tgk live kat rumah je. Huhu. Setelah berhempas-pulas selama 3 bulan, akhirnya perjuangan 3 protegé iaitu Salma, Shiha dan Iqa sampai ke penghujungnya. Untuk konsert final ni, 3 protegé telah dipilih, dimana ianya agak berbeza dgn musim2 yg lepas iaitu 2 protegé je. Tapi tu semua hanya drama je, sebab kalau korang ade baca post aku yg lepas, mesti tau sebabnya.. Ngeeeeee…

Plain Wet - Indoor Umbrella, Anyone?

29 Mei 2011 - 4.02 pm

Pada 18 April 2011 yang lepas, hujan yang sangat lebat telah melanda pekan Muadzam Shah sehingga menyebabkan banjir di sesetengah kawasan. Tapi banjir lite2 jer la. Tapi hujan kali membuatkan kitorang kat opis JPA sedar yang terdapatnya kebocoran di pejabat kitorang tu. So dengan berlakunya kebocoran tu, dapat la kitorang report kat UPP. Kalau tak, sampai bila pun tak tau ttg kebocoran tu. Ni antara pic2 yang aku sempat snap (kalau nak tengok pic yg jelas, just klik je kat pic2 tu k) :

Air keluar melalui celah2 siling dan lampu. Menakutkannnn..

Sunday, May 29, 2011

Plain Personal - A Birthday Before.

29 Mei 2011 - 3.19 pm

Oleh sebab aku ade buat post ttg birthday salah sorang staf kat JPA ni, so tak adil la kalau aku tak buat mase birthday yg lain. So mase belek2 hp aku yg murah tu, aku terjumpa la sket pic mase birthday Rina, juga staf dalam jabatan kitorg. Sepatutnya birthday ni utk 2 org iaitu Rina dan Dila, tapi oleh sebab Dila cuti mase tu, so hari tu khas utk Rina je la. Sambutan ni dibuat pada 22 April 2011.

Kek yang dioder utk diorg.. Sedap weh kek nih! Aku sukewwwww!!

Plain (Not So) Horrifying - Fast-Blood.

29 Mei 2011 - 4.04 am

Kali ni, lagi sekali aku nak post pasal citer yg dah basi, iaitu yang dah berlaku lama dulu.. Benda ni berlaku mase hari pertama berpuasa untuk tahun lepas (2010). Tarikh hari tu ialah pada 11 Ogos 2010.

Oleh sebab hari tu merupakan hari 1st puasa, jadi aku pun ngengade balik kampung ptg tu sbb nak berbuka kat kampung, walaupun hari tu hari Rabu. So sah2 la sok paginya aku kena gerak balik opis lepas sahur. Tapi aku tak kira gak, sbb aku nak makan masakan mak aku utk berbuka. Huhu.

Nak dijadikan citer, masa aku tgh drive tu dan dah nak sampai kampung dah pun, aku terperasan ade sebuah kete ni datang dari arah depan. Kete tu nampak terhuyung-hayang je, so aku pun terus saspek yg driver kete tu mesti ngantok. Aku pun slowkan la kete aku.. Tapi makin lama, kete tu makin masuk ke lane jalan aku dan aku terpaksa masuk ke kawasan rumput kat tepi jalan tu utk mengelak dia. Tapi entah mcmane, bila dah dekat sangat tu, kete tu makin masuk ke lane aku dan akhirnya pertembungan pun berlaku, dan aku pun meninggal kat situ gak... Hish!! Tak la, kete tu terlanggar side mirror kete aku je.. Oleh kerana speed kete tu agak laju, jadi side mirror aku yg dilanggar tu pun bersepai dan oleh sebab aku tak tutup tingkap mase tu, habis serpihan2 cermin masuk kete aku.

Plain Creative - Deco Was, Deco Is...

28 Mei 2011 - 11.08 pm
Sejak berpindah ke kuarters ni, dapat la aku hias sket2 bilik aku menggunakan bajet yang ciput itewww.. Kalau sebelum2 ni, aku asyik dapat rumah yang tak macam rumah je kat tempat keje yg lepas2.. Dari rumah yang takde siling dan mcm rumah setinggan ngan kepanasan melampau, ke rumah yg just dpt bilik sebesar kubur, sehingga lah terpaksa tidur kat surau ofis.. Tapi sekarang baru dapat rasa duk rumah yang 'normal'.. Hehe..
So sejak aku pindah masuk kuarters nih, aku mula la berangan2 nak hias2 sket, dan susun perabot yg sangat 'banyak' tu..
Ni antara design deco awal mase baru masuk bilik tu.. Just gantung gambar sket dan letak cadar hijau.. Ngan teddy bear.. Huhu..

Bila tgk balik pic ni, mcm simple n sweet lak kaler2 nih.. Huhu..

Saturday, May 28, 2011

Plain Offensive - Holy Sh*t!


28 Mei 2011 - 12.26 pm

Sejak beberapa tahun yg lepas, aku selalu dapat emel berangkai dari kengkawan Muslim yang berbunyi begini :

**************************************************************************************************************
Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan “Holy Water” di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini. Seperti yang kita umat Islam ketahui, Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam.
Sebelum terkena lebih baik kita berhati-hati. Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:
  1. Al-Mansur
  2. Al-Mubarakah
  3. Al-Barakah
  4. Bestari
  5. Waterco
Ingat wahai sahabat, orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam. Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di hati. Untuk pengetahuan, buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.
**************************************************************************************************************

Plain Shocking - Halal Beer - Too Good To Be True.

28 Mei 2011 - 11.37 am

Hari Sabtu merupakan hari utk relax2 kat umah, so aku pun mmg agak malas kurang rajin (agak?) utk keluar rumah dan menjalankan penggambaran Jalan2 Cari Makan, so dok umah je layan berita2 dan gossip2 liar cerita2 kat internet. Sedang aku busy
body
mentelaah Harian Metro kat internet, aku terbaca satu citer nih.



Untuk berita tu, korang baca la sndri ye kat website Harian Metro tu.. Tak pun g je beli Metro kat kedai.. RM1.50 je pownnn.. Aku taknak citer pasal berita tu kat sini. Aku cuma nak kongsi pendapat aku je....

Plain Drama - Glee Me! (Season 2 Episode 22)


28 Mei 2011 - 12.11 am

Untuk ahli2 kumpulan Glee yang sepanjang hidup diorg menetap kat pekan kecil Ohio, New York adalah sebuah tempat yang sangat menerujakan! Memang patut pun diorg enjoy2 kat New York tu. Tapi perlu ke penonton disuap ngan babak2 diorg menari dan menyanyi kegembiraan kat New York hampir separuh episod? Tak perlu kot. Dah la diorang takde lagu lagi, takde koreografi, sempat lagi nak round2. Ni merupakan benda tak logik yang ada dalam Glee ep 22 nih. Hehe..

Episod 22 ni, walaupun season finale, terdapat banyak kepincangan dalam episod ni. Sepatutnya season finale kena la gah sikit. Ni mcm episod2 biasa je.. Lagu2 yang dipilih untuk episod ni jugak tak berapa memberangsangkan (kecuali ada beberapa lagu yang agak hebat).

Plain Personal - Do You Feel Like An English Language?

27 Mei 2011 - 4.45 pm

Jabatan aku merupakan Jabatan Pengajian Am, dan salah satu subjek yang berada di bawah jabatan kitorg ialah subjek Bahasa Inggeris. Jadi adalah tugas jabatan kitorg utk memastikan bahasa Inggeris tidak dipinggirkan dalam urusan2 rasmi PMS. Jadi pada 12 Mei yang lepas, satu memo telah dikeluarkan oleh jabatan aku dan telah dihantar (secara emel) kepada semua staf PMS. Inilah memonya yer :


Bermulalah dari hari tu, setiap hari Rabu merupakan hari rasmi Bahasa Inggeris bagi kakitangan PMS, dan mereka dimestikan untuk mencuba bertutur dalam bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu. kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi la..

Plain Drama - All Of My Glee!


27 Mei 2011 - 4.34 pm

Akhirnya setelah berhempas pulas mencuba, aku berjaya gak mendapatkan Glee season 2 episod 22! Dan dgn ini, lengkaplah koleksi Glee aku utk season 2! Yayyy!! Cuma season 1 je yg tak complete.. Huhuhu..

List of Glee episodes dalam hard disk aku. Siap subtitle lagi (maklum la. Aku ni bodoh BI. terpaksa guna subtitle BI utk tangkap ape yg diorg sebut.)

Plain Personal - Birthday Bash(ful)!

27 Mei 2011 - 3.36 pm

Pada 25 Mei lepas, JPA sekali lagi telah dikejutkan ngan sambutan hari jadi salah seorang staf dalam jabatan kitorg, iaitu Tengku Mardzi'iah (betol ke ejaan tu?). Aku pun tak tau diorg nak suprise ni.. Tetibe je ajak g balik dinding dan start nyanyi lagu besday. So join je la. Haha!!

Besday gegurl yg pose tak hengat ngan kek..

Pembakaran lilin berlaku apabila gas Puspanita bertindabalas ngan dapur Puspanita, lalu menghasilkan percikan api yang kemudiannya berkolaborasi ngan lilin itewww.. Seb baik smoke detector tak detect.. wakaka!!

Friday, May 27, 2011

Plain Personal - Share The Care. (1)

27 Mei 2011 - 11.40 am

Pada kul 9 tadi, kami staf2 JPA (Jabatan Pengajian Am) kat PMS telah menghadiri sesi Perkongsian Ilmu oleh Cik Lynnie Jada. Pada yang tak tau, Perkongsian Ilmu adalah sesuatu yang dipraktikkan oleh JPA, iaitu staf2 yang telah menghadiri apa2 kursus, perlu membuat pembentangan ttg apa yg dipelajari kepada staf2 yang lain dalam JPA agar ilmu yang dipelajari dapat dikongsi bersama.

Lynnie telah menghadiri kursus Managing Negotiator & The Deal Process pada bulan Mac lepas, dan hari dia telah berkongsi ilmu tersebut dgn kitorg.

Kursus ni adalah berkaitan dengan teknik2 berkomunikasi dan berunding dengan orang2 di sekeliling kita seperti dalam kehidupan seharian kita. Kursus ni agak berat, jadi pada permulaan kursus mmg sangat mencabar utk kita berikan sepenuh tumpuan. Mcm biasa klu dalam kursus, aku akan cuba buat lawak2 yg tak lawak utk menceriakan suasana. Bukan pe, utk memecah kesunyian je.

Wednesday, May 25, 2011

Plain English - Speaking It Right, Again!

23 Mei 2011 - 4.36 pm

Pada 19 & 20 Mei lepas, jabatan aku sendiri iaitu Jabatan Pengajian Am telah mengadakan satu kursus iaitu kursus Public Speaking : Speak It Right! Kursus yang dijalankan selama 2 hari tu memperkayakan lagi pengetahuan kami tentang sebutan2 perkataan dalam bahasa inggeris, phonetics dll.

Seperti yg korang tau, aku ngan Azri dah pun pergi ke kursus Speak It Right kat KL beberapa minggu yg lepas, tapi kali ni kitorg join gak kursus ni. Haha!! Bkn pe, kitorg just nak belajar BI dgn lebih byk lagi.. Aku tak pandai BI mcm Azri, so aku kena belajar lagi banyak. :P

So ni antara aktiviti2 yang kitorg jalankan pada hari pertama :

1. Lukis gambar partner mengikut buah2an atau sayur2an. Aku dipartnerkan ngan Ijam, so aku lukis Ijam sebagai...
Mango! Hehehe.. Serupa tak?

Tuesday, May 24, 2011

Plain Senseless - The Fact, Get It Right!

24 Mei 2011 - 8.36 am

Pagi tadi sebelum masuk opis, aku capai botol air mineral yang ade kat dalam kete aku utk dibawa ke opis. Sedang aku dok kat meja dan belek2 botol mineral tu, aku terperasan sesuatu, iaitu fakta tentang gasing tradisional yang digunakan untuk mempromosikan kempen Colours Of Malaysia.

Air mineral jenama Cactus.

Monday, May 23, 2011

Plain Me - Scratching Sketches... (1)

23 Mei 2011 - 1.24 pm

Saje je aku nak upload antara lukisan2 aku kat sini. Kalau nak tengok sketch2 aku yg laen yg tak chantekk tu, g la kat album Sketch aku kat dalam FB.. :)

Love O'Clock 5

Big Plain Screen - All You Can Eat Drama...


23 Mei 2011 - 8.44 am

Selain dari filem Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides, aku juga telah menonton Nur Kasih The Movie pada Sabtu lepas. Filem yang telah membuatkan aku digelakkan oleh Azri & Nazri sebab aku menangis sepanjang filem ni.. Hampeh je.. So aku nak citer lak pasal movie nih ye..

Sambungan daripada antara drama tv yang mendapat rating tertinggi dalam sejarah penerbitan Malaysia, Nur Kasih The Movie (NKTM) memaparkan Adam (Remy Ishak) dan Nur (Tiz Zaqyah) memainkan watak yang sama. Diterapkan dengan teknik cinematik dari Kabir Bhatia, pengalaman menonton NKTM adalah sangat mengujakan. Kabir masih menggunakan teknik cinematik yang sama seperti drama tv Nur Kasih, dan ini tidak pernah mengecewakan.

Big Plain Screen - Aye Aye, Cap'n!


23 Mei - 7.58 am

Kalau tak kerana Capt. Jack Sparrow, takde apa2 yang menarik dari segi karakter dalam movie terbaru Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides. Johnny Depp berjaya membawa watak tersebut dengan baik, cuma tidak sebaik dalam filem2 francais POTC sebelum2 ni.

Terdapat banyak review2 yang buruk mengenai filem ni di internet, dan semua tu mesti ada sebabnya. Tak kisah la, tapi kat sini aku nak citer sket ttg POTC selepas aku tonton filem tu Sabtu lepas ngan Azri & Nazri.
Filem ni merupakan prequel kepada filem2 sebelumnya, iaitu sebelum Capt. Jack bertemu dgn William Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knightly). Jadi kedua2 watak tu mmg xde dalam filem ni. Namun ada watak baru, iaitu Angelica (Penelope Cruz), bekas kekasih Capt. Jack Sparrow. Namun Angelica merupakan anak kepada Blackbeard, iaitu watak jahat dalam filem kali ni. Tak tahu nape (mungkin sebab pencahayaan), tapi Cruz yang biasanya nampak anggun, dalam filem ni kelihatan sgt 'muram'.

Plain Reality - Protegé Of Prodigy..

22 Mei 2011 - 11.26 pm

Seperti yang kita sedia maklum, Mentor merupakan antara rancangan realiti nyanyian yang tertinggi ratingnya di Malaysia. Semuanya disebabkan kredibiliti rancangan tersebut ngan peserta2 yang berbakat besar. Tak kurang juga untuk musim ke-5 kali ni. Bakat peserta2 yang menyertai untuk musim ni amat hebat.

Pada jam 9 tadi, bermulalah konsert ke-2 bagi pusingan separuh akhir Mentor 5. Markah bagi konsert kali ni akan dicampurkan dengan markah konsert separuh akhir pertama minggu lepas, dan 2 peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan berentap di Final. Jadi setelah semua protegé2 berhempas pulas membuat persembahan, akhirnya tibalah masa untuk mengumumkan 2 peserta yang mendapat markah tertinggi.. Untuk pengetahuan semua (dan aku yakin semua juga bersetuju), Protegé terkuat untuk musim ke-5 ini adalah Salma. Seorang gadis kecil yang berasal dari Sabah, Salma bukanlah tandingan peserta2 lain. Dengan kawalan suara yang mantap dan high-pitch yang smooth, Salma mendominasi markah tertinggi untuk konsert2 yang sebelum ni.

Plain Bored - Replaying The Replayed..


22 Mei 2011 - 6.13 pm

Aku rasa ramai yang dah pernah tengok atau pernah dengar tentang animasi terbaru yang dihasilkan oleh produksi tempatan, iaitu BoBoiBoy. BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza. BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko. Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.

Plain Frustrating - If It Ain't Broken, Don't Fix It!

22 Mei 2011 - 5.23 pm

Aku yang tak kaya ni tak mampu utk memiliki iPhone ataupun BlackBerry mahupun HTC, jadi aku hanya ada handphone2 Nokia je iaitu E72 White Edition, 5800 XpressMusic dan X3-02 Touch 'n Type. Untuk berinternet (Facebook dll), aku akan gunakan Nokia E72 yang aku masukkan sim kad broadband Maxis aku kat dalam tu. Aku guna E72 berbanding hp yg lain sbb E72 ni keypad QWERTY, jd senang sket nak menaip dan ia gak ada RAM yg agak besar berbanding hp aku yg lain. So takde la lembab phone aku nanti time surf internet. Jadi selama ni, aku akan gunakan Opera Mobile untuk surf internet dan FB.

Sejak beberapa hari yang lepas, Facebook via Opera Mobile mempunyai design layout yang baru. Biasanya aku sukakan pembaharuan yang dibuat utk pengalaman internet secara mobile nih, tapi kali ni aku terpaksa katakan yang layout baru ni adalah crap = sampah!!


Plain Confused - Spot The Copycat!

22 Mei 2011 - 4.27 pm

Antara hobi aku ialah baca blog orang lain, even org2 yg aku tak kenal. Beberapa mgu lepas, Azri ada syorkan aku satu blog ni, iaitu Blog Serius! Serius aku ckp, aku suka blog ni sbb penulisan yg kreatif dan post2 yang numerous.

Tapi hari ni bila aku surf internet utk baca blog2 lain, aku terjumpa ngan satu lagi blog yang sama isi kandungannya ngan blog Serius tu. Aku teringat yg owner blog Serius tu ade bgtau, yg ade orang lain yg tiru post2 blog dia.. Adakah blog ni yg meniru? Atau ini hanya blog kedua dari orang yang sama? Entah ler.. Klik kat pic tu kalau korang nak tengok persamaan blog2 tu yer..


 Edit : Aku diberitahu oleh Azri aka Kaki Wayang yang sebenarnya owner utk kedua2 blog tu adalah orang yang sama. :P

Chow!!

Sunday, May 22, 2011

Big Plain Screen - Silver Screen + Gold Heart = Crystal Tears... :P

22 Mei 2011 - 2.53 pm

Pagi2 semalam (21 Mei 2011) aku, Azri ngan Nazri g ke kuantan. Tujuan kitorang hanya satu, iaitu utk tgk movie!! Huhuhu!! Kitorg gerak dalam kul 9.30 pagi dari Muadzam, so sampai kat East Coast Mall, Kuantan dalam kul 11 pg.. Sampai2 je kitorg terus g ke kaunter tiket, dan oleh sbb Azri ade kad kredit GSC EON BANK, so kitorang dgn selamba katak memotong queue dan terus ke kaunter tempahan tu (sbb kitorg dh book dulu tiket awal2 sbb takut tiket abis. Mmg abis pun. Seb baik ade book.) Pastu leh lak org yg jaga kaunter tu tak reti nak swipe kad tu, so kitorang diminta g ke kaunter lagi satu yang tgh ade org tgh nak beli tiket kat kaunter tu. Dan sekali lg ngan selambanya kitorg potong line org yg nak beli tiket tu.. Hahaha!! Seronok rasenye!! Tak sampai pun 5 minit (padahal org lain rmi gler yg beratur), kitorg pun dapat tiket2 nih :


Monday, May 16, 2011

Plain Me - Change, For Better Or Worse?

16 Mei 2011 - 9.28 am

Aku dah gunakan design layout blog ni agak lama, sebab aku sukakan designnyer.. Tapi aku tak sure lak kepada pembaca2 sekalian (mcm la ramai sgt yang baca).. Jadi aku nak tanya korang, patut ke aku tukar design layout nih? Kalau korang rasa ada design lain yg lebih sesuai, taip je dalam kotak other tu ye.. Thanks!!

..:: vote dah ditutup ::..

Ok, oleh sebab vote utk tukar design lebih byk dari vote suruh kekalkan (actually xde pun yg vote suruh kekalkan design sedia ada), jadi aku pun tukar le design ni ke design yg lain.. Thanks pada sesiapa yang vote.. :)

Plain Horifying - The Death Trap.

15 Mei 2011 - 5.24 pm

Awal pagi semalam (14 Mei 2011), kami iaitu kakitangan2 Politeknik Muadzam Shah telah dikejutkan dengan satu berita. Kami diberitahu yang berlakunya satu kemalangan ngeri betul2 di hadapan pintu masuk PMS. Oleh kerana aku tak tahu pun pasal kemalangan ni sehingga la aku nampak post kawan aku kat FB ttg kemalangan tu, jadi aku pun ade la tanye org.. Setelah dikumpulkan citer2, dapat la dibuat sedikit ringkasan ttg kemalangan yg berlaku tu..

Kemalangan berlaku antara sebuah Perodua Viva dan sebuah Honda CRV, dengan Viva tersebut menuju ke arah Kuantan dan CRV menuju ke arah Segamat. Difahamkan bahawa pemandu dan 2 penumpang dalam Viva tu sebenarnya menuju ke PMS untuk menghadiri kursus.

Perodua Viva tersebut datang dari arah Segamat, dan mula memperlahankan kelajuannya untuk memasuki simpang ke Politeknik Muadzam Shah. Dari arah Kuantan pula, sebuah Honda CRV sedang memecut laju menuruni bukit. Adalah menjadi kebiasaan bagi kenderaan2 yang lalu di kawasan ini untuk memecut laju semasa menuruni bukit walhal ini adalah kawasan pendidikan yang mempunyai had laju 30kmsj.

Plain Drama - Glee Me! (Season 2 Episode 20)


15 Mei 2011 - 2.28 pm

Finally, setelah berhempas-pulas mencuba untuk mendownload Glee episod 20 sejak Khamis lepas, akhirnya hari ni aku dapat gak episod tu, yang high-quality lagi kaoo!! Now setelah aku tengok episod tu (2 kali berturut2 lak tu sbb tak puas), aku nak buat review sket.. Biasa la, aku akan buat review episod Glee yang aku rasa best.

Macam biasa, aku sukakan Glee sebab muzik2 mereka, tapi bukan tu je sebabnya. Aku sukakan semua karakter, plot, drama, dan yang paling aku suka ialah, dialog2 yang sentiasa fresh dan kelakar. Kali ni, McKinley High School dilanda demam Prom Night! Untuk episod 20 ni, The New Directions telah dijemput untuk buat persembahan di malam prom sekolah McKinley. Jadi pada malam tu, mereka banyak nyanyikan lagu2 yang best. Very enjoyable!

Sekarang, aku nak kongsi benda2 yang aku suka dalam episod 20 nih.

Friday, May 13, 2011

Plain Memories - Syawal Rush!

12 Mei 2011 - 7.02 pm

Sekali lagi aku terjumpa gambar2 yang menarik dalam koleksi aku yang aku rasa berbaloi diupload.. Aku ada gak upload pic2 ni semua dlm FB aku, tp nak gak aku buat satu entry khas untuk peristiwa ni dalam blog. Peristiwa ni terjadi tahun lepas, jadi kalau ade sape2 yg kata aku post benda2 yg dah basi, ade aku kesah? Aku guna broadband ko ke utk post dan upload? Aku guna laptop ko ke utk taip? Aku guna letrik ko ke? Tak kannnnn.. So diam2 je ngan pendapat murah ko tu, dan kalau tak suka sila tinggalkan site ni dan klik ke site2 Harian Metro atau Berita Harian untuk berita2 yang tak basi katakau!!

Pada 1 Oktober 2010, Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Balai Merdeka (Bagi staf2 yang masuk selepas kita pindah ke poli baru, mmg tak tau la tempat ni).. Majlis tu dijalankan semasa perhimpunan bulanan, dan kebetulan pulak mase tu turn jabatan aku iaitu Jabatan Pengajian Am utk anjurkan perhimpunan bulanan, jadi secara otomatik aku dilantik menjadi emcee utk perhimpunan bulanan dan majlis sambutan hari raya nih..

Persiapan sehari sebelum sambutan. Ok, pentas dah siapppp...

Thursday, May 12, 2011

Plain Innovative - 'Q' Stands For 'Inovasi'...

11 Mei 2011 - 7.44 pm

Macam biasa, aku ni suka menggodek2 pic2 lama yang ada dalam phone atau laptop aku.. So hari ni, mase aku godek2 dan korek2, aku terjumpa gambar2 yang sngat menarik, dan aku rasa rugi kalau gambar2 tu tak di upload..

Pada 24 November 2010 yang lepas, Politeknik Muadzam Shah telah menganjurkan majlis Hari Inovasi (Hari Q) untuk tahun 2010 di Dewan Dara, Muadzam Shah. Mase tu poli baru tak siap lagi, so kitorang terpaksa menyewa kat dewan orang ramai Muadzam Shah. Majlis tu dirasmikan oleh Pengarah PMS, Tuan Haji Rosli bin Hamid dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah PMS, Tuan Haji Nor Rahim bin Muhayat. Dalam majlis tu ade penyampaian anugerah-anugerah, persembahan koir dan nyanyian oleh staf-staf PMS, acara cabutan bertuah dan lain-lain lagi.

Majlis bermula dengan ketibaan Pengarah PMS, Tn Hj Rosli.

Siap dipasangkan bunga lagi oleh En. Ajip kiter.. Kaooo mampooo??!!

Wednesday, May 11, 2011

Plain Gamer - Untrained Victory...

10 Mei 2011 - 8.56 pm

Baeklahhhh!!! Aku mengaku, aku juga ada hobi yg agak kebudak-budakkan, iaitu main game Pokemon!! Huhuhu!! Tapi bukan aku sorang je yer.. Ade gak kawan2 aku yg laen yg agak fanatik Pokemon ni.. Jadi pada sesape yg tak minat tu, tak payah la baca post ni ye.. Buat korang pening kepala je nanti..


Sama ada korang tau atau tak, dalam game Pokemon, Effort Values (EV) memainkan peranan yang sangat penting dalam melatih pokemon. EV akan memberikan kelebihan kepada pokemon yang berlatih EV berbanding pokemon yang tidak melakukan latihan EV.

Tuesday, May 10, 2011

Plain A**hole - Love To Hate!!


10 Mei 2011 - 12.52 pm

Let me ask you a question. Is there any chance that there's at least 1 arrogant and cocky person at your workplace? I bet there is. According to Wiki, arrogant means 'having excessive pride in oneself', while cocky means 'boldly or brashly self-confident'.

While it is almost inevitable to avoid these kind of people especially in workplace surroundings, that doesn't change the fact that we sometimes reach the highest bar in our patience meter trying to cope with those unneeded attitudes. Being involved with arrogant person will somehow affect our work performance, by a bit if not a lot.

Plain Collection - Don't Rain On My Blu-ray Parade!!

9 Mei 2011 - 6.57 pm

Sejak aku bekerja kat Politeknik Muadzam Shah ni, banyak yang aku belajar. Salah satunya, mendownload movie blu-ray!

Memang aku akui, aku dah mula minat untuk menonton movie2 dalam format blu-ray, tak kira la yang dah diconvert atau yg untouched. Aku sukakan kualiti gambar yang sangat clear, sampai leh nampak dan kalau nak, leh kira jumlah jerawat kat muka pelakon2 movie2 tu.. Sebelum ni, aku tak kisah sgt ttg kualiti gambar sesebuah movie, sbb tu dulu aku rajin gak beli vcd movie yang tak berapa nak original. Tapi sejak berkawan ngan Azri aka Kaki Wayang (nama dalam FB), aku dah jadi fanatik ngan movie2 bertaraf blu-ray. Tapi aku rasa hobi ni kira ok je, sbb tak melibatkan modal yg besar pun. Cuma perlukan hard disk utk simpan movie2 yang bersaiz besar tu, dan juga akaun premium dari site2 file hosting spt Rapidshare, Fileserve, Netload dll. Oh tak lupa juga line internet yang unlimited.

Untuk pengetahuan, dah banyak gak la movie2 yang aku ngan Azri dah download mase internet takde masalah dulu. Leh dikatakan, hampir setiap hari kitorg mendownload. Ni antara movie2 yang ada dalam simpanan aku.

Monday, May 9, 2011

Plain Drama - Glee Me! (Season 2 Episode 18)


9 Mei 2011 - 2.32 pm

Kwn2 yg kenal aku, mesti tau yg aku mmg antara peminat setia Glee. Aku dah tengok semua episod dia, malah utk season 2 ni, aku siap download episod2 dia yang high-quality lagi kaooo.. So kat sini aku just nak bgtau sinopsis utk episode Glee yang terbaru yg aku tgk, iaitu episod 18 : Born This Way. Aku cuma nak citer benda2 yang best je kat sini..

Pertama-tamanya, mash-up antara Quinn & Rachel dalam lagu I Feel Pretty & Unpretty sangat best dan sedap didengar!! Suara diorg sangat sesuai bersama, dan Rachel pandai harmoni ikut suara Quinn yang halus itewwww.. Penggunaan lagu2 tu bertambah menarik bila kita tau ttg sejarah hitam Quinn sbg Lucy Caboosey.. Ke'jahat'an Lauren dalam membongkar rahsia Quinn adalah sangat berkesan. Huhu.

Plain Memories - Passed Past... (3)


8 Mei 2011 - 8.36 pm

Ngengade lak aku nih nak update blog mase ni kannn.. Jap lagi Mentor nak start.. Nak tgk Salma.. Sempat ke nak siapkan post ni? Lantak la, sementara idea tgh ade nih..

Kali ni, spt post2 Passed Past yang lepas2, aku akan ceritakan ttg kerja2 yang aku pnh buat sblm ni.. Kalau dalam Passed Past... (2) aku ceritakan pengalaman aku jadi guru sandaran, tapi kali ni aku nak ceritakan sebelum aku jadi guru sandaran tu. Aku jadi guru sandaran start tahun 2004, dan tahun2 sebelum tu aku just tlg mak ayah aku kat kebun je.. Tp pada tahun 1999 dan tahun 2000, aku bekerja sebagai....... Operator Pengeluaran di sebuah kilang perabot.

Sunday, May 8, 2011

Plain Gamer - NintenDone It, Again!

8 Mei 2011 - 2.35 am

Mungkin ada yang tak tau, tapi aku dulu merupakan seorang gamers. Sejak umur aku awal 20-an, aku dah mula menjerumuskan diri ke kancah video games. Antara konsol2 yang aku pernah ada dulu termasuklah PS, PSone, PS2, DreamCast, GBC, GBA & NDS.



Tu baru konsol2nya.. Tak tengok lg game2 yang aku ada.. Antara game2 yang aku paling minat termasuk Final Fantasy, Resident Evil, Pokemon, Silent Hill, King Of Fighters, Harvest Moon dan banyak lagi game2 yang tak terkira jumlahnya.. Huhu.. Aku suka layan game2 RPG, manakala adik aku suka layan game2 bola, racing dll.. Jadi bila gabung game2 yang kitorg ada, mmg byk giler.. Aku rase kitorg dulu ade 5 folder DVD yg penuh utk simpan game2 tu sumer.. Tapi skrg yg tinggal dalam simpanan kitorg hanya PS2 & NDS tu je.. Yg lain dah jual.. GBC & GBA tu lak hilang kena curi.. Tapi kat sini aku bukan nak citer pasal game2 ni semua, tapi pasal satu handheld baru yang baru dilancarkan oleh Nintendo (pembuat GBC, GBA & NDS) yang bernama, Nintendo 3DS (N3DS)...


Plain English - Speak It, Write It, Communicate!!

7 Mei 2011 - 3.35 pm

Rasenye dah seminggu aku tak update blog ni. Semua gara2 aku kena g kursus kat KL. So time kursus mmg tak sempat nak update blog sebab aku tak bawak laptop dan hp aku xleh update blog.. Lain la encik Azri (The Informations), ade hp mahal HTC HD7 yang leh update blog..

Bermula dari 2 minggu lepas, aku kena menghadiri 2 kursus secara berturut2, iaitu kursus Speak It Right (25 - 28 April) dan kursus Grammar For Better Communication And Writing (3 - 6 Mei). Kedua2 kursus tersebut adalah kursus bahasa Inggeris dan dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Jadi kat sini aku nak cerita sikit tentang kursus2 tersebut.

1. Speak It Right!

Kursus Speak It Right (SIR) ni merupakan kursus pertama aku utk tahun ni di luar poli. Mg aku look forward utk g kursus ni sebab aku dh lama tak g kursus dan sebab aku mmg minat English. Kursus ni dianjurkan oleh Pro Lead Consult, dan diajar oleh Ms Mona Balqis. Ms Mona ni sangat berpengalaman dalam mengajar sbb dia mampu utk tarik perhatian peserta2 kursus.

Monday, May 2, 2011

Plain Memories - Passed Past... (2)

2 Mei 2011 - 2:09 am

Oleh kerana aku takleh tido (bukan sebab byk sgt tido siang ye sebab siang tadi aku tak tido pun), jadi aku pun terpikir la untuk update blog nih.. Dah jd kebiasaan lak utk aku update blog malam2 buta.. Jadi kali ni aku nak ceritakan pasal keje aku sebelum ni..

Dalam post Passed Past... (1), aku ade citer pasal aku keje kat Takaful Malaysia, tapi kali ni aku nak citer pasal tempat keje aku sebelum aku masuk keje kat Takaful Malaysia. Pada tahun 2003, aku takde keje yang tetap. Aku hanya bantu mak ayah aku kerja kat kebun sbg penoreh getah, selepas aku berhenti dari study aku kat UiTM Segamat. Dalam masa takde keje tu, aku cari2 jugak keje tapi mungkin nasib tak menyebelahi aku, semua keje yang aku minta tu tak dapat.Diorg ckp diorg tak berani nak ambik aku keje sebab result SPM aku.. WTH??!!

Sunday, May 1, 2011

Plain Naughty - Memoir Of Imperfect Blackboard Starers...

1 Mei 2011 - 12.51 am

Setelah diberi idea oleh henchek Ikhwan dalam perbincangan kat Facebook, akhirnya aku buat keputusan untuk buat satu post kat blog ni khas untuk memori2 mase sekolah dulu.. Huhuhu.. Mase sekolah dulu, aku ni jatuh dalam kategori budak yang baik.. Pengawas lagiiii.. Tapi jgn ingat sbg budak baik, aku takde kenangan2 manis kat sekolah tu.. banyak kenangan2 yang aku rasa kawan2 aku pun masih ingat lagi, dan kompem diorang gelak kalau teringatkan kenangan2 tu..

Aku sekolah menengah kat dua sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 7 (SMPT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Sebelas (SMPSE). Kami berpindah ke SMPSE bila sekolah tu siap, iaitu mase aku tingkatan 4, pada tahun 1997.

(Ni logo yang aku jumpa kat Internet. Sori x clear)

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!