29 September. Tarikh yang agak bermakna dalam hidup aku. Yup. It's my birthday. Aku ni lahir dalam family yang tak sambut benda-benda camni, so memang kalau nak ikutkan, aku tak look forward pun untuk tarikh ni tiap-tiap tahun. Just kadang-kadang aku dapat satu dua present, dan terus terang aku cakap yang present-present tu membuatkan aku rasa gembira. Yerla, sejak aku kecik sampai la ke sekarang ni, aku rasa aku cuma pernah sambut harijadi aku tak sampai pun 5 kali. Serius! Cuma ada wish-wish jer yang aku terima saban tahun. Sebab tu aku tak look forward pun untuk tarikh aku dilahirkan ni.
Tapi bila aku start kerja kat ofis yang sekarang ni, semuanya berubah. Jabatan aku ni walaupun Islamik, tapi diorang juga mengamalkan tradisi menyambut harijadi setiap ahli. Dan tahun ni, bila kami berpindah ke bangunan baru yang lebih besar dan staf pun semakin ramai, sambutan tu diadakan dengan agak meriah. Sampai ada kitorang buat makan-makan sepanjang hari (tapi untuk staf jabatan kitorang je la).
Hari ni, turn aku pulak untuk disambut. Aku memang sangat gembira sebab diorang nak jugak buat celebration walaupun kitorang sibuk sepanjang hari dengan Hari Inovasi. Thanks yer kawan-kawan.
Masuk-masuk je ofis pagi tadi, aku terkejut sambil menjerit kecil (kecil ke?) bila ternampak sesuatu kat atas meja aku. Ada present, siap dengan kad lagi. Thanks Lynnie Jada for the present!! :)
Then lepas sesi pertama Hari Inovasi tamat, aku sekali lagi dikejutkan dengan tambahan hadiah kat atas meja! Dah jadi tiga hadiah! (Kecuali yang kecik kaler gold tu. Tu door gift Hari Inovasi.) Thanks Rina & Deeb for the presents!! :)
Aku ni jenis yang sangat menghargai pemberian orang, so bila dapat hadiah tu, memang aku akan sayang untuk buka wrapper dia. Tapi setelah diasak dengan bertalu-talu oleh si Rina, aku bukak jugak. Lynnie bagi album gambar, Rina bagi plush toy Angry Bird, dan Deeb bagi photo frame Angry Bird. Aku sangat suker occayy!! Tadi Rina tanya aku, betol ke aku suka hadiah2 tu? Betul la weh!! Aku suka sangat!! Seriously!!
Si Rina ni siap lekat kad yang aku sangat suka ayat-ayatnya.. Haha!! :) 18 tahun tuuu.. Kao mampooo?!
Selepas tamat Hari Inovasi sesi kedua, aku bawak balik lagi satu hadiah, iaitu hadiah yang diberikan setiap bulan kepada staf yang menyambut harijadi pada bulan tersebut. :) Hadiah2 yang aku dah bukak tadi, aku dengan gigihnya masukkan balik dalam wrapper.. :)
Then sebelum sampai waktu balik, ofismate2 aku tetibe nyanyi lagu happy birthday dari dalam pantry. Hahaha!! Terharu sangat sebab diorang sanggup buat jugak sambutan walaupun dah penat. Thanks guys~~ Kat kek tu ade gambar Ben 10.. Haha!! Padahal aku tak minat sangat pun.. :P
Yazidy~~~
Besday sendiri pun, aku jugak yang kena ambik gambar.. Hahaha!!
Nak jugak si Rina tu enterframe..
Kek yang dah separuh dibelasah secara bertubi-tubi.
Sesi bergosip dan gelak2 barai. Tengok!! Aku jugak tukang ambik gambar.. Diskriminasi nih!! Huhu~~ Masa tengah riuh2 ni, bos kitorang yang tgh outstation iaitu Ms Foo pun call aku utk wish birthday gak. Macam dah plan awal lak diorang ni kan.. Huhu.. Thanks Ms Foo~~
Siap makan kek, kitorang gerak lak ke Satellite Kitchen untuk minum petang sempena Hari Inovasi. Kat sini lagi riuh kitorang bergosip. Aku gak yang ambik gambar. Eh? Nape aku sorang je lelaki ek? Hahaha!!
Kad-kad yang aku dapat, aku gantung gak kat partition aku sebab aku memang betul2 appreciate semuanya. :)
Ni kad dari Lynnie dan Rina. Tengok perkataan2 tu. Kalau tak nampak, sini aku taip semula.
Wordings sebelah depan kad :
It's your birthday, and if you think
you're getting a card saying...
How terrific you are and how nice it is
to be around you...
Patutnya kat sebelah dalam kad tulis :
...you are absolutely right! Have A Great Birthday.
Tapi diorang tukar :
...you are absolutely wrong!
ps : you gotta parade around with your Angry Bird underwear
in the office first before it can be
"...you are absolutely right!" hehe..
Keji tak diorang? keji kannnnnn~~~~
Ni hadiah yang dalam wrapper hijau tadi.
Aku letak kat atas meja aku gak cup tu sebab cantik. Sekali dengan door gift Hari Inovasi.
2 hadiah ni aku letak kat rumah aku je.. Kat dalam bilik.. Nak letak kat ofis macam besar sangat.. Meja aku tu dah la sangat 'besar' dan 'kemas'.. Album gambar yg Lynnie bagi tu lak aku simpan je.. :)
2 hadiah ni aku letak kat rumah aku je.. Kat dalam bilik.. Nak letak kat ofis macam besar sangat.. Meja aku tu dah la sangat 'besar' dan 'kemas'.. Album gambar yg Lynnie bagi tu lak aku simpan je.. :)
Terima kasih pada kawan-kawan ofis sebab sudi sambut my birthday ya! :)
Update : 30 September 2011, ada tambahan hadiah. :) Thanks Kak Marina.
Update : 30 September 2011, ada tambahan hadiah. :) Thanks Kak Marina.
Masuk je dari rehat tengahari, Kak Marina bagi hadiah. Huhu.
Hadiah.
Set pen dan kompas.
Dah bukak penutup. (Satu2 aku explain pic yang tak perlu diexplain. Haha!)
So, kompas tu sebab macam key-chain, aku gantung je kat tempat penggantungan souvenir2.. Pen lak dalam cup yang PKPMS bagi. :)
Setakat ni, tu je la hadiah2 yang aku dah dapat. Nanti kalau dapat lagi, aku upload lagi ek. :)
Chow!!
2 comments:
huuuuuuuu bestnye opis ko! smbut beszday meriah gituuu..... hebat2 ....
@Mohd Khairi Khadzir : huhu!! tu la pasal.. diorang ni walaupun lecturer2 english dan agama yang, tapi diorang langsung tak boring.. happening uolz~~
Post a Comment