Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, May 31, 2011

Plain Shocking - Electrifying Truth.


30 Mei 2011 - 8.28 pm

Aku nak citer sket pasal kenaikan tarif elektrik ni sbb aku rasa ramai yang tak berapa paham....
Pada 1 Jun 2011 (esok), bermulalah hari dimana tarif elektrik dinaikkan sebanyak 7.12 peratus iaitu daripada 31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj. Namun begitu, Bernama melaporkan bahawa tarif baru ni takkan memberi impak ke atas pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300kWj.

Harus diingat, tarif baru ni hanya akan dikenakan ke atas pengguna dari sektor industri dan juga komersial sahaja. Manakala pengguna di rumah yang menggunakan 300kWj ke bawah, tidak akan dikenakan tarif tambahan ni. Maknanya 'kadar' yang dikenakan ke atas kita masih maintain 0.218 selagi kita guna bawah 300kWj. Kecuali jika pengguna tersebut menggunakan melebihi 300kWj sehingga 1000kWj, baru mereka akan dikenakan tarif baru ni dan kadar bayaran dalam bil elektrik mereka akan meningkat antara 7 sen sehingga ke RM30.30. Kalau diorg guna lebih dari 1000kWj (rumah diorg ade pawagam kot), maka banyak la kenaikan yg diorg kena bayar.



Macam mana nak kira sedangkan dalam bil mana ada tunjuk kadar penggunaan dari segi kWj? Ok, setelah aku memusingkan kepala otak aku utk mencari cara pengiraan (rupanya sgt senang. Membazir je aku guna formula ala2 add math vagaih), sebenarnya kalau korang tengok dalam bil letrik tu, ada tulis 'kadar' (yang aku bulat merah kat atas tu). Dalam bil kita, ada tunjuk kadar 0.218. Jumlah tu ialah jumlah setelah tolak subsidi kerajaan. Ok, sekarang tukarkan kadar tu dari 0.218 ke 0.335, dan darabkan dgn jumlah penggunaan (unit) spt yg dalam bil tu. Jeng3!! Dah dapat jumlah bayaran yg perlu dibayar. Tapi ni hanya utk mereka yang menggunakan melebihi 300kWj yer..

Jadi untuk mengelakkan kenaikan tarif tu dikenakan ke atas kita, haruslah berjimat cermat dalam menggunakan tenaga elektrik. Antara petua menjimatkan elektrik, ade aku bagi dalam Cakna Ilmu keluaran Februari. Ye, staf2 PMS sekalian, Cakna Ilmu yang dikatakan membazir kertas dan membazir dakwat itulah yer. Sampai skrg aku masih berkecil hati dgn statement itu yer. Harap maklum.... Kat bawah ni merupakan petikan Cakna Ilmu tu. (Kalau tak nampak, klik je kat pic tu. Ada versi yg besar gehtoooo).


Ok. Cukup lah utk kali ni. Mari sama2 berjimat supaya tak perlu bayar bil letrik.
Eh jap, aku lupa nak bagitau yang subsidi kerajaan yg memansuhkan bayaran terhadap penggunaan di bawah RM20 tu akan berakhir Disember ni ye. So mulai Januari tahun depan, kalau bil kita RM3.65 sekalipun, kita tetap kena bayar. Sekian.

Chow!!

2 comments:

manjer said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus2...info berguna ;-)

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ko ckp psl info ape? haha!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!