Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, September 9, 2011

Plain Awesome! - Perhimpunan Bulanan Ogos

9 September 2011 - 9.30 am

Bagi yang tau memang dah tau, tapi bagi yang tak tau, aku nak bagitau yang Perhimpunan Bulanan (PB) Politeknik Muadzam Shah bagi sesi Ogos 2011 telah dianjurkan oleh jabatan kami, iaitu Jabatan Pengajian Am pada 19 Ogos yang lepas. PB kali ni agak berbeza sikit berbanding PB2 yang lepas, kerana kitorang buat dalam dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris).

Majlis tersebut telah dijalankan dengan jayanya, dan aku sangatz2 berbangga sebab kami mendapat pujian dari segenap pihak. Ada yang cakap pengacara majlis (aku dan Rina) telah menjalankan tugas dengan bagus dan santai, ada yang cakap buku program menarik (aku yang buat), dan macam-macam lagi laaa.. Huhuhu.. Bagi tak membuang masa, ni aku letak pic2 masa PB tu.. Pic2 ni dicopy pasta dari website Unit Instruksi Dan Multimedia (UiDM) Politeknik Muadzam Shah dengan kebenaran mereka.


 Siapa2 nak masuk dewan kena la melapor diri kat penunggu2 gua nih.. Haha!! Gurau je.. Dib dan Kak Marina, antara penyambut tetamu gehtooo..

 Ni pulak tukang2 penghulur bantuan tsunami, eh, cenderahati lahhh!! Dari kiri, Kak Sue, Lynnie dan Nozza..

 Proses mendaftar.. Kemain lagi si Zamri (berbaju melayu kaooo) posing depan Nadiah (pegang bendera).. Ehemmmm.. Haha!! Izman (baju hitam) lak dok tenung2 Mardhiah (duduk kanan sekali).. Kak Bie ngan Zainal pun tumpang sekali masuk frame, tapi diovershadow oleh retis2 lain..

 3 dara pingitan JPA.. Yang tengah2 (Asma') tu je yang dah tak available.. Yang dua lagi masih mencari katernyerrr... Dari kiri, Mardhiah, Asma' dan Nadiah.

 Majlis bermula... Ust Nasir membaca doa bagi memberkati majlis.. Khusyuknya aku dan Rina menadah tangan.. Solehah sangatzz!!

 Wahhh!! Terpegun aku menengok pic aku sendiri!! Begitu berwibawa dan berkarismatiknya diriku membaca teks pengacara majlis!! Rasanya masa ni tengah baca part English, sebab tu mulut ada senget sket.. SHCWA (slang America) katernyerrrr..

 Kami berikrar akan terus berangan menjadi retis Poli Muadzam!!

 Oleh kerana Pengarah dan Timbalan Pengarah takde, so KJTMK, Pn Fadzilah menggantikan diorang untuk berucap..

 Pemenang Anugerah Pekerja Contoh bagi kategori Kakitangan Profesional : Tan Kang Yee.

 Anugerah Pekerja Contoh bagi kategori Kakitangan Pelaksana : Rafeiah Bt Osman.

 Haaaa!!! Ni mesti masa menyanyikan lagu 31 Ogos!! Bersemangat uolzzz para VIP kita mengibarkan bendera sambil menyanyi tengok skrin.. Tak hafal kot.. Haha!!

 Jejaka-jejaka hensem Poli Muadzam.. Malu-malu depan kamera.. Sudehhh!!! Hensem2 kan diorang.. Hahaha!!

Gigih posing untuk kamera lagi walaupun tengah menyanyi.. Hebat tak diorang nih?! Huhu.. Si Nurul, Tan dan Charan memang menerapkan semangat 1 Malaysia.. Huhuhu.. Tapi diorg memang kalau gi makan pun sama2.. Terbaekkk!!

 Hehehe.. Ni pulak barisan wanita2 berkerjaya poli.. Sila la tekel.. Semua available tuuu.. *Available kah?*

 Antara gelagat staf2 jabatan aku. Dib, Lynnie dan Pui.. Lynnie mengenakan fesyen sanggul bendera.. On the spot dia cipta fesyen tu tau.. Lady Gaga sangat!!

 Ni mesti Lynnie tengah membuat salah satu dari lawak bengongnya.. Sebab tu Dib gelak tak hengat.. Pui pun tahan perut gelak..

 Balik2 muka dia.. Memang photogedik..

Ni la buku program yang diorang cakap chanteque tu.. Aku yang buat ni tau.. Huhuhu.. Terharu sangat sebab usaha aku balik sampai kul 11 malam dihargai.. Bukan macam Cakna Ilmu dulu yang dihina dan dikeji.. Huhuhu..

Ok lah.. Tu je kot.. sebenarnya ada banyak lagi gambar-gambar masa PB tu kat website UiDM, tapi aku just ambik yang ada gambar jabatan aku je.. kala korang nak tengok gambar lain, just gi je kat website UiDM tu yer.. Thanks kepada staf2 UiDM sebab bagi izin aku guna gambar2 ni.. Sayang korang yang hensem2.. Muahks!!

Chow!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!