Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, May 23, 2011

Plain Reality - Protegé Of Prodigy..

22 Mei 2011 - 11.26 pm

Seperti yang kita sedia maklum, Mentor merupakan antara rancangan realiti nyanyian yang tertinggi ratingnya di Malaysia. Semuanya disebabkan kredibiliti rancangan tersebut ngan peserta2 yang berbakat besar. Tak kurang juga untuk musim ke-5 kali ni. Bakat peserta2 yang menyertai untuk musim ni amat hebat.

Pada jam 9 tadi, bermulalah konsert ke-2 bagi pusingan separuh akhir Mentor 5. Markah bagi konsert kali ni akan dicampurkan dengan markah konsert separuh akhir pertama minggu lepas, dan 2 peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan berentap di Final. Jadi setelah semua protegé2 berhempas pulas membuat persembahan, akhirnya tibalah masa untuk mengumumkan 2 peserta yang mendapat markah tertinggi.. Untuk pengetahuan semua (dan aku yakin semua juga bersetuju), Protegé terkuat untuk musim ke-5 ini adalah Salma. Seorang gadis kecil yang berasal dari Sabah, Salma bukanlah tandingan peserta2 lain. Dengan kawalan suara yang mantap dan high-pitch yang smooth, Salma mendominasi markah tertinggi untuk konsert2 yang sebelum ni.

Salma

Oleh kerana sebab gimik, markah bagi konsert separuh akhir pertama pada minggu lepas tak diumumkan, dan markah tersebut hanya akan diumumkan pada minggu ini. Jadi selepas selesai semua persembahan tadi, tibanya masa untuk mengumumkan markah bagi konsert pertama dan konsert kedua pusingan separuh akhir Mentor 5.

Dengan tidak disangka2, Salma mendapat markah yang sangat teruk pada minggu lepas. Malah markah dia lebih rendah dari Iqa, yang hanya menggunakan gimik sbg bantuan menyanyi. Perlu diingat bahawa Mentor adalah rancangan realiti nyanyian, bukannya untuk mencari penggimik atau pendrama yang berkaliber. Tapi semasa memberi markah, ternyata juri2 awam, profesional dan pengundi SMS seperti terpukau dgn gimik2 yang dibuat oleh Iqa. Jadi markah Iqa antara yang tertinggi bagi minggu lepas.

Oleh kerana hanya 2 Protegé sahaja yang layak ke peringkat akhir, jadi secara automatik Salma tersingkir. Aku rasa juri profesional terjerat dgn tindakan mereka memberi markah yang rendah pada minggu lepas kepada Salma, mungkin sbb mereka kurang berpuas hati dgn persembahan Salma pada minggu lepas dan berharap Salma akan berusaha lebih setelah melihat markah yang rendah dari juri. Tapi percaturan juri itu tersilap apabila markah tidak diumumkan pada minggu lepas. Mungkin masa tu mereka sedar yang memberikan markah yang rendah kepada Salma untuk mengajarnya akan mengakibatkan Salma hilang tempat di peringkat akhir.

Dapat dilihat pada minggu ni yang juri sedaya upaya mahu Salma ke peringkat akhir, dengan memberikan markah yang tinggi kepada Salma. Namun markah itu masih tidak mencukupi untuk membolehkan Salma berada di antara 2 Protegé dengan markah tertinggi. Akhirnya Salma menjadi mangsa juri yang dikatakan profesional itu. Oleh kerana TV3 dan juri menyedari bahawa Salma merupakan penyumbang utama kepada undian SMS dan juga rating, jadi mereka terpaksa menelan semula ludahan mereka dengan memasukkan kembali Salma ke peringkat akhir, dengan mengatakan bahawa itu juga merupakan satu kejutan.

Ini merupakan satu penghinaan kepada kredibiliti Mentor dan juga kepada Salma sendiri, hanya kerana juri cuba bersikap adil kepada peserta2 lain. Tapi nasi dah jadi bubur, dan ini keputusan yang terpaksa dibuat oleh TV3 bagi memastikan bakat Salma tidak tersia-sia, walaupun pada hakikatnya mereka melakukan sedemikian kerana inginkan proportion undian SMS dari penyokong Salma yang besar berbanding Protegé2 yang lain.

Bagi golongan2 anti-Salma, mereka bergembira sebaik sahaja diberitahu yang Salma tidak mendapat markah tertinggi, kerana apa yang mereka mahukan hanya Salma kecundang di tangan Protegé pilihan mereka walhal masing2 sedar siapa yang paling berbakat antara semua. Oleh kerana Salma dibenci (kerana berbakat terlalu besar untuk Mentor dan menenggelamkan Protegé2 yang lain), jadi bakat Salma itu lebih sanggup diketepikan hanya untuk kepuasan peminat2 fanatik Protegé2 yang lain.

Aku akui, aku juga meminati Shiha selain Salma, tapi aku tahu yang Salma memiliki pakej terbaik dalam memenangi Mentor 5. Dan aku juga akui yang tak semua peminat fanatik Protegé lain adalah anti-Salma. Cuma aku nak nyatakan di sini, yang patut dipersalahkan di sini adalah juri profesional yang semakin tak profesional. Salma diberikan tekanan yang lebih hanya kerana Salma tidak memenuhi ekspektasi mereka.
Ok lah, itu je luahan aku untuk Mentor 5 ni. Sama ada Salma menang atau kalah minggu depan dalam konsert final. tempat Salma dalam industri muzik tanah air dah tersedia.

Chow!!

7 comments:

jade said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Setuju!! dis is a singing competition..so watever gimik or drama yg dpersembahkan..seharusnya tidak terlalu diutamakan dlm memberi markah kalw kerana persembhan vokal patut dititikberatkan...biarle kalw juz standing there alone with mic but if the singer can 'wow' or move da crwon hanye dgn persembahan ..itu juz cukup deserving...kalw nk sgt berdrama...we have anak wayang or even raja lawak.....for me...ika and shiha juz another singer but salma is THE SINGER...cmon la...berapa kerat je kat Msia yg ada bakat yg bole berdiri sama tinggi duduk sama rendah dgn penyanyi luar??Brapa kerat juga org luar yg amaze by bakat org MALAYSIA??..u knoe wat "they" call us? penyanyi gred b,kpg,leleh...but when we have talent yg kite bole banggakan..kena plak "flush" dlm "toilet"..and we rather to have "recycle" punye penyanyi...tepuk dada sendiri la..ika or shiha..berapa jauh mereka bole pergi???

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

correct! Iqa n Shiha hanya penyanyi biasa2 je. And I'm not even talking about their high-notes (if there's any).. Tak faham ngan org2 Malaysia yg suka label penyanyi yg bersuara tinggi sebagai menjerit. Don't deny it, sbb Siti, Ziana, Jac, semua pernah dilabel sbg menjerit ketika menyanyi. Ok, mmg pun mereka menjerit, tapi jeritan mereka itu sedap didengar.. Rmi org yg mempertahankan bahawa 'feel' lebih baik dari 'skill', tp alasan tu hanya digunakan oleh org2 yg tak pandai nyanyi high-notes..

jade said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

knp plka kalw yg nyanyi high-note tu x feel kah? bukan kah semua pon tau yg Salma time menyampaikan "bertamu di kalbu" lebih bagus dari nyanyian asal kerana lebih terasa emosinya which mean she put emotional and feel to the song...so wtf if dkatanya Salma gagal mnge"feel"...then apa plak "mereka" nak kate kalw si penyanyi A (contoh) mnyanyi feeling gile sampai terkeluar air mata ..but then note2 x dicapai...word tenggelam timbul..struggling..makanya? (fikir le sendiri)...bukan kah dlm music tu ada nota2 yg disusun dari nota rendah ke nota tinggi..dan bukan semua bole capai (baik rendah mahupun tinggi)..for those yg asyik ckp "belting" is menjerit..can u show me how to hit those nota2 tinggi??? and somemore ..kalw menjerit u will only hit (and hurt) but cannot hold and substain!!!!...beza belting dgn menjerit is...when u "jerit" u still can vibrate (do vibrato)..and x rasa perit d tekak (resultnye bunyi dhasilkan tidak crack or pecah)...semua org bole jerit but x semua bole belt...cobe le menyanyi satu lagu nada tinggi then jerit nota2 tinggi itu..and see sendiri...(wahh bgitew) :)

jade said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

*emotion
*"jerit" =belting

heheh merujuk penulisan/komen mek d atas...

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Couldn't agree more! Bukan nak menuding pade sape2 tapi kebanyakan peserta2 dlm AF semuanya begitu.. Nyanyi konon2 ade feel tapi key dan control bertaburan di sana sini.. Kalau nyanyi pun sumbang mahram, mcmne org nak rase 'feel' tu? Even Salma yang dikatakan menjerit tu (walaupun sedap) menyanyi note2 rendah, kedengaran sangat flawless dan terasa 'feel' disitu. And I truly agree with you ttg dia nyanyi Bertamu Di Kalbu. Sangat menyentuh jiwa dan sampai sekarang I suka tgk video tu. Susah nak dapat penyanyi yg leh menyentuh masa menyanyi, sehingga terasa merinding..

zieta mazita said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sokong3,,,undi 4 salma=)

Congratz Mentor 5! « the dream yard said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

[...] dgn musim2 yg lepas iaitu 2 protegé je. Tapi tu semua hanya drama je, sebab kalau korang ade baca post aku yg lepas, mesti tau sebabnya.. [...]

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!