Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, August 26, 2011

Plain Awesome! - Things I Got For Raya!!

26 Ogos 2011 - 3.59 pm

Dah agak lama aku tak hapdet blog aku nih. Sori la sesangat yer pada pembaca2 setia. Gehtoooo!! Perasan diva mengalahkan Azwan Ali kaoo!! Ok lah, kali ni aku nak letak pic2 sket. Pic ape? Bukan pic panas. Bukan pic lucah. Bukan pic bogel. Bukan pic porno. Cuma pic beberapa stuff yang aku dapat sempena raya ni.. Huhu..

1. Kad Raya dari EqbalZack.com!!

 Bahagian depan kad raya tu. Rasenye abg EZ bagi aku kad bermotifkan kartun sebab aku suka lukis kartun kot.. Tapi abg EZ, saya suka lukis manga, bukan kartun.. Ahaksss!!

 Bahagian dalam kad dari abg EZ. Siap ada cop, sain dan stiker lagi.. Terharu sangat2!!.. :)


2. Badge raya dari Eqbalzack.com!!

Badge ni sebenarnya souvenir dari abg EZ sebab join GA dia kat sini.. Alhamdulillah, aku dapat tempat ke-3. Dapat duit raya RM10 dan badge ni. Thanks abg EZ.

3. Ucapan raya dan gifts dari ofismate!

Sempena raya, Puspanita kat opis aku ni ade menganjurkan ucapan raya beserta gift. Dan aku dapat 2 gifts.. Huhu.. Thanks kpd Lynnie Jada dan Rina Jamal sebab bagi. :)

4. Kad raya dari kawan FB, Hazim Haemoglobin!

Mula2 aku ingat si Hazim ni dah lupa nak hantar, rupanya lambat sket. Huhu.. Anyway, kad ni sangat2 spesel sebab dia buat sendiri. Mmg aku suka tengok lukisan dia. Agak abstrak. Yg ni muka depan kad tu. Pic masjid terbang. Giler ah!

Ni bahagian dalam kad. Lukisan yang sangat menarik! 

Bahagian belakang kad. Ucapan dia tulis kat sini. Tulisan dia agak 'doktor' sket, so ni aku taip balik apa yang dia tulis tu :

Yazid,

Hey Mr Pokemon. I am still looking for Black and White!
Haha!! I made this card by myself and if you don't like it,
you should remember that anything is better than a picture of me in speedos!

Have a splendid Hari Raya!

-Love-
Hazim

Ok, sedikit penerangan diperlukan untuk mentafsir ucapan dia tu.

     1.  Dia panggil aku Mr Pokemon sebab kitorang suka main game Pokemon. Black and White yang dia maksudkan tu ialah game terbaru Pokemon.

     2.  Dia ada mention picture dia dalam speedos sebab dulu dia pernah upload gambar dia kat FB pakai speedo je, dan sampai sekarang aku masih kutuk2 dia pasal pic tu walaupun dia dah delete pic tu. Hahaha!!

Anyway, thanks Hazim for the 'lovely' ucapan. Haha!!

5. Kad yang masih tak dapat dari Kaki Wayang......

Hehehe.. Jangan marah yer Kaki Wayang. Aku dah join segmen ko tu, dan masih menunggu kad raya itewwww... :P

6. Duit raya dari opismate.

Hehehe.. Tak sangka ade gak orang bagi duit rayeeee!!! Teringat zaman2 keje takaful dulu, bos bagi duit raya beratus-ratus.. Huhu..

Ok, tu je yang aku dapat.. Maklum la, orang tak feymes dan tak hensem memang tak dapat banyak kad raya. :P

Chow!!

Plain Drama - Review Of Ramadhan Terakhir

26 Ogos 2011 - 10.05 am

Setelah aku menonton episod terakhir drama dari slot Samarinda semalam iaitu 'Ramadhan Terakhir', jadi leh la aku bagi review sikit. Review ni berkaitan gak ngan entry aku yang lepas pasal drama yang sama iaitu dalam entry "Plain Drama - Typical....... Typical....... :("


Sebelum apa-apa, elok aku bagi sinopsis dulu tentang apa yang berlaku malam tadi. Sakinah akhirnya meninggal dunia akibat leukemia di pagi raya. Tapi segala pengorbanan dia tak sia-sia sebab sekarang seluruh ahli keluarga Hashim dah berubah. Akhirnya terbongkar yang Sakinah sebenarnya adalah anak kepada Mazni dengan suami pertama dia dulu. Dan ini mengundang persoalan tentang mimpi yang dialami oleh Hashim tentang isteri pertamanya dulu yang mengatakan 'seseorang' akan muncul dan membantu mereka sekeluarga kembali. Pada mulanya Hashim ingat Sakinah adalah 'seseorang' yang dimaksudkan tu, tapi rupanya bukan. Sebenarnya ada seseorang lagi yang masih 'belum' muncul (walaupun drama ni dah sampai episod akhir).

Pada raya tu, Aki (driver diorang) bawa mak dia beraya kat rumah Hashim dan Mazni. Bila mak Aki nampak je Hashim, dia terus teringat yang rupanya Hashim tu adalah orang yang pernah meninggalkan isterinya semasa isterinya sedang sarat mengandung dulu, dan setelah isterinya meninggal dunia, anak yang dilahirkan itu diserahkan kepada mak Aki untuk dijaga. Maka terbongkarlah bahawa Aki sebenarnya adalah anak Hashim dengan isteri pertama dia dulu. Then cerita pun habissssss....

Eh jap, satu lagi. Akhirnya diketahui bahawa Hashim sebenarnya bukan HIV positif. Doktor silap kot.

Secara keseluruhan, aku agak berpuas hati ngan drama ni walaupun kelihatan agak terkejar2 untuk habiskan drama ni sebelum raya. Sesetengah babak agak terburu-buru olahannya, contohnya perubahan Mazni dari watak jahat kepada watak baik berlaku dalam satu episod je. Agak tak logik di situ. Episod terakhir juga menyaksikan pergolakan emosi yang agak meleret-leret, seolah-olah semua emosi nak ditunjukkan dalam satu episod je. Anyway, aku suka cerita ni. Agak menghiburkan walaupun cliche.

Cuma satu yang aku nak komen secara drastik. Dalam entry aku Plain Drama - Typical....... Typical....... :(, aku ada menyatakan yang aku nak tengok sesuatu yang baru dibuat oleh penulis skrip dan pengarah cerita ni dalam mengolah watak HIV+. Tapi sangat-sangat mengecewakan, ianya tidak berlaku. Semua emosi empathic yang penonton kongsi akhirnya sia-sia setelah Hashim akhirnya didiagnos sebagai negatif. Kalau korang baca kat bahagian komen entry aku tu, aku ada komen pasal ni. 


Seperti yang aku katakan dalam komen tu, ianya dah jadi anti-klimaks. Sesetengah penonton betul-betul mengharapkan sesuatu digarap dari idea HIV+, tapi semuanya terkubur bilamana penulis skrip mencari jalan keluar yang agak konservatif dan exemplary. Memang semua mahukan happy ending, tapi sedikit selitan kesedihan yang 'freshly-ground' akan memperkayakan lagi ending cerita ni.

Seperti yang aku katakan dalam entry tu, aku betul-betul mengharapkan sesuatu yang fresh. HIV begitu ditakuti dan distigmakan sehingga adunan skrip dalam drama-drama (bukan drama ini sahaja) tempatan yang berkaitan dengan HIV lebih menjurus kepada sama ada hukuman mati kepada pesakit, ataupun easy-relief iaitu doktor tersalah diagnos. Adakah masyarakat akan tersentak secara parah jika endingnya tidak bersifat judgemental? Mungkin..... Inilah yang ditakuti oleh pengkarya-pengkarya tempatan, iaitu respon penonton terhadap sesuatu yang begitu sensitif. *kecewa*

Walau bagaimanapun, aku terhibur dengan cerita ni. Hanya terhibur. Tiada pengisian ilmu dan suntikan idea yang disuap kepada penonton, yakni penonton tak perlu berfikir secara dalam bagi menghadam emosi. Cuma tonton, dan penonton akan terhibur.

Chow!!

Tuesday, August 23, 2011

Plain Segmen - Saya Nak Kad Raya Dari Kaki Wayang (Yang Ada Duit)

23 Ogos 2011 - 2.23 pm

Masa untuk join segmen, sebab dah kena ugut ngan si Kaki Wayang.

(pic tu kontrol hensem tuuuuuu)

Aku nak tag sape ek? Ermmmm.. Diorang ni laaaa..


Diulangi, aku nak kad raya yang ada duit yerrrrr~~~~ :)

Chow!!

Wednesday, August 10, 2011

UCAPAN AIDILFITRI : DARI SAYA UNTUK EQBALZACK

10 Ogos 2011 - 12.37 pm

Sekali lagi aku nak masuk GA oleh blogger stylo, Eqbal Zack!

Untuk menyertai GA ni, klik je kat SINI.

GA ni menginginkan peserta untuk buat ucapan Hari Raya kepada Eqbal Zack. So ni la ucapan aku. Malu laaa... :P

Ok. hehehe..

Chow!!
.
Entry lain berkaitan Eqbalzack.com : 
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [6] Entry
Plain Cool! - I Won, Again!
Plain Cool - EqbalZack.com Nailed It!!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5] Entry
Plain Cool! - More From Eqbalzack.com!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5]
Plain Awesome! - Thanks EqbalZack.com!
Plain Cool - I Won!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [3]
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2] 2nd Entry
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2]
Plain Contest - eqbalzack.com MONTHLY CONTEST!
Plain Giveaway - GIVEAWAY "anuar zain vs siti nurhaliza"
Plain Cute - Domo Arrives!
Plain Giveaway - GIVEAWAY... saya suka DOMO lah!
UCAPAN AIDILFITRI : DARI SAYA UNTUK EQBALZACK
Plain Awesome! - Gifts!!!
Plain Cool! - A Special Gift From EqbalZack.com
Plain Giveaway - EqbalZack's Fan Page LOGO!
.

Tuesday, August 9, 2011

Plain Awesome! - Gifts!!!

9 Ogos 2011 - 11.16 am

Dah lama aku tak update blog ni. Sedih lak rasanya. Huhu. Ok lah, aku update yer. Aku nak tunjuk pic meja kat opis aku ni. Aku nak tunjuk sesuatu. Hehe.

Cuba perhatikan gambar tu. Ada nampak apa2 yang menarik? Hehe..

Sebenarnya ada dua benda yang aku nak tunjuk. Yang pertama, kad raya dari EqbalZack.com! Rasanya dah lama sangat dah aku tak dapat kad raya sejak zaman SMS dan MMS nih. So memang rasa agak gumbira bila dapat kad tu. Thanks abg Eqbal Zack!!

Kad raya dari EqbalZack.

Satu lagi yang aku nak tunjuk yang sangat mengexcitedkan diriku ini, ialah souvenir yang aku baru dapat pagi tadi, pemberian Kaki Wayang. Apa yang dia bagi? Hehe! Klip Angry Bird!! Yang lagi best, dia bagi yang kaler hitam, dan aku memang paling suka design Angry Bird yang hitam tu. Comelllll!!!!

Klip Angry Bird itu. Thanks Kaki Wayang! Hadiah besday ko minggu depan yer.. :)

Thanks kat diorang di atas sebab bagi aku gift2 yang cute2. Aku suka! :)

Chow!!
.
Entry lain berkaitan Eqbalzack.com : 
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [6] Entry
Plain Cool! - I Won, Again!
Plain Cool - EqbalZack.com Nailed It!!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5] Entry
Plain Cool! - More From Eqbalzack.com!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5]
Plain Awesome! - Thanks EqbalZack.com!
Plain Cool - I Won!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [3]
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2] 2nd Entry
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2]
Plain Contest - eqbalzack.com MONTHLY CONTEST!
Plain Giveaway - GIVEAWAY "anuar zain vs siti nurhaliza"
Plain Cute - Domo Arrives!
Plain Giveaway - GIVEAWAY... saya suka DOMO lah!
UCAPAN AIDILFITRI : DARI SAYA UNTUK EQBALZACK
Plain Awesome! - Gifts!!!
Plain Cool! - A Special Gift From EqbalZack.com
Plain Giveaway - EqbalZack's Fan Page LOGO!
.

Friday, August 5, 2011

Plain Contest - EqbalZack's GA : The Colors Of Ramadhan

Macam biasa, aku suka masuk GA yg tak bersandarkan luck semata2.. So kali ni aku nak join satu contest yang dianjurkan oleh Eqbal Zack. :)


Nak join GA ni? Klik je banner kat atas tu atau klik SINI.

So ni pic aku yang tak seberapa :

Tema : tengah keje pun menyempat buat deco raya untuk office.

Saje je try contest ni. Hehehe. Pic2 yang orang lain submit memang best!!

Chow!!

Thursday, August 4, 2011

Plain Drama - Typical....... Typical....... :(

4 Ogos 2011 - 11.49 pm

Aku baru lepas tengok cerita bersiri kat TV3 yang mula ditayangkan sejak 1st Ramadan, iaitu Ramadan Terakhir… Aku mula minat cerita ni sejak tengok 1st episod, bukan sebab cerita ni predictable (of kos la Sakinah tu akan diterima oleh keluarga tu, dan of kos la ayah diorg yang HIV+ tu akhirnya mati), tapi sebab ada selitan HIV kat dalam cerita tu.


Pada yang tak tengok cerita tu, sini aku bagi sinopsis sikit.. Cerita ni berkisarkan seorang lelaki pertengahan umur yang akhirnya menyedari yang dia HIV+ (tak sure sebab apa. Seks kot). Lelaki tersebut akhirnya mula insaf dan mula merapatkan diri dengan tuhan, walaupun keluarganya seperti tak menyukai perubahan tersebut. Lelaki tersebut mempunyai seorang isteri yang sangat bitchy, anak lelaki yang super-hensem tapi kaki perempuan dan kaki minum, dan juga seorang anak perempuan yang over-spoilt.

Orang gaji diorang yang dah lama kerja dengan diorang nak berhenti, dan dia digantikan dengan seorang orang gaji baru; perempuan muda dan solehah. Tapi sekarang penonton dah tahu yang perempuan solehah tu sebenarnya anak lelaki tersebut dengan isteri pertama dia dulu, tapi diorang tak tau lagi. Sekarang perempuan tu sedang cuba untuk membawa diorang kembali ke pangkal jalan.

Ok, cukup la sinopsis. Sekarang aku nak bagitau kenapa aku suka cerita ni. Aku tak kisah sangat pasal plot atau storyline dia, sebab isi cerita ni walaupun nampak berat, tapi sebenarnya sangat simple, orang dah biasa tengok dan retorik. Apa yang aku suka ialah, ada perisian HIV kat dalam cerita ni. Aku nak tengok apa yang diorang akan buat dengan watak yang mempunyai virus HIV dalam badannya. Adakah kita akan dihidangkan dengan sesuatu yang baru, atau kita masih akan disajikan tentang kisah seorang HIV+ yang akhirnya akan mati dalam keadaan nazak yang amat menyakitkan?

HIV sudah distigmakan sebagai penyakit yang akan menyebabkan pembawanya mati dalam keadaan yang teruk, dan dengan stigma ini, hanya dengan stigma yang sangat kuat ini, kebanyakan atau hampir keseluruhan drama yang disiarkan di TV atau pawagam akan seboleh-bolehnya menggambarkan yang pembawa HIV ini akan mati. Bukan mati biasa2 pulak tu. mesti mati dalam keadaan yang sangat2 menyedihkan. Tak pernah aku tengok produksi tempatan yang membuat keputusan untuk membiarkan mereka yang HIV+ ini akhirnya mendapat happy ending setelah mereka insaf. Tak pernah. Kenapa? Adakah ianya dianggap anti-klimaks? Mungkin juga, sebab dengan cara pemikiran masyarakat Malaysia yang sangat memandang jijik terhadap pembawa HIV dan pesakit AIDS, mereka juga mengharapkan watak2 yang diskripkan dengan HIV ini akan akhirnya mati dengan kejam. Mereka seolah2 merasakan yang keadilan akhirnya terlaksana apabila menyaksikan mereka2 yang HIV+ mati. Mungkin perit didengar, tapi itulah kenyataannya dalam masyarakat kita yang dikatakan sangat bersopan-santun dan berhati mulia ini.

Jadi sama2lah kita tunggu penamat cerita ini. Aku harap aku dapat sesuatu yang fresh di penamat cerita ni nanti. Please, semua penulis skrip dan pengarah di luar sana, jangan hanya berkarya berlandaskan fakta mitos, komikal, unpractical dan retorikal. Sekali sekala cuba tampakkan kebijaksanaan dengan menjadi realistik, walaupun ianya lari sedikit dari harapan dan expectation penonton. Memang pada mulanya penonton akan rasa ‘bummed’ dengan ending2 yang sedikit lari dari imaginasi mereka, tapi selepas itu, mereka akan berasa ‘segar’ dengan suntikan emosi yang agak berlainan dari apa yang mereka jangkakan atau harapkan, dan walaupun mereka pada luarannya seolah2 menolak ending2 sebegitu, tapi jauh di sudut hati kecil mereka, akan ada sekelumit kepuasan kerana perasaan mereka diuli dari sudut yang berbeza, yang mana menyedarkan mereka tentang warna-warna kehidupan yang bukan hanya hitam dan putih ataupun secara khususnya, jahat dan baik.

Kenapa aku katakan ending mereka yang HIV+ hidup happily ever after sebagai sesuatu yang realistik? Sebab memang itulah kebenaran. Mereka yang HIV+ sebenarnya tiada beza dengan mereka yang tidak mempunyai HIV dalam badan mereka. Mereka juga mampu (dan layak) untuk hidup bahagia bersama orang2 yang mereka sayang, dan dengan rawatan retroviral yang wujud pada masa sekarang, pembawa HIV ini boleh hidup lama, selama orang biasa. Mereka bukan lagi boleh disinonimkan dengan keadaan mati dalam keadaan yang busuk, berkudis dan sebagainya, kerana fakta itu sudah tidak boleh diterima pakai lagi.

Mungkin ada pembaca yang memberontak dengan kenyataan ini, tapi inilah kenyataannya. Percantikkanlah diri korang dengan ilmu tentang HIV, kerana dengan ilmu yang cukup, kita akan memandang sesuatu dari sudut yang berbeza dan ADIL. Fikir-fikirkan……..

Edit : satu lagi aku suka cerita ni sebab lagu tema dia sedapppp!! Lagu 'Jangan Lupa Namaku', nyanyian Pompa Bensin. Tapi yang tak best, aku tak jumpa lagu ni kat internet.. Nak download~~~~~ :P

Chow!!

*satu lagi post yang agak serius dari yazidy.. hahaha!!*

Plain Bored - Me, MySelf And MyBlog

4 Ogos 2011 - 10.51 am

This is just my mumble, without rhymes or extraordinary vocabularies. I just write what I'm feeling right now, and rest assured, they're not very pleasant to read.

Since a few days back, my emotions keep playing tricks on my head, making me feel happy and sad at the same time, which seems ridiculous. I feel ridiculous. Do you think I'm being ridiculous? Don't be ridiculous lah!!

Right now, I'm partially emotionally ridiculously floating around in outer space, enjoying the view of limitless space and time, wishing that I could join those stars and planets in their deep slumber of nothingness.. Then, snap! Back into reality.... Back into the world filled with people with annoying voices, people who take me for granted, people of weird attitude etc..

Blergh~~~

Chow!!

Wednesday, August 3, 2011

Plain Me - Salam Ramadhan~~

3 Ogos 2011 - 5.33 pm

Aku sebenarnya nak balik awal, tapi oleh sebab aku dilantik jadi jaga kat opis aku ni, so aku kena la tunggu semua orang balik, baru aku leh kunci pintu opis. Dah aku pegang kunci, nak buat camne kan.. Tunggu punya tunggu, ada lak yang taknak balik lagi. Tak fahamkah aku nak gi bazar ramadhan? Tak faham kot....

Anyway, sementara aku menunggu, aku pun sketch la sket2 untuk wish kat korang Ramadhan. So siap dah sketch yang agak cincai.. Haha!! 2 minit je lukis, sbb tu cincai..


Jadi aku nak ucapkan......

"Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan
kali ini membawa seribu keinsafan kepada kita."

Chow!!

Tuesday, August 2, 2011

Plain Drama - A Break

2 Ogos 2011 - 5.14 pm

Sejak akhir-akhir ni, aku dah jarang update entry. Bukan sebab aku takde apa nak cerita, tapi cuma aku kurang bersemangat untuk berblog. Sebelum ni, aku tak sabar nak tunggu Ramadhan dan buat entry2 berkaitan dengan Ramadhan, tapi sekarang tidak lagi...

Cuma sesuatu sedang berlaku dalam hidup aku sekarang, dan emosi pun agak tak stabil.. Tapi sekejap je ni kot.. Nanti aku dah ok, aku update lagi entry2 yang hangat tak hengat yer.. Huhu..

Chow!!
Pages (31)123456 Next

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!