Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, December 6, 2011

Plain Amazing! - Another Planet Like Earth?!

6 Disember 2011 - 1.04 pm

NASA telah menjumpai sebuah planet yang sangat-sangat serupa dengan planet kita, Bumi. Planet tersebut berada di luar sistem solar dan bernama Kepler 22-b.


Salah seorang dari mereka yang menjumpai planet tersebut, Geoff Marcy dari University Of California berkata, " Penemuan ini adalah satu fenomena dalam sejarah manusia."

Planet tersebut mempunyai sifat-sifat seperti Bumi. Ia mengelilingi sebuah bintang yang serupa dengan Matahari kita, dan jaraknya dengan bintang tersebut juga lebih kurang dengan jarak kita dengan Matahari. Putaran mengelilingi matahari bagi planet tersebut sedikit pendek, iaitu 290 hari, berbanding Bumi, 365 hari. Permukaan planet tersebut berkemungkinan besar mempunyai batu dan, AIR! Suhu di atas planet tersebut juga sesuai untuk hidupan, iaitu lebih kurang 22 darjah celcius!


Cuma satu masalah tentang planet tersebut, iaitu ianya agak besar. Saiznya 2.4 kali lebih besar dari Bumi, dan ini memungkinkan yang sebahagian besar permukaan planet tersebut adalah air. Namun jika betul pun ianya dipenuhi air, tak mustahil untuk makhluk hidup, mungkin manusia, untuk hidup di atas air.


Planet tersebut memenuhi syarat yang cukup untuk menampung kehidupan, jadi ahli saintis tidak menafikan bahawa mungkin juga terdapat hidupan di planet tersebut. Mungkin hidupan sekadar mikrob atau organisma sel tunggal, ataupun hidupan cerdik yang mungkin pada masa ini juga sedang melihat planet kita sebagai 'kembarnya'.

*Penatnya aku nak mentranslate ke BM*

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!