Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, December 5, 2011

Plain Bizarre - Cement In Butt, And Now In Face?

5 Disember 2011 - 3.46 pm

Bulan lepas kita banyak terbaca tentang cerita seorang perempuan yang meng'inject' simen ke dalam punggungnya untuk nampak cantik.. (Santek kewwww?) Dia yang ingin memohon kerja di kelab malam, kononnya nak membentuk punggungnya yang 'flat' supaya dia diambil bekerja. So dengan konfidennya, dia pun mencari pakar pembedahan plastik (pakar kewwww?) yang murah.


Doktor yang terlibat tu bernama Oneal Ron Morris, dan dia sebenarnya seorang lelaki yang bertukar menjadi perempuan.. Ajaibnya!! Tak ajaib laaa.. Dia buat pembedahan jantina sajorkkk~~ Dia menyuntik punggung wanita tersebut dengan campuran simen, air mineral dan agen penampal tayar bocor (erkkk?!)

Masa wanita tu mula rasa sakit yang sangat-sangat sakit, doktor lelaki (perempuan) tu kata itu adalah normal. haha!! Normal kepalehotakdie!! Akhirnya wanita tersebut dimasukkan ke hospital sebab jangkitan teruk pada punggungnya.. Doktor tu pun ditahan.. Dan selepas dijamin, doktor itu pun dibebaskan.. And they lived happily ever after.....NOT!!

Tapi sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cerita yang dah ramai orang tau nih.. Tapi yang aku nak cerita, baru-baru ni ada seorang lagi mangsa doktor tersebut yang tampil ke depan untuk menuntut keadilan..

Seorang wanita mengadu yang doktor tersebut juga telah meng'inject' benda-benda yang sama ke dalam muka beliau (ERKKKK!!!).. Akhirnya wanita itu pun mendapat wajah yang santekkkk!!! Tengok pic di bawah :

Santek kannnnnnn~~~~~

Doktor tu pun berkata, "Mana ada bukti weh!! Ada ke orang nampak sayer enjet simen kat b*nt*t dan muka diorang?! Takdekaaaaannnnnnn... Tak logik kannn untuk enjet simen masuk b*nt*t.. Diorang ni sebenarnya tipu untuk musnahkan hidup saya yang hepi ini.. Sebenarnya saya la mangsa, bukan diorang... sob sob.."

Hahaha!! Yerla tu doktor ooiiii.. Susah den nak cayerrr~~~

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!