Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, December 7, 2011

Plain Amazing - A Dog Saved Two Kittens

7 Disember 2011 - 8.42 am

Sedangkan haiwan pun boleh bersikap penyayang.....

Iowa - Beberapa ekor anak kucing telah dibuang oleh tuan mereka dengan diletakkan ke dalam sebuah beg, dan diletakkan di tepi jalan. Tetapi malangnya, beg tersebut telah dilanggar oleh beberapa kenderaan dan membunuh sebahagian besar dari anak-anak kucing tersebut.

Beg yang berlumuran darah itu kemudiannya dijumpai oleh seekor anjing bernama Regan, dan anjing tersebut membawa beg itu balik ke rumah. Regan kemudian menyalak memanggil tuannya, sehingga tuannya datang dan membuka beg tersebut.. Ajaibnya, dua ekor anak kucing masih hidup walaupun mengalami kecederaan yang serius.

Dua anak kucing tersebut yang diberi nama Tipper dan Skipper, mengalami trauma yang teruk berikutan kejadian tersebut. Namun setelah dijaga penuh rapi, akhirnya mereka telahpun sembuh.

Tipper dan Skipper.

Tengok la sendiri macam mana seekor anjing yang pada nalurinya mungkin boleh memakan anak2 kucing yang berlumuran darah, boleh berasa belas kasihan dan menyelamatkan anak2 kucing tersebut. Kenapa manusia boleh tergamak untuk membuang dan membunuh anak dari benih mereka sendiri? Wallahualam.....

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!