Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, December 6, 2011

Plain Bizarre - A Big Ass Bug?

6 Disember 2011 - 1.55 pm

Sejenis cengkerik yang sebesar tapak tangan ni boleh ditemui di New Zealand. Saiz sayapnya boleh mencecah 7 inci. EEUUWW!! Geli siot~~

Seorang entomologis bernama Mark Moffett, terjumpa seekor serangga tersebut selepas mencarinya selama 2 hari di sebuah pulau di New Zealand. Dulu cengkerik spesis ni banyak, tapi sekarang hampir pupus sebab menjadi makanan kegemaran tikus european.

Masa dia jumpa cengkerik tu, dia membiarkan cengkerik tersebut merayap ke tangannya dan kemudian Mark memberi cengkerik itu carrot untuk dimakan. *Kalau aku dah lari daaaaaaa*

"Cengkerik tu suka makan carrot tu sampai dah tak pandang kiri kanan dah. Cengkerik tu mampu makan carrot tu dengan pantas, tapi kitorang suap sikit2 sebab takut mati lak dia sebab tak sempat nak hadam makanan." Kata Mark.

Mark yang mengatakan berat cengkerik tu sama seperti 3 ekor tikus, melepaskan cengkerik tersebut selepas menangkap gambarnya. Nak tengok? Ni ha :

"Nyam. Nyam. Nyammmm."

Naik bulu roma.. Haha!!

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!