Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, December 16, 2011

Plain Awesome! - Nuts About Chestnut!

16 Disember 2011 - 3.19 pm

Korang pernah makan buah berangan? Terus-terang aku cakap, aku tak pernah makan buah berangan. Pernah berangan makan buah berangan je. Tapi hari ni, sorang opismet bawak buah berangan ke ofis, so aku cuba2 la makan buah berangan itewwwww... Citer banyak tak guna, tengok je gambar2 di bawah untuk mengembara bersama aku dalam operasi memecahkan dara (first time makan buah berangan) :

Dragon Ball, ade 7 bijik semuanya. Tapi buah berangan yang aku cekau, hanya 3 bijik sajorkkk. Macam ni la rupa buah berangan yang dah siap dimasak.

Proses mengupas/mengopek buah berangan pun bermula. Agak susah nak kupas sebab kulit dia walaupun lembut, tapi liat. Seb baik Isa tetibe masuk ofis aku dan tunjuk cara2 mengupas yang betol. :P

Dah berjaya kupas separuh. Dah nampak isi yang nampak lazat.

 Dah habis kulit dibuang, macam ni la rupa buah berangan. Ada kesan hitam tu sebab kesan dibakar. Bau agak sedap, tapi tak rasa lagi.

 NGAP!! Dah gigit. Wahhh!! Memang sedap laaa!! 

Bagi sesiapa yang belum pernah makan buah berangan, rasa dia ada macam rasa biji cempedak. Dulu masa aku kecik2, mak aku suka rebus biji cempedak ngan garam, dan memang sedap. So rasa buah berangan ni lebih kurang macam tu, cuma lebih lemak sebab buah berangan ni dibakar. Bagi yang tak pernah makan biji cempedak tu, tak tau la aku nak cerita macam mana rasa dia. Kesiannye tak pernah makan biji cempedak. Mesti korang lahir2 terus kaya kan. Breakfast pun makan corn flakes. Haha!!

 Last2, tinggal sejibik je buah berangan.

 Yang sejibik tu pun tak tahan lama. Dah tinggal kulit je.

Lenyap ditelan zaman (yazidy).

Ada lagi cerita tentang buah berangan nih. Masa kitorang duk makan2 tu, ada lak yang tanya apa nama buah berangan ni dalam English? So aku yang memang tak tau, aku jawab la :

Buah berangan = Imaginary fruit.

Hahaha!! Sengal tak?! Then aku masuk Google translate, baru la jumpa nama betul buah berangan dalam English. Rupanya nama dia chestnut. :)

Sekian la cerita tentang buah berangan.

Chow!!
.
.

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!