Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, December 14, 2011

Plain Shocking - Bank Charges $299 Of Fees For $4.85 Account!

14 Disember 2011 - 1.31 pm

Mula-mula aku nak buat entry ni dalam English, tapi aku takut orang tak faham bila baca English aku yg berterabur, so aku buat dalam BM je la yer.. Suker la tuh!!

Melinda Ganziano dari McCullom Lake III, pada mulanya hanya nak memperkenalkan anak lelakinya tentang basic2 urusan bank, tapi akhirnya dikenakan fee/caj sebanyak $229 (RM730) dalam tempoh dua minggu je. Giler ke haper? Macam ni ceritanya.....

Melinda & Daniel

Melinda, 55, pada satu hari yang indah permai, telah membawa anak keempatnya Daniel yang berumur 18 tahun ke sebuah bank bernama TCF Bank yang berhampiran dengan rumah mereka. Diorang pun buka la satu akaun atas nama si Daniel nih. Selepas seminggu, baki duit dalam akaun Daniel ni tinggal la $4.85 sebab dia asyik cucuk duit je dalam seminggu tu. Bila dah tinggal sikit tu, Daniel pun biarkan je sebab dia ingat takde apa2 akan berlaku.

Seminggu selepas tu, Daniel dapat surat yang mengatakan beliau perlu bayar caj sebanyak $229.10!! So Daniel ngan mak dia Melinda pun terkejut lalu mati.... Eh, tak la. Diorang terkejut lalu sawan.... Eh, pun tak la. Diorang terkejut dan terus pergi ke bank tersebut untuk mengetahui caj apa yang dikenakan sampai kena bayar banyak tu. So bank tu pun explain...

*Setelah baca 3 kali, baru aku paham berita yg dalam English tu dan dapat la aku translate ke BM. Thanks la kat aku*g.e.d.i.k*

Oleh kerana baki dalam akaun Daniel kurang dari jumlah minimum yang dibenarkan iaitu hanya $4.85, akaun tu dikenakan caj bulanan $9.95. Jadi dalam akaun Daniel dah ada jumlah negatif iaitu -$5.10. So bila dah jadi negatif, kena pulak caj lain iaitu caj akaun berjumlah negatif, dan caj tersebut adalah sebanyak $28 sehari. So selepas 8 hari, jumlah caj yang dikenakan adalah sebanyak ($28 x 8 hari) $224 + jumlah negatif $5.10, iaitu sebanyak $229.10.

So diorang telah menulis kepada ABC News, dan akhirnya TCF bank bersetuju untuk memansuhkan caj2 tersebut. Phewww!!

bank2 zaman sekarang ni memang takleh caya sangat.. Seb baik la kat negara kita ni ada Perbankan Islam. Kalau tak, memang gaji kita untuk bayar riba' je laaaaa..

Chow!!
.
.

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!