Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, May 16, 2011

Plain Horifying - The Death Trap.

15 Mei 2011 - 5.24 pm

Awal pagi semalam (14 Mei 2011), kami iaitu kakitangan2 Politeknik Muadzam Shah telah dikejutkan dengan satu berita. Kami diberitahu yang berlakunya satu kemalangan ngeri betul2 di hadapan pintu masuk PMS. Oleh kerana aku tak tahu pun pasal kemalangan ni sehingga la aku nampak post kawan aku kat FB ttg kemalangan tu, jadi aku pun ade la tanye org.. Setelah dikumpulkan citer2, dapat la dibuat sedikit ringkasan ttg kemalangan yg berlaku tu..

Kemalangan berlaku antara sebuah Perodua Viva dan sebuah Honda CRV, dengan Viva tersebut menuju ke arah Kuantan dan CRV menuju ke arah Segamat. Difahamkan bahawa pemandu dan 2 penumpang dalam Viva tu sebenarnya menuju ke PMS untuk menghadiri kursus.

Perodua Viva tersebut datang dari arah Segamat, dan mula memperlahankan kelajuannya untuk memasuki simpang ke Politeknik Muadzam Shah. Dari arah Kuantan pula, sebuah Honda CRV sedang memecut laju menuruni bukit. Adalah menjadi kebiasaan bagi kenderaan2 yang lalu di kawasan ini untuk memecut laju semasa menuruni bukit walhal ini adalah kawasan pendidikan yang mempunyai had laju 30kmsj.



Dari sumber2 yang menceritakan, dipercayai bahawa Viva tersebut tidak memberhentikan kenderaannya dan teragak2 untuk masuk ke simpang.

Oleh kerana menyangka yang Honda CRV tersebut masih jauh dan tidak laju, Viva tersebut akhirnya memutuskan untuk memasuki simpang ke arah PMS.

Disebabkan agak laju, CRV tersebut tidak sempat mengelak Viva dan akhirnya perlanggaran pun berlaku. Akibat daripada perlanggaran itu, Viva tersebut termasuk ke jalan bertentangan.

Diceritakan bahawa Viva tersebut terbalik dan bahagian belakangnya terus dilanggar oleh CRV yang masih tidak dapat diberhentikan.

Setelah berlaku perlanggaran, kedua-dua kenderaan tersebut termasuk ke jalan bertentangan sehingga ke bahagian bahu jalan.

Setelah diasak, akhirnya Perodua Viva tersebut melanggar penghadang jalan.

Setelah dilanggar beberapa kali, akhirnya kedua-dua kenderaan tersebut dapat dihentikan. Keadaan Viva diceritakan sangat teruk, lebih2 lagi di bahagian belakang. Lebih menyedihkan lagi, penumpang di tempat duduk belakang Perodua Viva meninggal dunia akibat dari kecederaan yang serius. Manakala pemandu CRV, pemandu Viva dan penumpang tempat duduk depan Viva sedang berada di hospital.

Ribuan terima kasih juga kepada Kamal Asyraf kerana telah memberikan gambar2 yg telah berjaya diambil oleh beliau selepas kemalangan tersebut berlaku. Berikut merupakan gambar2 tersebut.

Keadaan Honda CRV yang hanya mengalami kerosakan di bahagian depan.

Keadaan Perodua Viva yang tersadai di penghadang jalan. Mari kita lihat dengan lebih dekat.

Bahagian belakang, depan dan tepi Perodua Viva yang sangat teruk.

Sebenarnya berita kemalangan ngeri ini sedikit sebanyak tidak begitu mengejutkan kami, warga PMS kerana kami sedar bahawa jalan di pintu masuk PMS tu seperti sebuah perangkap maut yang pada bila2 masa je boleh meragut nyawa. Jalan yang lurus dan menuruni bukit, menyebabkan kenderaan dari kedua-dua arah cenderung untuk memecut laju, tambahan pula dengan kewujudan 4 lorong di jalan itu. Namun harus diingat bahawa jalan 4 lorong itu bukanlah dikhaskan untuk memotong, sebaliknya adalah untuk memudahkan kenderaan untuk masuk dan keluar dari Politeknik Muadzam Shah.

Sebenarnya aku sendiri telah mengalami beberapa detik cemas kat jalan tu. Semasa aku nak masuk ke PMS, aku akan ambil jalan sebelah kanan yang dikhaskan untuk kenderaan2 yang nak masuk simpang. Tapi ada beberapa ketika, akan ada kenderaan dari arah belakang akan cuba memotong di sebelah kanan, melintasi garisan berkembar. Benda ni terjadi bukan sekali dua, tapi dah banyak kali. Kenderaan yang melalui jalan ni seolah2 menganggap yang jalan ni adalah jalan untuk memotong, padahal wujudnya had laju 30kmsj dan kawasan bebukit di kedua2 hujung jalan menyebabkan penglihatan yang agak terhad tentang kenderaan yang datang dari arah hadapan.

Kawasan berbukit yang perlu dilalui sebelum sampai ke simpang PMS. Dengan keadaan jalan macam ni, adalah sukar untuk mengagak kenderaan yang bakal muncul dari arah bertentangan.

Keadaan jalan yang lurus dan menuruni bukit menyebabkan kenderaan yang lalu di jalan ni akan memecut dan saling memotong.

Simpang untuk masuk ke Politeknik Muadzam Shah. Bayangkan ketika anda cuba untuk masuk ke simpang, ada kenderaan dari belakang anda memotong kenderaan anda dari sebelah kanan, melintasi garisan berkembar. Bahaya kan? Dengan keadaan jalan bukit di hadapan, kdg2 mmg takkan nampak kenderaan yang datang dari arah depan.

Yang lebih membimbangkan lagi, ketika pelajar2 PMS menunggu bas, mereka akan menunggu bas di kawasan tepi jalan, yang mana jika diperhatikan adalah sangat berbahaya kerana kenderaan yang lalu-lalang di sini memang akan berada dalam keadaan yang sangat laju. Jika berlaku kemalangan, dikhuatiri pelajar yang sedang menunggu bas juga akan terbabit dalam kemalangan tersebut.

Aku rasa bukan aku sorang je yang risau ttg keadaan jalan ni, tapi semua warga Politeknik Muadzam Shah juga bimbang dgn keselamatan diri dan keluarga. Jalan ni merupakan jalan utama yang kami gunakan untuk keluar masuk PMS. Ketika waktu pagi yang mana ketika tu kenderaan sedang sibuk untuk pergi ke pejabat, warga PMS ada yang perlu keluar dari kawasan PMS untuk menghantar anak ke sekolah. Bayangkan perasaan risau mereka ketika melalui jalan ini.
Warga PMS juga telah menghantar permohonan untuk dibinakan sebuah jalan di bahagian belakang PMS yang membolehkan kami keluar dari PMS tanpa menggunakan jalan utama, dan jalan belakang tersebut akan terus menghubungkan kami dengan pekan Muadzam Shah, namun sehingga kini permohonan tersebut masih belum ditunaikan. Dulu ada yang cakap, mungkin nak tunggu ada orang yang mati baru akan ada penambahbaikan dari segi keselamatan jalanraya di jalan tersebut spt diwujudkan lampu isyarat, garisan kuning dan bonggol, namun kini setelah ada yang meninggal dunia, masih belum ada apa2 tindakan dalam menambahbaik jalan ini.

Semoga kerisauan kami menjadi kerisauan semua, dan kami harap tindakan yang baik untuk kebaikan semua akan diambil.

PS : Segala info mengenai kemalangan yang berlaku adalah berdasarkan penceritaan dari orang ramai. Saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan dalam cerita tersebut. Diharap jika ada yang mengetahui cerita sebenar dan ianya berlainan dari yang saya ceritakan, mohon jasa baik anda untuk memberikan emel kepada saya berkenaan kemalangan tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada Kamal Asyraf sebab bagi gambar2 dan juga membetulkan sedikit kesalahan ttg kronologi kemalangan tersebut.

*Tetiba blog aku ni jadi serius pulaaaaa*

Chow!!

15 comments:

pui said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

All i can say is --- It's viva's fault!!! He/she should stop b4 taking the right turn. (according to undang2 perjalanan, di mana ada garis putih melintang, mesti berhenti statik sebelum pusing masuk simpang, my driving uncle said the JPJ examiner will expect us to free gear & pull up the hand break) Just because wanna enter the PMS door 30 sec early and somebody ended up never ever got the chance again to got to that destination. and... Hello bro/sis, it's just local viva, not mercedes/F1/tank!

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Whoaaa!! Lots of 'love' there.. huhu.. Actually this story is not set in stone yet.. We'll just wait for a few days, and maybe then we'll get the right picture of what had really happen. But from this story, it's clear the Viva was the one who overshot it's path..

zieta mazita said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

stiap kali nak kluar msti ingat kt accident tu & bhati2 giler....smpai tak bgerak lgsung keta msa nak kluar poli...eeeeeee,,takut....

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg menakutkan.. kalau nak kuar dr poli harus berhenti.. jgn terus je masuk line kiri tu sbb kdg2 ade kereta/bas/lori yg memotong guna line tu..

zieta mazita said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul3!!!! tp ita kluar pagar je trus brenti...takut & fobia gak la lalu jln yg ader org accident & mnggal....

manjer said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

btul3... aku kan, walaupun takde keter yang dtg dari arah kuantan, aku akan susur je dulu jalan belah kiri tu... (manela tau kan, ade kete laju dtg dr ktn)... aritu aku tgk ade staf kite yg kuar je dr poli tu, nampak je tkde keter, trus amik jalan tgh... ui...bahaya mcm tu...

manjer said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yazid, aku nak share ko nyer nih, mcmane ek?

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ko nak share ape? kat FB ke? Klu kat FB, ko kena copy address tu, pastu share kat FB sbg link..

Kindaichi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kan dah chanteq ko tukar resolution gamvar tu...heyvattttttt

daieng iehsan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh dah mcm laporan akhbar..perfect..penulisan yang menarik.... cuba lebih baik lagi yek hahahaaha...
oppsssss

Asyraf said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

x jd akhbar lg yazid,,cepat masukkan gmbar latest..hehe

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe.. sori kamal, bz sket.. ok, yazid masukkan gambar latest ngan update sket citer tu yer.. tunggguuuuu....

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alamak!!! Lupa pulaaa nak letak signature kat pic2 pelan yang baru update tu.. erm.. lantak laaaa...

Saiful said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pic yang kamal ambik tuu lepas dia dah tegakkan kan balik kete laaa.....viva punya bontot ada kat divider dan keadaan terbalik sisi. itu yang jadi killing blow untuk orang belakang.

kalo nak eyewitness....tanya nasir (contractor) sebab dia ada dekat depan poli masa tuu....

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@saiful : Yup, hari tu kamal pun ade bgtau yg kete tu terbalik dan pic2 tu selepas kete tu ditegakkan balik.. Anyway, thanks for the info.. Akan update bila broadband dah kembali cergas (2 hari je lagi)..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!