Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, July 10, 2011

Plain Me - Saving Myself From Poverty


10 Julai 2011 - 10.29 pm

Oleh kerana komitmen2 tambahan yang perlu aku tampung sejak beberapa bulan yang lepas, aku dah mula (terpaksa) menjimatkan semuanya dalam perbelanjaan harian aku. Kalau sebelum ni aku mampu untuk turun KL hampir tiap2 bulan, tiap2 minggu gi tengok wayang, beli barang2 untuk hias bilik dan lain2, tapi aku mengaku yang aku tak mampu untuk buat semua tu lagi. Duit untuk perbelanjaan harian dah jadi sangat limited dan aku perlu bijak dalam belanja harian aku.

So aku nak kongsi sket apa perubahan2 yang aku terpaksa buat untuk berjimat-cermat, dan ni sekadar nak berkongsi, mana tau ada orang lain kat luar sana yang dalam situasi yang sama ngan aku, leh la jadikan panduan (ada hati lak. haha).

- Antara perubahan terbesar ialah dari segi pemakanan. Sebelum ni aku memang agak 'mewah' berbelanja dalam makanan sebab aku suka makan, dan aku perlu pastikan dalam bilik aku sentiasa ada makanan. Tapi sekarang, aku terpaksa tinggalkan hobi makan secara suka hati dan juga hobi membeli makanan2 sampingan untuk letak dalam bilik. Ok gak sebenarnya sebab dapat bantu aku diet sebab sekarang aku makan sehari sekali je iaitu pada jam 10 pagi dan kadang2 tak makan langsung. :) (kalau tak kurus gak tak tau la)

- Aku tak topap prepaid untuk nombor2 Maxis dan Celcom aku sekerap dulu. Malah, aku hanya topap sekali sebulan untuk pastikan yang nombor tu sentiasa aktif. Untuk SMS, aku hanya guna broadband aku, dan untuk call, no komen. Haha!! Sebab aku memang dah takde buat call sekarang nih. Kalau ada hal urgent, baru la aku akan topap kot. Tapi setakat ni takde lagi la.

- Aku rasa dah setengah tahun dah aku tak turun KL. Kawan2 kat KL pun dah lupa kat aku kot. Hehe. Gurau je. Mana mungkin diorang lupa kawan diorang yang comel nih (sila muntah). Tapi memang aku dah lama tak turun. Klu dulu, hampir tiap2 bulan aku turun untuk lepak2 ngan diorang, gi karox, jalan2 dan lain2 aktiviti mungkar seronok. Tapi aku memang dah rindu sangat2 kat kawan2 kat KL tu. Miss u guys!

- Aku dah kurangkan balik kampung. Walaupun belanja untuk balik kampung tak sebanyak mana sebab kampung aku dekat je, tapi kalau aku balik kampung, kena la beli2 buah tangan utk family. Takkan nak balik tangan kosong je. Jadi paling koman pun seratus kena spare kalau aku balik kampung. Tapi sekarang, aku dah lama tak balik kampung sebab nak jimatkan belanja, sampai mak aku hantar sms cakap dia kecik hati sebab dia ingat aku dah lupa dia. Sedeyh siot!

- Aku dah kurang sangat tengok wayang sekarang nih. Even masa nak tengok Transformers semalam pun aku terpaksa mintak kawan aku, Kaki Wayang untuk bayarkan semua, dan aku akan bayar balik lepas gaji nanti. Memang agak sedih sebab aku memang suka tengok wayang, dan aku dah ketinggalan banyak movie2 yang best! Entah2 Harry Potter pun nanti aku tak dapat tengok.

- Aku terpaksa juga hentikan penggunaan alat2 kosmetik yang selama ni aku guna, iaitu produk2 L'Oreal Menexpert. Memang stok yang ada semua dah habis, kecuali Anti-Aging Moisturizer yang aku guna ngan penjimatan maksimum. Yang lain, face-wash, day-cream, night-cream, toner semua dah habis. Harap takde perubahan ketara la pada muka aku. :P

Ada banyak lagi yang aku buat untuk menjimatkan perbelanjaan, tapi benda2 kecik je la. Yang pasti, memang aku dapat bertahan sampai hujung bulan lepas aku buat semua penjimatan nih. Bayangkan kena bertahan 30 hari dengan belanja sebanyak RM150. So sehari spend dalam RM5 (maksimum). Hebat tak? Huhu.. Just aku berdoa yang takde apa2 yang urgent berlaku sepanjang tempoh aku berdiet nih. Dan harap juga orang yang janji nak bayar hutang tu bayar pada gaji akan datang ni, sebab dia dah janji. :P

Chow!!

5 comments:

Hans Hanis said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah
penjimatan betul nih
kesian ko
haihhh

10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak

Elih Japahar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aik..nak jimat jg erk haha,jom sama2 berjimat~~! niat dan kesungguhan itu kena ada k...

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Hans
Hahaha!! Hebat kan aku!! Jom la join!!

@Elih Japahar
Yup!! Betol!! Jom sama2 kuruskan perut!!

Penjana Minda Strategik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku pown nak join jugak laaaa

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waaaaaaaaa....nice3...boleh ikut nih=)

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!