Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, May 2, 2011

Plain Memories - Passed Past... (2)

2 Mei 2011 - 2:09 am

Oleh kerana aku takleh tido (bukan sebab byk sgt tido siang ye sebab siang tadi aku tak tido pun), jadi aku pun terpikir la untuk update blog nih.. Dah jd kebiasaan lak utk aku update blog malam2 buta.. Jadi kali ni aku nak ceritakan pasal keje aku sebelum ni..

Dalam post Passed Past... (1), aku ade citer pasal aku keje kat Takaful Malaysia, tapi kali ni aku nak citer pasal tempat keje aku sebelum aku masuk keje kat Takaful Malaysia. Pada tahun 2003, aku takde keje yang tetap. Aku hanya bantu mak ayah aku kerja kat kebun sbg penoreh getah, selepas aku berhenti dari study aku kat UiTM Segamat. Dalam masa takde keje tu, aku cari2 jugak keje tapi mungkin nasib tak menyebelahi aku, semua keje yang aku minta tu tak dapat.Diorg ckp diorg tak berani nak ambik aku keje sebab result SPM aku.. WTH??!!


Kemudian pada satu hari, ade sorang org kampung aku kat Palong tu dtg umah aku, dan dia bagitau yang guru besar Sekolah Kebangsaan Palong 9 (SKP9) tgh cari guru ganti untuk menggantikan cikgu yang cuti bersalin. SKP9 ni dulu merupakan sekolah aku jugak.. Aku membesar kat situ.. Jiran aku tu cadangkan kat guru besar tu nama aku sbb dia tgk aku tgh xde keje, dan aku pun ada minat ke arah mengajar.. So besoknya, aku pun pergi ke sekolah tu untuk berjumpa dgn guru besar. Alhamdulillah, aku diberikan kerja sbg guru ganti kat situ.. Maka bermulalah tugas2 mencabar aku sbg seorang guru........

Untuk pengetahuan korang, aku mmg suka jadi cikgu mase tu. Mungkin kat dalam hati ni dah ada minat, sebab tu aku suka. Tugas mengajar ni bukanlah satu tugas yang mudah ye.. Tambahan pulak nak mengajar budak2 yang berumur antara 10-12 tahun. Diorang lebih suka bermain dr belajar. Aku pun diberikan jadual waktu, dan subjek2 yang perlu aku ajar ialah Bahasa Malaysia, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Kajian Tempatan dan Muzik. Giler kaoooo!!! Mungkin aku diberikan subjek2 yang berat tu berdasarkan result SPM aku.. So lepas dapatkan silibus, buat Lesson Note dll benda yang perlu, aku pun bersiap sedia utk masuk ke kelas pertama aku.. Masa first time aku masuk kelas, aku bercita2 utk jadi seorang guru yang baik terhadap murid2. Taknak marah2. Tapi nasib aku agak malang sebab kelas pertama yang aku kena masuk ialah kelas 4 Irsyad.

Masa aku belajar kat SKP9 tu dulu, nama2 kelas adalah mengikut nama batu permata iaitu mengikut kelas dari terbaik dan ter'kurang' baik, Berlian, Geliga, Mutiara, Nilam, Zamrud. Tapi masa aku mengajar ni, diorang dah tukar nama2 tu kepada Ihsan, Ikram, Irsyad, Islah dan Izhar (juga mengikut susunan dari yg terbaik ke yang ter'kurang' baik).

Semasa aku hampir2 sampai ke kelas 4 Irsyad tu, dah kedengaran bunyi budak2 buat bising kat kelas tu.. So aku pun melangkah masuk ke kelas dengan penuh keyakinan dan gaya.. :P Masa mula2 aku masuk, budak2 tu terus senyap.. Cikgu baru la katakan.. Lelaki lak tu.. So semua takut2 lagi.. Bila aku tgk budak2 tu senyap, so aku rasa mungkin budak2 ni baik, dan boleh la aku buat sifat sbg seorang cikgu yang baik hati.. Tapi aku silap............

Tak sampai pun 10 minit aku kat dalam kelas tu, diorang dah buat bising macam tongkang pecah sampai aku xleh kontrol.. Jadi oleh kerana aku dah tak dapat nak tahan perasaan, so aku pun jerit (suara jantan macho yer) kuat2 sampai semua budak2 tu diam.. Dan bermulalah era aku sebagai seorang cikgu yang agak garang kat sekolah tu.. Hahaha!! Berangan nak jd cikgu baik kunun!! Lagi satu, aku jugak terkenal di kalangan budak2 kat situ sbg seorang cikgu yang ringan tangan. Ramai gak la yang pernah kena penampar ngan aku. :PNasib aku baik sebab aku orang tempatan, jadi bila aku tampar budak2 tu, dan diorang mengadu kat mak bapak diorang, mak bapak diorang tak kata apa sebab diorang kenal aku.. Tapi ade sorang kawan aku ni (Hairul) yang juga jadi guru sandaran kat situ, tak berapa bernasib baik. Dia pernah terpukul sorang budak pompuan kat sekolah tu, dan budak tu mengadu kat bapak dia. Bapak budak tu pun datang sekolah dan marah2 kat si hairul tu.. Sabar je la ye.. Huhu..

Berbalik pada sesi pembelajaran, aku tak rasa susah untuk mengajar subjek2 BM, Sains & Matematik sbb aku mmg agak minat subjek2 tu semua.. Cuma yang aku lemah nak mengajar subjek Moral, Muzik, Kajian Tempatan dan Pendidikan Jasmani. Utk Moral, Muzik dan KT, aku leh tgk buku.. Tp utk PJ, aku langsung tak reti.. Aku kena ajar budak2 tu bersukan, padahal aku langsung tak pandai bersukan.. Jadi pada tiap2 waktu kelas PJ, aku hanya akan ambik sebijik bola sepak dan sebijik bola jaring, dan aku suruh budak2 tu main bola sepak dan bola jaring.. Habis cerita.. Haha!! Tapi aku tetap tunggu kat situ, tgk2kan diorang.. Aku ingat lagi ade sorang guru sandaran ni, dia bagi budak2 kelas dia tali skipping utk dimainkan pada masa PJ, tapi lepas dia bg tali tu, dia balik lepak kat bilik guru.. Tup2, ade student dtg, ckp yang ade budak dah hampir lemas sbb terjerut tali skipping.. Giler ah!!

Aku sangat gembira masa jd cikgu kat situ.. Aku rasa budak2 dan cikgu2 lain pun suka kot aku jd cikgu kat situ.. Mungkin sebab itu la, lepas tempoh 3 bulan tu habis dan cikgu yang aku gantikan tu dah habis pantang, aku dilantik sebagai Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT).Lagipun aku dapat jumpa dengan cikgu2 yang dulu mengajar aku kat sekolah tu spt cikgu Jaafar, Teacher Waromlah dll..

Mcm2 kenangan yang menarik aku dapat masa keje kat situ.. Mase Hari Guru, seronok bila dpt hadiah dari student2 pompuan.. Hehehe.. Tapi yang paling best ialah, aku ditugaskan menjadi guru kelas kepada kelas 5 Ikram. Kelas ni terkenal ngan budak2 yang bijak tapi nakal. Tapi aku dapat tackle kenakalan diorang ngan teknik Ringan Tangan aku tu, dan diorang pun respek kat aku.. Tapi ngan cikgu2 lain, diorg mmg nakal.. Aku ingat lagi ade guru sementara kat sekolah tu yang menangis bila keluar dari kelas aku tu.. Punya la nakal bebudak tu, sampai menangis cikgu tu.. Huhu.. Ni gambar kenangan aku ngan diorang..

Kelas 5 Ikram dan cikgu Yazid

Sekarang dah hampir 10 tahun berlalu, dan budak2 ni semua dah besar2.. Dah habis sekolah pun.. Tapi bila terjumpa kat luar, diorang tetap panggil aku cikgu.. :)

Aku bertugas sebagai GSTT kat sekolah tu selama 2 tahun iaitu dari 2003 sampai 2004. Pada mulanya aku dijanjikan untuk diserapkan menjadi Guru Sandaran Terlatih iaitu kalau aku bertugas sbg GSTT selama 3 tahun, aku boleh memohon Kursus Dalam Cuti dan itu akan membolehkan aku diserap masuk.. Tapi pada penghujung tahun 2004, sesuatu berlaku dalam sistem pendidikan dan janji hanya tinggal janji.. Pada bulan Disember 2004, kontrak GSTT aku tak disambung dan pengorbanan aku selama 2 tahun menjadi sia-sia..
Hari terakhir kat sekolah tu mmg sangat menyedihkan. Aku masih ingat cikgu Too Fook Sang yang kata, Kementerian sebenarnya rugi sebab kehilangan seorang cikgu macam aku.. Aku buat keje lebih baik dari sesetengah guru lain yang berkelayakan, tapi takde minat dan passion utk jd cikgu.. Aku betul2 terharu dgr dia ckp macam tu.. Mengalir gak la airmata masa tu.. Huhu..

Ok lah.. Cukup kot utk kali ni.. next time aku akan update lg ttg tempat2 yang pnh aku keje sebelum ni..

Chow!!

3 comments:

Passed Past… (3) « the dream yard said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

[...] Passed Past… (2) [...]

zieta mazita said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

huhu....best profesion cikgu nie...
my faveret...tp x de rezeki kot...
cmne nk byg yazid jd cikgu ek=P

yazidy81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha!!! garang tau dulu nih..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!